Tersengih sendiri.
Setiap apa yang dilakukan, selalu ada bayangan dia di situ.
Selalu ada kenangan yang buat saya tersipu.
Selalu ada ajaran yang diselitkan, membawa saya hanyut dibuai masa lalu.
.....
"Kenapa sayur tak masak nih?" Tanya Ma bila melihat sayur yang saya masak masih 'hidup' daunnya.
"Tak boleh masak sampai layu Ma. Nanti hilang kandungan proteinnya. Separa masak cukuplah." Saya memberi penjelasan. Seboleh mungkin saya mahu memastikan keluarga mendapat khasiat terbaik.
"Kalau macam ni, tak makanlah ayah nanti." Nada suaranya kendur.
"Kenapa Ma? Ayah tak suka sayur masak macam ni ke?" Saya pulak terpalit rasa kecewa.
"Bukan tak suka, tapi tak 'lut'. Ayah tu giginya banyak yang dah tanggal. Tinggal beberapa batang je lagi. Masak apapun kena bagi lembut. Dia tu dah la payah nak makan sayur. Masak macam ni, lagilah dia susah nak makan." Jelas Ma panjang lebar. Saya terpegun.
Ma begitu teliti dalam menyiapkan hidangan untuk ayah. Dia ada alasan tersendiri hasil pemerhatian yang dibuat.
Memujuk dengan cara yang begitu halus... Membuatkan pemergian Ma begitu dirasai oleh ayah.
.....
Kehilangan ibu di usia muda tak menjadikan saya kekurangan kerana Allah menyerahkan saya kepada seorang lelaki yang mempunyai ibu seperti Ma.
Dia... Melimpah dengan kasih, cinta dan sayang.
Dia... Sarat dengan liku-liku hidup yang mendewasakan.
Dia... Kaya dengan pengalaman dan ajaran.
Dia... Setiap tegurannya saya boleh rasakan keikhlasan.
Terima kasih ya Allah... Kerana meminjamkan dia walaupun hanya seketika cuma.
#kisahmentuamenantu
#akurindudia
Jan 5, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment