Feb 28, 2011

Antara kita dan mereka...

Keinginan manusia tak pernah kecukupan. Asalnya kita semua dari syurga, tempat di mana segala apa yang dimahukan boleh diperolehi hanya dengan membisikkannya. Lalu bila kita dilahirkan di dunia, kemahuan hati tetap tidak terbatas.

Memiliki zuriat sendiri adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Tak semua, 99.9% mungkin. Dan daripada 99.9% tu, bukan semua orang berjaya menggapai impian untuk menjadi ibu dan ayah. Termasuk saya.

"Belum rezeki kita. InsyaAllah, adalah rezeki kita nanti..." Kata suami sambil memeluk dan menghadiahi satu kucupan di dahi. Dia selalu cuba meredakan sebak yang menyesak dada saya. Akur dengan takdir yang Allah tentukan.

Kata ustaz dalam satu ceramah keibubapaan.
"Sekarang ni ramai sangat orang yang mengabaikan anak-anak. Dibuang dan diseksa anak-anak itu tanpa belas kasihan. Tak sedar gamaknya mereka ini betapa bertuahnya mereka. Bukan semua orang bertuah untuk diberikan anugerah itu. Sebenarnya, mereka yang dikurniakan zuriat adalah insan terpilih. Mereka di beri peluang untuk menghayati kebesaran Allah melalui kelahiran cahaya mata. Di beri tanggungjawab dan kepercayaan dari Allah untuk mendidik generasi akan datang. Tapi sayangnya kecetekan ilmu agama buat mereka buta untuk melihat kelebihan yang mereka ada... "

Lalu syaitan membisikkan rasa kecewa yang membuatkan sesekali saya mempersoalkan takdir. 'Tak layakkan kami menjadi ibu dan bapa, sehinggakan permintaan dan penantian sebegitu lama seolah tidak dihiraukan?' Astaghfirullah hal azhim.... Ampun Ya Allah kerana bisikan itu melintas dimindaku...

"Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik buat kamu... Kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat nanti." Mudah mengucapkan kata itu. Kata-kata teman dan saudara yang memahami situasi diri. Namun hakikatnya menghayati dan meresapinya tak mudah. Sesekali saya mampu menerima dengan redha, namun ada ketika saya rasakan bait-bait kata itu bagaikan mencurah air ke daun keladi. Tak berbekas di hati.

Saat diri penuh kekuatan, saya menjadi insan yang mahu berkongsi ilham dorongan.

"Tak semua keinginan kita Allah akan penuhi. Tapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Bila kita memaut lengan suami untuk bermanja, bila kita menumpang bahu suami saat berduka, ada orang yang melihat kita sambil berkata; 'Bertuahnya kamu ada teman hidup yg berkongsi rasa. Aku pula ditinggalkan sendiri untuk membesarkan zuriat yg pernah dihasilkan bersama.' Kalau diberi pilihan, mana satu yang nak dipilih. Suami atau anak?" Saya berbicara kepada teman yang senasib. Bicara sendiri yang cuba di resapi agar menambah kekuatan di hati.

"Malah ramai lagi insan di luar sana yang yang tak diberikan keduanya; anak dan suami. Duka mereka lebih terasa. Ada yang hanyut di bawa pilu tapi ada juga yang telah menerima dengan redha. Bahagia bukan hanya dengan memiliki suami dan anak. Bahagia datang dari hati yang bersyukur."

Saya mahu menjadi manusia yang bersyukur dengan apa yang Allah tentukan. Saya dianugerahi suami yang penyayang, memahami dan begitu melindungi. Bukankah itu tanda Allah telah mendengar doa saya satu ketika dulu? Dia tak pernah mengabaikan permintaan hambaNya ini.

Buat sahabat dan saudara senasib;
Sebenarnya Allah tentukan kita bahagian ini sebab kita layak untuk memikul tanggungjawab lain yang lebih besar. Jangan sampai kekurangan dan kelebihan ini buat kita lupa tanggungjawab kita pada keluarga dan masyarakat. Jangan hanyut dalam perasaan dan hidup dalam dunia sendiri yang terasing.

Hidup kita tak lama, walaupun laluan kita dan mereka berbeza tapi kesudahannya serupa. Kematian, akhirat, padang mahsyar... Syurga atau neraka, mana satu milik kita akan ditentukan di sana.

Lalu jadikanlah detik pertemuan kita dengan Allah sebagai matlamat yang mengaburkan segala rasa duka dan kecewa. Dia sedang menanti kita dengan kasih sayangNya yang berganda dan tak ada tandingannya...

"Ya Allah... berikanlah kami kekuatan untuk melalui jalanan yang telah Kau sediakan buat kami..."

9 comments:

Nooreena said...

:')

Kaktiny said...

Apa yang Su nyatakan, sangat tepat dan benar..

yang tak ada suami, teringin nak bersuami.. yang tak ada anak, teringin nak anak.. yang ada anak dan suami, tapi rumahtangga berantakan, teringin nak jadi bujang kembali.. itu fitrah nafsu manusia kan..

..semua ini senjata syaitan utk sesatkan kita dan buat kita lupa nikmat syurga dan perjanjian kita dengan Allah.. kan..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya(al-baqarah:286)" kalam Allah yg sering diungkapkan kepada diri sendiri untuk meredakan nafsu yg adakalanya memintas akal dan iman..

Saidatina ‘Aishah r.a. merupakan seorang wanita yang faqih, alim, fasih, dan fazilah. Beliau paling banyak meriwayatkan hadis daripada Baginda Nabi Muhammad S.A.W... namun, beliau juga diuji tidak mempunyai anak.. meskipun beliau isteri Rasulullah...

bukankah?..

Senyum selalu ya..

muahs..


.

azza_irah said...

sejuk hati..
buat kembali berfikir..
diir ini sebenarnya sgt bertuah..apalagi yang dimahu..semua sudah dikurnia Dia..jika ada satu dua kekurangan..bukan Dia tidak mahu memberi..mungkin kita yang belum bersedia..

suara said...

@Nooreena
:)

==================
@tiny

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya(al-baqarah:286)"

InsyaAllah... Semoga dugaan yang diberikan Allah tidak akan menjauhkan Su dariNya. Doakan Su juga ya, tiny.

p/s : Tgh kurangkan manis dlm minuman... su sahut seruan tiny untuk selalu senyum :)

===================
@azza
Kekurangan yg dirasa, mungkin dilihat sebagai kelebihan oleh orang lain.

Lambat dapat anak, maknanya boleh honeymoon lamaaaaaa....
Cepat dapat anak, mungkin masa romantik bersama suami akan sedikit berkurangan.
Ahaks...
:D

Anonymous said...

Su, kak tie setuju benar kata-kata Tiny. Kak tie pun sedar.

Tidak semua yang kita inginkan jadi kenyataan. Insyaallah Su, ada hikmah di sebalik setiap apa yang kita miliki atau tidak kita kecapi.

MiaAngie said...

Su,

yang penting kita sentiasa bersyukur kan :-)

suara said...

@kayteeze
Tu la... Fitrah manusia yg mmg terdorong melihat kelemahan dan kekurangan berbanding kelebihan. InsyaAllah... tgh nak tune balik minda ni.

===================
@nur angriani
InsyaAllah... keazaman diri.

Masy said...

sokong kaktiny :)

kak, Allah turunkan ujian tu spaya kita selalu ingatkan Dia. mana tau kalau kita ada semua yg kita mahu, langsung terlupa nk berdoa padaNya, langsung jadi malas nak beribadat.. skrg bole la kita kata tu sume tak mungkin, tp Allah tu Maha Mengetahui.. makanya, kita berbaik sangka sajalah dgn Dia ye kak..

kata2 kt atas tu pun utk sy gak :D hehehe

kasihredha said...

kunjungan balas...
akak dah follow