Jan 10, 2011

Who am I?

3 tahun menyertai kelas talaqi di MSSAAS, untuk membetulkan bacaan Al-Quran. Saat hati menetapkan untuk menyertai kelas tarannum, saya berpaling tadah bila mendengar pendapat dari beberapa orang ustaz yang menyatakan kebaikan mempelajari Bahasa Arab, bahasa ahli syurga. Memahami apa yang diungkapkan, akan membuatkan alunan Al-Quran lebih berkesan di hati. InsyaAllah.

Kelas pertama telah berlalu minggu lepas. Seawal perkenalan dengan Ustaz Zainuddin, kami telah diserahkan tugasan untuk menceritakan tentang 5 karekter diri yang mahu dikongsi. Lalu terhasillah esei berikut;

Siapa saya?

Saya seorang yang mementingkan ketenangan. Saya percaya kesederhanaan dalam segala urusan akan membuatkan saya melalui hidup dengan tenang. Sesungguhnya Allah dan Rasulullah telah menegaskan agar kita sentiasa bersederhana. Jika berbelanja, elakkan pembaziran. Jika makan, jangan keterlaluan. Jika berkawan, biarlah bersempadan.

Ada ketika saya agak sensitif. Mudah marah, sedih dan berkecil hati. Tapi amat mudah memaafkan. Penting untuk mencari silap sendiri terlebih dahulu. Dengan cara begitu, maaf mudah di hulurkan, walaupun tidak diminta. Ianya amat senang dilakukan jika sedar ada bisikan syaitan yang memainkan peranan cuba merosakkan hati dan hubungan. Sesungguhnya segala keburukan itu adalah kelemahan saya sendiri.

Saya suka menulis. Itu cara untuk meluahkan apa yang saya rasa dengan lebih tepat. Ia memberikan saya masa untuk menyusun bicara dan memilih ayat yang lebih sopan dan tidak menyakitkan. Bimbang andai ada kata yang menyinggung perasaan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Pantang mengalah sebelum mencuba. Tak ada yang mustahil jika Allah mengizinkan. Lalu, saya yakin kita harus menjadi hamba yang meminta. Berdoa dan merayu sentiasa, hanya dari Allah Yang Maha Berkuasa. Selebihnya biarlah Dia yang menentukan adakah saya layak untuk menerima apa yang diminta.

Setia? InsyaAllah. Saya berazam mahu mengekalkan diri dengan prinsip itu. Setia pada Allah, pada Rasulullah, pada suami dan keluarga tercinta. Itu merupakan tiket untuk menghidu bau syurga. Benarkan begitu ustaz? :D

Saya cuba untuk buat seringkas mungkin, kerana di akhir tahun nanti, Ustaz Zainuddin mahu esei ini perlu dilakar kembali dalam bahasa Arab! Aduhai.... Mampukah saya?

Yang pasti, ia tak mungkin dapat dihantar seperti yang diarahkan, kerana kelas ini, hanya mampu saya hadiri buat seketika cuma. :(

Note: Yessss!!!... entry ke 2 saya dlm bulan ini! hehe...

7 comments:

KAKTINY said...

Tahniah.. dh buat entri ke-2.. kehkehkeh..

(eh.. sama la kita.. baru perasan, tiny pon ada dua entri je nih.. hahahahaa... jap.. jap nk tambah satu lagi petang nih.. kuikuikui)..

Bestnya, SU dapat belajar bahasa Arab.. itu pon salah satu doa dan keinginan tiny.. semoga Allah permudahkan.. ameen..

Tgh ON dgn kelas lain dulu.. lepas ni buleh la nk riki kelas bahasa Arab pulak kot.. InsyaAllah..

Lama rasanya tak memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada GURU agar kembali membetulkan makhraj huruf, tajwid, fasahah dan tarannumnya (okeh, bab tarannum tiny FAIL ya.. huhuhuhu)..

tiny nk sgt belajar bahasa arab supaya bila baca al-quran, maknanya sampai terus ke jiwa..

skrg ni, asyik nk kena selak terjemahan je.. (tapi ok gak, macam ala-ala baca al-quran 2 kali.. buleh kira camtu dak?? hihihi)

kayteeze said...

Alhamdulillah...
Bertuahlah Su dapat belajar bahasa Arab. Kak tie ni bahasa BM pun tunggang langgang. Nanti bolehlah share beberapa ungkapan di sini, ya... :)

ze said...

salam su - belajar bahsa arab? bagus sekali su. masa sekolah agama di johor dulu sampai kelas khas, bahsa arab jer yg akak tak lulus, dah perah otak, tp tetap tak lulus gak...
teruskan yer su...

Nooreena said...

"Ismi Nur, min Shah Alam."

Hihi. Dulu belajar basic je di univ. Boleh blaja daripada akak ni. ;)

suara said...

@tiny
Amin. InsyaAllah, semoga Allah buka pintu kemudahan untuk tiny belajar bahasa arab pulak nanti.

Su ni takdelah rajin sgt nak belajar, tapi bila fikirkan yg belajar tu antara jihad yang kita boleh lakukan di zaman sekarang, lalu su menguatkan keazaman. Apatah lagi pelajaran (org kata la) yg tak memberikan hasil (dunia), lagilah banyak dugaannya (malas contohnya... huhu).

Su ingat lagi dulu dalam satu kelas membetulkan bacaan Al-Fatihah, ustaz tu cadangkan, paling kurang kena semak bacaan dgn guru setahun sekali. So, apa lagi tiny... p cari guru untuk semak bacaan! :D

=================
@kayteezee
InsyaAllah kak tie. Tapi kata usataz tu lah, setengah tahun tu baru belajar grammar dan bbrp perkataan je. Semester kedua baru mula bina ayat mudah.

=================
@ze,
Salam kak.
Susah nak belajar bahasa ni kan. Dulu su selalu fikir, cara terbaik nak kuasai satu-satu bahasa tu ialah dgn campakkan diri di kalangan mereka yg hanya menggunakan bahasa itu. Jadi, nak tak nak mmg kena belajar bahasa mrk, kalau tak jadilah kita macam org bisu je. Kalau nak pandai bertutur, rasanya su kena pegi kat Mesir la kot. huhu..

=================
@nooreena
Rasanya reen yg kena ajak kak su dulu... :D

epalejau said...

salam, kak su sayang:)

epal pun pernah berhasrat mahu belajar bahasa arab. tapi di mana? hmm..mungkin buleh, kalau perlahan-perlahan dari pada orang yang mahir. tapi susah sikit la kan..

alasan epal sama je macam kak su. bacaan tu mesti lagi sedap dilagukan jika kita tahu setiap apa maksud dia kan?:)

suara said...

@epalejau
Salam dik sayang..

Jom kita belajar!!!
Nak mahir maybe payah. Tapi paling tidak kita cuba sepatah dua. Tapi sebenarnya kata ustaz, bila kita tahu bahasa arab ni, bacaan Quran kita akan diperbaiki secara tdk langsung. Tahu mana nak berhenti, mana nak mula... ok lah tu kan!