Hati saya dipagut pilu setiap kali mendengar dan membaca kisah saudara mara dan sahabat handai yang diduga dengan masalah kesihatan.
Saya juga ada dugaan sendiri walaupun tak sehebat sesetengah mereka. Alhamdulillah....
.....
Kemudian saya sedar, betapa Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang. Dia sediakan ubat hanya di sekitar kita sahaja, dengan kos yang rendah dan ikut kemampuan.
Lagi lama saya renungi bicaraNya, lebih jelas apa yang cuba disampaikan. Hanya saya yang kabur dan semangat kendur... Melayan hati yang mudah teradun dengan bisikan syaitan. 😥😪
.....
Saya bukan pakar perubatan, bukan juga pakar pemakanan. Tapi ilmu Allah tak terbatas. Kita hanya perlu mencarinya.
Lalu, saya ketepikan kelemahan diri, mencari kaedah yang terbaik untuk hidup sihat. Mencari formula dalam Al-Quran dan Hadis, buku-buku kesihatan, kursus-kursus dan juga perkongsian di YouTube.
Allahuakbar... Banyak sekali yang saya temui. Banyak sekali yang ingin saya kongsi.
Insya-Allah, semoga diizinkan satu ketika nanti. Saya perlu mantapkan dulu diri sendiri, penuhi dada dengan pengetahuan sebanyaknya, asah keyakinan dan saya akan kongsikan secara percuma.
Itu legasi saya. Saya mahu sihat dan mahu orang lain juga sihat. Sihat roh dan jasad, sihat zahir dan batin.
Andai tidak keberatan, mohon aminkan doa dan impian ini agar jadi kenyataan.
#sihatcaraalami
#qurandanhadissebagaipanduan
#Rasulullahidolasihat
Jan 22, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment