Jan 26, 2020

Kita berbeza

"Kak Su buatkan teh herba untuk Yah deh! Teh campuran halia + kunyit + serai + madu + limau kasturi. Nak tak?"

Dia mengangguk.

"Tapi kunyit tak mahu boleh? Tak suka baunya." Permintaan.

"Cubalah dulu. Sebab ianya bagus untuk organ dalaman orang perempuan. Nanti Kak Su letak sikit daun pandan untuk kurangkan bau kunyit." Saya berdegil mahu dia cuba.

"Ok. Yah cuba." Dia mengalah.

"Kak Su letak beberapa hirisan je." Jelas saya. Lalu saya siapkan rendaman bahan-bahan tadi dalam mug yang berisi air panas dan ditutup.

Bila suam, saya campurkan madu dan limau kasturi.

"Boleh telan?" Tanya saya sambil memandang reaksi wajahnya.

"Kalau setakat ni, boleh je Yah telan." Alhamdulillah...
😃

.....

"Kak Su, lepas minum air tu, Yah jadi pening la." Dia memberikan feedback. 😒

"Oohhh... Ye ke? Alahai..." Saya simpati bercampur rasa bersalah. 😥

Kemudian saya teringat, dia ada masalah darah rendah. Seharusnya saya campurkan sedikit garam Himalaya atau garam laut untuk elakkan masalah ni.

Memangnya orang yang mengalami darah rendah, elok kalau diberikan minuman bergaram. Tapi bukan garam dapur. Sebaiknya garam yang punya mineral baik seperti Himalaya salt atau sea salt. Itu yang diajar, tapi saya ambil mudah, saya lupa, saya leka...

Allahu... 😣

Maaf ya Yah... Mahu membantu tapi memberi masalah lain kerana terlalu teruja nak berkongsi ilmu sihat alami yang kak Su pelajari dan amalkan.

😪
.....

Saya tak seharusnya mengandaikan setiap orang akan memberikan impak yang sama kerana daya tahan badan antara individu juga berbeza.

Hakikatnya, setiap individu perlu sesuaikan resepi dengan kemampuan badan. Tiada siapa yang lebih memahami badan kita, selain dari diri sendiri.

Memangnya ada orang alah dengan kunyit. Boleh saja diabaikan penggunaannya. Kalau tetap mahu kerana khasiatnya yang amat baik, mulakan dengan sehiris dulu.

Sedikit pengubahsuaian, mungkin mampu menyelesaikan isu kepeningan atau masalah lain. Insya-Allah.

.....

Perjalanan menuntut ilmu kesihatan alami masih jauh. Saya harus terus mencari dan mencari. Harus terus meminta dan merayu pada Dia agar membimbing saya.

Jangan mudah lemah...
Jangan cepat mengalah...

Sungguh saya yakin dengan janji Allah. Saat Dia mencipta manusia, pasti Dia juga sediakan 'spare part' kita.

Pasti ada bahan yang serasi dengan diri dari sumber alam. Kita cuma perlu cari dan cuba apa yang sesuai. Kita cuma perlu meminta dari Dia, Pencipta kita...

Ya Allah... Berikan kami kesihatan yang baik, agar dengannya nanti, kemampuan ibadah kami juga dapat dilakukan dengan lebih baik...

#sihatcaraalami

No comments: