"Kita sekarang macam hidup dengan minda Yahudi dan Nasrani." Dahi saya berkerut buat seketika mendengar pernyataan itu. Kelas Bahasa Arab kami bertukar arah buat seketika apabila ada rakan seperguruan bertanya tentang isu penyakit masyarakat yg begitu membimbangkan.
"Minda materialistik. Itu yang saya maksudkan." Sambung Ustaz menjelaskan kekeliruan.
"Masa belajar lagi adik-adik dan anak-anak kita dah terlibat dengan hutang. Belum dapat kerja dah kena bayar hutang. 40-50 ribu tu biasa je untuk pinjaman pelajar IPTA dan IPTS."
"Kalau boleh, janganlah biarkan mereka buat pinjaman untuk belajar. Seawal mungkin kita sebagai mak ayah, menabunglah untuk pelajaran mereka. Biar mereka berhutang dengan kita, jangan dengan bank dan kerajaan." Saya faham maksudnya. Bunganya lebat walaupun tak dibubuh baja. Gugur buahnya sewelkan kepala, sakitkan jiwa. Itulah bunga dan buah hutang/pinjaman.
"Tahu tak kita duit siapa yang digunakan untuk beri pinjaman tu?" Duit kita lah jugak, kan? Saya berbisik sendiri. Tumpuan saya penuh pada butir bicara ustaz.
"Duit orang ramai. Duit mereka yang bayar cukai. Ramai tu." Dia menarik nafaz. Menahannya seketika dan melepaskan perlahan.
"Kalau tak mampu bayar, dengan siapa anak-anak dan adik-adik kita nak mintak halal? Larat ke nak mintak orang halalkan apa yang dah dibelanjakan, tapi tak bayar? Oklah... Iklan dalam surat khabar, mintak dihalalkan. Selesai ke?"
"Kalau tak dihalalkan, macam mana? Tak selesai jugak! Kan?" Suaranya ditekankan.
"Saya bukan nak kempen supaya hutang pinjaman dijelaskan cepat. Saya terpanggil untuk mengingatkan supaya kita menabung bagi pelajaran anak-anak. Lagipun, sebenarnya anak-anak sekarang bukannya guna duit pinjaman untuk belajar pun!"
"Masuk je duit loan, mulalah intai motor. Kalau beli motor yg pakai air paip untuk bergerak tak pe lah jugak. Ini guna petrol. Duit lagi. Dah le harga petrol naik berkali-berkali. Itu satu. Lepas tu beli laptop. Budak-budak sekarang tak pandai berkongsi lagi lah. Laptop mesti sorang satu. Adik tak akan pakai yang kakak abang punya, mesti beli yang lain, yang baru pulak tu. Satu lagi handphone. Tukar ikut trend terkini. Kadang tu ada lebih dari satu. Top up tak payah kiralah. Haaa... itulah sebenarnya cara duit pinjaman tu digunakan. Berapa peratus sangat dari duit tu yang digunakan untuk beli buku, bayar yuran, belanja makan." Setuju!!! Jeritan itu hanya bergema di minda dan dada. Saya mengangguk pantas.
Saya teringatkan zaman saya di universiti dulu. Beli komputer kongsi 4 orang. Desktop, bukan laptop (Laptop masa tu cukup mahal, RM6K lebih kurang). Guna untuk buat assignment je. Sesekali melepaskan tension main game. Nak ke kuliah, jalan kaki. Walau panas terik, atau hujan, memang itulah pengangkutan utama saya. Berat badan saya masa tu hanya 40kg saja (eherrmmm... sekarang dah terlebih 10kg). Tak perlu diet, tak perlu jogging. Jimat belanja, kesihatan terjaga. :D
4 tahun saya belajar, jarang sekali saya ke bandar untuk shopping. Kalau keluarpun, untuk beli tiket balik kampung, bukan untuk bersuka ria. Selalunya kirim pada kawan mintak tolong dibelikan. HP? Bila saya kerja di syarikat telekomunikasi, barulah saya mula guna hp. Satu nombor saja, dari dulu sampai sekarang. Berbeza sekali dengan cara berbelanja remaja sekarang.
Hasilnya, tamat belajar, duit pinjaman saya masih berbaki.
"Ajarlah anak-anak erti kesusahan, agar mereka punya lebih daya tahan bila menghadapi dugaan masa depan. Biasakan mereka dengan sedikit kepayahan agar mereka tahu mengucapkan kesyukuran. Tanamkan dalam minda mereka, pinjaman bukan penyelesaian masalah tapi pencetus masalah." Pesanannya diluah satu persatu.
"Minda Yahudi, minda materialistik. Atas dasar kemahuan, kita buat pinjaman untuk memenuhi keinginan nafsu. Untuk menjelaskan hutang, kita kerja siang dan malam. Bila itu berlaku, hilanglah keseimbangan dalam kehidupan. Dunia di kejar, akhirat di tinggalkan. Tak kan kita nak itu berlaku pada anak-anak kita yang diharapkan menjadi saham akhirat bila kita tiada nanti?" Suasana tenang. Masing-masing melayan fikiran. Ia cukup berbekas di hati saya. Rasanya mereka yang lain juga begitu.
Pinjaman, penyelesaian jengka pendek, permasalahan jangka panjang.
Ustaz, terima kasih atas ingatan dan perkongsian.
Feb 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Mak ayah sekarang manjakan anak sangat. Contoh yang saya pernah tengok depan mata: Baru habis SPM, dah sibuk nak belikan anak kereta Kancil. Tapi hutang keliling pinggang yang sedia ada, buat-buat lupa.
@tawel
Betul... betul... betulll...
Bagi sesetengah parent, mereka anggap ianya menyediakan kehidupan terbaik buat-anak. Tak mahu anak terkilan sepertimana mereka masa dulu.
Dan ada juga yang rasa, kalau tak belipun, duit habis. Jadi baik beli, paling tidak boleh nampak barang depan mata.
Su, masa kak tie masuk ITM dulu yuran murah je, setiap semester RM250. Tak perlu berhutang pun.
Tapi sekarang ni, sekali daftar entah berapa pun kak tie tak pasti. Tapi rasa tak mampu nak tanggung duit sendiri, walaupun kami dah start menabung sejak mereka berumur 3-4 tahun lagi.. Tu pun anak hanya 3 orang. Kalau yang ada ramai anak, entah macam mana, kan...
Dan kalau tak berhutang, tentu masih lagi berbasikal ke tempat kerja, rumah pun tak de...
@kak tie,
Memang yuran sekarang makin mahal berbanding dulu. Itu Su tak nafikan.
Tapi gaya belanja anak-anak juga berbeza dengan rutin perbelanjaan kita dulu. Dulu, kita tak kenal McD, KFC dan Pizza, apatah lagi Coffee Bean, White Coffee dll. Budak-budak sekarang, gigi tak tumbuh penuh pun dah pandai menggigit ayam KFC dan McChicken.
Bagi Su, berhutang untuk memenuhi keperluan berbeza dengan berhutang untuk memenuhi keinginan. Satu rumah, satu kereta itu keperluan, tapi kalau rumah dah tiga, kereta pulak sebiji sorang, dah itu semua guna beli pinjaman tempoh maksimum, itu tak keterlaluan ke?
setujuuuu sgt dengan ustaz tu!!..
tiny antara yg dpt PINJAMAN (duit org ramai) dan kena bayar jumlah termasuk interest (itu utk pemberi pinjaman laa..)..
sesekali mmg ada sgt rasa penyesalan tu.. 'andai mampu di undur masa'.. mmg taknak ambil pinjaman tu.. sbb 'TAK PERLU'.. lebih habiskan ke 'shopping' benda merapu drpd belanja utk buku..
dan.. anak2 tiny sekarang, tiny sediakan tabungan bulanan dan simpanan takaful pendidikan..
Tiny nak didik mereka agar TIDAK BERHUTANG!.. (I know the feel, the troubleness, the terribleness!!.. and I don't want them to feel and go thru as same as what I did go thru and still gone thru - NO WAY!!!)..
huhuhuhu...
Subhanallah baru je tengah hari tadi dok bercerita hal pinjaman ni dengan kawan-kawan ofis. Al-Kuliyyah last week ada cakap tentang riba/interest. Kesian tau akak pada student yang ambil pinjaman pendidikan. Rasanya 10 tahun pertama tu hanya bayar interest je kot. Tak bayar hutang sebenar lagi.
Alhamdulillah masa belajar dulu ada biasiswa. Sekarang hutang kereta je la. T_T
@tiny
Yang lepas kita tak boleh nak ubah. Tapi masa depan anak-anak, tiny masih boleh tolong corakkan. Apa yg tiny lakukan itu adalah yg mmg patut dilakukan oleh semua ibubapa.
Teringat masa mula-mula habis belajar dulu, su beli kereta bila dah kerja 3 thn. Otak ringan je, tak payah pikir pasal hutang. Bila dah mula beli rumah dan kereta, dada jadi mudah sesak. Uhukss... semput.
==================
@Nooreena
Bestnya dapat biasiswa. Kak Su dapat diskaun untuk pinjaman je. Alhamdulillah, selesai cepat sikit.
Sepupu kak su bukan org yg bergaji lumayan, biasa saja. Menahan keinginan berbelanja demi anak2nya yg 5 org di IPTA. Tak sorangpun ambik PTPTN. Kagum sungguh.
Post a Comment