Jan 18, 2011

Jom Kejar Bonus Berganda!!!

"Masa muda, belum kahwin, tumpuan lebih pada kerjaya sampai tak ada masa nak beribadat. Yang wajib pun tak sempurna, yang sunat tak payah cerita la..."

"Bila baru kahwin, sayang pulak nak tinggal isteri untuk ke masjid atau majlis ilmu. Alasannya, siang dah kerja, malam je ada masa nak luangkan masa dengan isteri tercinta."

"Bila dah dapat anak, lain pulak alasannya. Anak kecil lagi, suka menangis. Susah nak menyusukan anak. Bila anak besar sikit, alasannya anak lasak, susah nak dikawal. Bising. Nak beribadat pun tak tenang. Lalu jawapannya bila diajak, tunggu anak besar sikit."

"Bila dah besar, sibuk hantar anak tiusyen. Malam pun ada kelas tambahan. Hantar dan ambik sendiri. Saya akui kecemerlangan anak harus diasah dari awal tapi tak kan darjah 1 atau 2 pun dah hantar!"

"Bila anak remaja, kerjaya pulak tengah naik. Sibuk dengan urusan pejabat dan meeting yang tak sudah. Belum ada masa lagi nak ke masjid. Lepas tu bila anak dan kerja, kahwin dan dah mula ada cucu, sibuk lagi....Bla... Bla... Bla..."

"Sentiasa sibuk dan beralasan. Bila pulak kita nak luangkan masa untuk Allah? Kalau kita nak pergi kerja atau interview pun, kita buat persediaan. Paling tidak, dari segi penampilan. Tapi cuba tanya diri sendiri. Setiap hari masa untuk berjumpa dengan Allah dah semakin hampir, apa persediaan kita?"

"Bagi yang kerja bermajikan, kita dah tahu hari apa nak kerja, dari pukul berapa sehingga pukul berapa. Bagi yang bekerja sendiri, lagi banyak masa kita habiskan untuk berusaha. Semuanya untuk masa depan kononnya. Nak kena bersiap sebelum pergi kerja. Nak jumpa customer pun kena bersedia. Tak kan nak jumpa dengan Allah kita tak nak bersedia?"

"Contohnya doktor yang on call, kena sentiasa bersedia untuk dipanggil bertugas. Dengan Allah, kita on call jugak. Bukankah itu bermakna kita perlu persiapkan diri sebaik mungkin? Nak bersolek untuk Allah, tak perlukan alat solek yang mahal, hanya basahkan diri dengan wuduk sentiasa. Nak buat Allah sayang kita bukan perlu duit dan harta melimpah ruah, cuma selalulah sebut namaNya, selalu ingat pesanNya, selalu ikut perintahNya. Nescaya kasih sayang Allah pada kita berganda-ganda balasannya. Bonus yang Allah bagi tak akan mampu dihitung dengan angka. Dah tu, tak kan kita nak buat tak tahu je?"

Nota : Sedikit olahan kembali dari ceramah yang saya hadiri. Saya pernah melalui beberapa fasa yang disebut. Terasa pipi pedih seolah ditampar. Tertunduk merenung diri yang penuh dengan alasan, lemah menahan bisikan yang mahu saya melengahkan hasrat melakukan perubahan. Ampun ya Allah!!..

Setiap tahun satu angka dalam usia kita akan bertukar. Itu bermakna masa kita semakin hampir kepada penamat. Saya on call. Kalian juga. Bila-bila masa kita akan di panggil mengadapNya!

6 comments:

Tawel Sensei said...

Bagus isi ceramah ni. Kat mana ceramah ni Kak Su? Masjid Shah Alam ke? Hehe.

KAKTINY said...

sangat2 betul tu su.. alasan ni mmg setiap detik dan masa buleh terpacul dr mulut... yang betulnya, penyakit M (malas) tu yg menerpa.. dan asyik akur dgn hasutan dan bisikan syaitan yang mmg jaki nk tgk kita beribadat..

tgh mengajar diri memperkasakan diri dgn ilmu dunia dan akhirat..

tahun ni daftar 2 kelas serentak.. kelas PhD dgn kelas Fardhu Ain wanita di Masjid Negara.. dua-dua ada exam plak tuh.. pergh, nampaknya kena bermarathon utk mengejar kedua-duanya.. hihihihi..

semoga Allah permudahkan.. ameen.

(di sini, su pasti amat bersyukur kan.. belum dianugerahi anak, maka tak tercipta pelbagai alasan tu utk diri.. malah dapat menemani suami berjihad bersama mencari ilmu Allah di rumah Allah.. perkara yg mmg sukar dan penuh alasan buat kaum ibu..)

so su.. sementara masih berpeluang, kutip ilmu yang ada dan kongsikan bersama ye.. semoga ini juga menjadi jalan ibadah utk su.. semoga Allah terima dan redhainya.. ameen..

rumah kuning said...

sokong 100%.

Nooreena said...

Pelbagai alasan tercipta untuk kesenangan diri sementara. Moh ler kita bersedia akak! :D

suara said...

@Tawel,
A'ah, program Bicara Ad-Din, Masjid Shah Alam. Entah-entah, Tawel pun ada masa tu. ;)

===================
@tiny
Wahhh... PhD dan Fardhu Ain serentak! Kalau Su, mmg semput nafas nak mengejar keduanya. Keje lagi, anak dan suami lagi. Tabik spring la Su kat Tiny. InsyaAllah, Su tahu Tiny mampu lakukannya. Tahniah!!

Tiny patut dijadikan contoh terbaik buat kami yg masih terikat dgn alasan yangbermacam-macam. Huhu...

Su percaya Allah bantu Su dalam segala hal. Alhamdulillah. Dia menangguhkan 'anugerah' itu dan memberikan 'anugerah' lain yang amat bernilai. Laluan cahaya yang membuatkan Su lebih bersedia dengan segala kemungkinan perjalanan hidup. :)

Thks Tiny, atas sokongan yg di berikan.

==================
@rumahkuning
:D
Kalau masuk calon bagus ni. Sokongan yg tak berbelah bagi. hehe

==================
@Nooreena
Moh!! :D

Asri mohamad said...

BAGAIMANA kalau uols nak JADI AHLI SHAKLEE?
Ada 2 cara paling mudah untuk menjadi ahli:-

1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 Postage. Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU

2) Buat pembelian sebanyak 200 point UV (Unit Value), atau lebih kurang RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM75) dan juga CASH BONUS (bernilai RM20+).

Mudahkan jadi ahli shaklee.. Lebih mudah ajar anak ABC..hehehe..

Hanya daftar, guna produk, kumpul uv dan bila anda dapat kumpul uv yg cukup dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Syok tak? Makan sendiri  pun dah boleh dapat bonus...

Biasanya bonus tu yg anda dapat..berbaloi lah ngn vitamin yg anda beli..siapa nak bg kan..


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1) Boleh beli produk Shaklee pada harga ahli. (20% less than retail price)

2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%.

3) Dimasukkan ke GROUP TEAM untuk testimoni dan maklumat produk..

4) Hanya SPECIAL GROUP kami yang akan mendedahkan Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan Shaklee ini..pelbagai rahsia untuk berjaya..


Untuk keahlian layari :

www.jutawanshaklee.biz


Penghantaran 2-3 hari.seluruh penang, kedah, perlis n semenanjung malaysia shj.

Tempahan awal untuk elak kesulitan.


Sms/whatapp/tel:

0195180003