Aug 31, 2010

Sedihnya hati ini...

Pandangan saya jatuh kepada tajuk akhbar yang terpampang. Mulut melopong. Keluhan dilepaskan. Kesal.

"MasyaAllah... ada kes buang bayi lagi! Kita yang nakkan anak, tak dapat-dapat. Yang dapat, dibuang macam sampah. Mana peginya kemanusiaan mereka ni?"

Tiba-tiba saya rasa nak membebel. Entah pada siapa. Tapi sekadar nak mengeluarkan apa yang terlintas di minda.

Bagaimana nak perbaiki kepincangan yang ada dalam masyarakat kita sekarang ni? Di mana harus kita bermula? Ia tak akan berkesudahan dengan hanya memberatkan hukuman kepada pesalah laku. Malah untuk manusia lalai yang dipenuhi dengan nafsu, hukuman itu seolah tidak berbekas diminda dan hati mereka.

Tak akan mampu mengurangkan statistik andai hanya beberapa pihak yang berusaha. Ibarat kata, mana mungkin pesakit kencing manis akan sembuh dengan hanya makan ubat dan dalam masa yang sama masih meneguk air tebu 5 gelas sehari. Tak campur lagi dengan air tin dan teh tarik mamak, donut dan trifle yang bahan utamanya adalah gula.

Tak akan berubah nasib generasi akan datang sekiranya hanya ustaz-ustaz,alim ulama, badan NGO dan sebahagian individu tertentu yang berusaha berkempen untuk menyedarkan dan menyelamatkan akhlak masyarakat kita yang semakin tenat. Tapi dalam masa yang sama, kita tak sedar diri sendiri dan keluarga terdedah dengan virus yang boleh merosakkan jiwa dan hati.

"Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni. Sifat kemanusiaan dah hilang, kebinatangannya menyerlah. Ish... geram betul la. Astaghfirullah hal azhim..." Luah saya pada suami, dalam bicara santai kami. Tangan saya masih membelek helaian kertas yang bertulisan kecil itu.

"Orang sekarang ramai yang kurang beri perhatian pada fahaman agama. Tu yang nafsu mudah sangat kuasai pertimbangan hati." Suami membalas.

"Statement tu tak tepat. Ramai yg faham, tapi tak amalkan. Amal apa yg tahu itu penting." Saya meluahkan apa yg turut bermain di minda.

"Samalah lah tu... Itulah yang abang maksudkan tadi." Katanya tak mahu mengalah. Saya tergelak kecil. Faham dengan sikapnya.

"Su ni kiranya mind reader abang lah ye? Abang cakap sekerat, Su dah tahu apa sebenarnya yang abang nak cakap..." Dia tersengih mendengar kata saya.

Bicara santai kami tak terhenti di situ. Niat hati mahu mencari 'ubat' bagi 'penyakit' yang dibimbangi.

Ermm... Rasanya bukan ubat yang dicari, tapi 'pendinding' diri yang mahu dikuasai. Pendinding dari kemusnahan dunia dan akhirat.

Ya Allah... Mudahkanlah jalan ilmu bagi kami, berikanlah kami kefahaman yang benar dan sebaik-baiknya serta jadikan kami hambaMu yang beramal dengan sebaik-baik amalan.

5 comments:

eeeda said...

Kita jadi takut dengan fenomena nie...apa akan jadi dengan generasi kita.
Nilai semakin hilang...

KAKTINY said...

Ye ye ye Su..

tiny faham sgt apa yg su rasa.. sangat2 faham... sama jugak dgn hati ini... saban waktu hati ni dok menjerit bila tgk cerita-ceriti begini...

dan juga hati ni merintih saban waktu sbb terasa kerdil dan hinanya diri ini...

bukan saja tak mampu mengubah bangsa, tetapi diri sendiri pon masih di takuk iman yg lemah.. kerana hanya sekadar mampu menegur dgn HATI!!.. Astaqfirullahal 'azhim.. huhuhu...

Dgn pelbagai cerita ceriti ini, jujurnya.. jauh di sudut hati tiny terasa bimbang dgn anugerah Allah yg bernama 'anak'.. dgn keadaan diri dan suami yg bekerja.. terasa risau yg amat bagaimana nk mendidik mereka terutamanya ketika mereka menempuh alam remaja - zaman yg perasaan sentiasa berjalan mendahului akal.. dan iman sering tersungkur atau tertinggal di belakang!!.. (pernah remaja, maka tahu perasaan2 itu!!)..

masih dan terus mencari tanpa jemu melalui pengalaman org, pembacaan, bertanya, forum, ceramah, kuliah... formula yg betul utk bentuk anak2.. (di samping diri sendiri sebagai hamba Allah dan ibu bapa!!!..)

TOKMA said...

Salam Su,

Lama sangat tokma tak jengok Su. Maaflah yer Su. Bukannya aper...sibuk yang tak seberapa tapi jadi sibuk memanjang. Ngan cucu sekolah, ngan sakit badan jatuh, ngan kena masuk spital operation sebabkan jatuh tadi...macam2 Su.

Apa2 pun Tokma ambil kesempatan nih nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SU DAN KELUARGA.

warungkampung said...

Salam kak Su,

lama tak melawat sini.
sedih juga baca kes pembunuhan dalam bulan Ramadan. syaitan tepuk gembira lihat anak didiknya begitu berani.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

suara said...

@eeda,
Jom kita tambah dan tingkatkan doa.

==================
@tiny
Pernah terfikir nak jadi surirumah tak? :D
InsyaAllah... Su doakan agar tiny berjaya memikul amanah Allah sebaiknya.

==================
@tokma
Selamat Hari Raya Tokma!!!

==================
@y4ku24
Thks sbb sudi jengok kak su sekali sekala.
Selamat Hari Raya!!!