Apr 19, 2019

Muhasabah Diri

Muhasabah diri.

Tak mudah sebenarnya. Kerana kita selalu rasa diri betul. Selalu ada alasan untuk membenarkan perlakuan dan tindakan.

Melihat cela diri melalui dua cara;

~ Melihat dari mata orang lain.

Teringat ceramah Ustazah Norhafizah yang bercerita bagaimana dia mengatasi masalah kemurungan yang mengganggunya sehingga dia menghadapi masalah untuk tidur.

Mencari salah diri tak ketemu kerana merasakan bahawa setiap tindakan punya alasan untuk membenarkan. Lalu dia memberanikan diri. Menyediakan ruang untuk mendengar pendapat yang tidak serasi dengan diri. Meminta pandangan dari mereka yang sanggup memberikan pendapat yang ekstrim.

Mungkin sedikit kasar kedengarannya dan pahit untuk diterima.

"Ustazah jumpa dengan beberapa orang, yang ayatnya... Ya Allah... Luka hati ni bila dengar, tapi baik sangat...."

Kata orang, yang pahit itu ubat. Untuk merawat penyakit, memang perlu melalui rasa perit dan sakit.

~ Melihat cermin dan memandang cela itu sendiri.

Kekurangan dan ketidaksempurnaan yang mungkin kita tak dapat lihat tanpa bantuan cermin.

Melihat cermin kaca hanya menyerlahkan cela fizikal, comot yang tergaris dan terconteng di wajah dan dibadan. Masih kita ditipu oleh rasa segalanya sempurna dan indah.

Tapi untuk melihat cela roh dan cacat spiritual, tak mungkin mampu dilihat dengan cermin biasa. Cermin itu  hanya mampu dilihat dengan izin Allah.

Merenung jalinan hayat dengan pandangan insaf dan sedar, lalu berubah untuk kebaikan, itulah muhasabah diri.

Jom kita baca kisah-kisah muhasabah diri melalui siri antalogi Bercakap Dengan Cermin. Semoga Allah membuka fikiran kita untuk melihat cara Allah menegur dan menunjukkan kasih sayangNya.

#BDC
#SPMBN

No comments: