Aug 12, 2010

Cerita Cinta

Jarinya ada kesan luka dan bekas balutan plaster. Terhiris semasa proses menyediakan makan malam hujung minggu lepas.

"Laaa... apasal toreh jari tu sikit sangat. Sesekali kena, potonglah lebih sikit, baru nampak jelas bukti masuk dapur. Terus husband bagi cuti masak seminggu. Kan bagus gitu." Usik saya. Laila, teman sekerja saya yang manis, tergelak silu.

"Kak, masa abang balutkan jari saya ni kan, dia kata... Mesti saya ada buat salah dengan sesapa ni. Dengan suami ke... dengan mak ayah ke... Dosa dengan suami dan mak ayah cepat dapat pembalasan katanya. Pandai je dia nak mengenakan saya." Dia bercerita seiring dengan tawa ceria.

"Betul la tu." Balas saya cepat.

"Betul?" Dia membutangkan matanya.

"Ya dik sayang... betulll... Selalunya begitu. Cuma kita je yang kadang tu tak sedar. Setiap musibah yang berlaku pada kita tu adalah ruang untuk kita muhasabah diri. Mungkin itu teguran dari Allah akan perbuatan kita."

Tiba-tiba minda saya menempah ingatan pada perbualan beberapa minggu yang lepas...

"Geram betul!!. Pendapat saya ni bukan nak dengar. Tiba-tiba dia beli. Bukan murah. Beribu tu... Duitnya pulak...bla.. bla..bla..." Hani melepaskan perasaan terkilan yang menghimpit.

Beberapa hari selepasnya saya terima panggilan telefon darinya...

"Awak tahu tak, selepas mengadu dengan awak hari tu, malamnya saya sakit sangat. Kaki dan pinggang saya lenguh yang amat, sampaikan tak boleh nak tidur. Esoknya pun. Cik abang saya tolong urutkan. Tapi tak berkesan. Pastu dia tanya... Kenapa sakit sangat ni... Ada buat kerja apa-apa ke? Saya diam. Fikir kejap. Lepas tu saya cakap yang saya ada buat salah dengan dia, dan saya mintak maaf. Tak lama lepas tu, sakit saya tu hilang. MasyaAllah..." Bersungguh-sungguh dia bercerita. Di hujung talian, saya tersenyum. Bukan senyuman sindiran, tapi senyuman tanda bersyukur kerana Allah bukakan fikirannya untuk sesuatu yang seindah itu.

Situasi begitu bukan hanya sekali saya dengari. Malah saya juga mengalami. Tapi dengan corak dan cerita yang berbeza. Mana mungkin kita sebagai hamba Allah yang lemah mampu bersih dari dosa. Salah kita dengan Allah dan silap kita sesama manusia sering terjadi samada di atas atau di bawah sedar.

Kami mohon keampunanMu Ya Allah, Ya Ghaffar...

"Jadi memang betullah, pembalasan Allah tu akan ditunjukkan di dunia lagi?" Tanyanya lagi meminta kepastian.

"Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, ada rahsianya. Muhasabah diri itu penting. Kesakitan dan dugaan adalah touch point untuk kita fikir balik apa yang telah dilalui. Walaupun sikit, tapi tak ada ruginya kita ambik masa untuk nilai balik setiap perlakuan dan tindakan kita. Bagi Kak Su, untuk bahagia dalam hidup, dalam rumahtangga, mulut kena ringan untuk mohon keampunan, hati kena sedia untuk memaaf dan melupakan, dan paling penting selepas tu ialah apa juga perkara yang menimbulkan situasi tegang perlu segera diperbetulkan." Balas saya seringkas mungkin.

Dia diam dan kemudian mengangguk perlahan. Saya tak mahu bertanya apa yang ada dalam fikirannya. Biarlah apa juga cerita rumahtangga, tersimpan kemas di dalam hati. Semoga ia menjadi warna bunga yang menambah seri kanvas kehidupan.

Nota : Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat yang sudi mengunjungi. Marilah kita sama-sama tanamkan keazaman untuk menjadi insan yang lebih baik dari diri kita yang semalam.

Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan menjadi permulaan untuk perubahan kearah kebaikan yang berterusan. Amin.

9 comments:

Adliff said...

Selamat menyambut ramadan Kak Su.

Kaktiny said...

Salam Ramadhan..

Ya ya ya... setuju sgt... syukur andai Allah bg sakit, susah dan ujian sbb dh terhapus dosa dgn kifarah express (semoga.. InsyaAllah)... kalau dibawaknya ke akhirat, nauzubillah.. entah bilanya berpeluang masuk syurga.. huhuhu...

semoga segala amal kita diterima Allah.. semoga juga kita tidak terleka dan lalai dgn warna dunia... amiin...

suara said...

@Aliff
Selamat Menyambut Ramadhan untuk Aliff jugak. :)

==================
@tiny
Salam Ramadhan tiny
Akhirat... Adeh... kat mana agaknya tempat kita nanti ye.
Amin... moga diterima amalan kita ye tiny.

Anonymous said...

It does not approach me. Who else, what can prompt?

Nooreena said...

Salam Ramadhan akak :)

Betul tu. Selalunya mesti tengok sesuatu tu daripada sisi negatif, mengeluh. Sedangkan ada sebab kenapa sesuatu tu terjadi.

Reen mohon maaf atas segala salah silap ya akak.. Berbuka tu ingatlah orang jauh ni. Hihi :)

suara said...

Salam Ramadhan Reen,

Bila nak balik Shah Alam? Jom berbuka kat masjid, boleh kita jumpa kat sana dan solat terawih sama-sama.

Nooreena said...

InshaAllah 2 minggu lagi balik Shah Alam. Nanti Reen SMS akak. :)

Are-K said...

nak minta kebenaran nk post lam myblog.. harap mendapat kebenaran..

ryann said...

salam ramadan.