Jun 29, 2010

Kerana sayang...

Kenapa belajar?

Belajar sebab nak...
Kerja baik dan gaji banyak, insyaAllah, rezeki tu ada dimana-mana.
Nak meneroka ilmu baru? Jalan ke arah gedung pengetahuan memang sentiasa terbuka luas.
Mahu dihormati dan disegani dek kelulusan yang tinggi? Pasti ada yang akan mengkagumi.
Sekalipun hanya sekadar mahu menilai tahap kemampuan diri... tentu ianya dipermudahkan Allah.

Namun itu semua matlamat dunia semata.

"Bila belajar, disamping memenuhi kemahuan peribadi, niatkan kerana Allah. InsyaAllah, dunia dapat, akhirat pun dapat. Kalau belajar tanpa niatkan kerana Allah, dapat dunia je... Dapat ilmu tapi tak dapat pahala, kan rugi tu!" Nasihat saya pada anak-anak buah dan adik-adik, lewat perbualan santai bersama mereka bila berkesempatan.

Dulu... tak ada sesiapa yang menasihati saya. Saya belajar tanpa matlamat, tanpa cita-cita tertentu. Mungkin berbekalkan sedikit keinginan untuk memperbaiki kehidupan, saya melangkah mencari ilmu dunia. Tak pernah ada niat untuk belajar kerana Allah.

Hati ngilu tak semena-mena...

Tak tahu kenapa... tak bersebab. Mungkin ianya kesan dari sedikit sentuhan kasih Allah yang mahu saya berpesan untuk generasi akan datang, berdasarkan sekelumit pengalaman.

"Belajar rajin-rajin, cari ilmu sebanyak mungkin... Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Hanya itu harta yang tak boleh dirampas dan dirompak. Yang tak akan hilang dan tak akan berkurang. Yang boleh membantu saat diri dalam kesesakan dan kesesatan.... Jangan sesekali mengharapkan harta warisan, kerana ia hanya akan membawa perpecahan jika tidak dikelola dengan iman... Jangan sesekali mengharapkan keluarga dan teman, kerana mereka manusia biasa yang ada batasan kemampuan..."

Saya membebel panjang. Dengan bahasa biasa dan ayat yang lagi berjela-jela. Entah di dengari dan meresap ke hati atau hanya melintasi rongga telinga dan menghilang tanpa kesan.

"Ya Allah... aku meluahkan apa yang diharapkan dapat memberi sedikit suluhan pada perjalanan hidup mereka. Liku yang pernah aku lalui, tak kuharapkan mereka akan lintasi. Bantulah mereka Ya Allah... aku sayangkan mereka semua... dan aku tahu kasih sayangMu pada mereka berlebih-lebih lagi... Lindungi mereka dari laluan berliku dan berlumpur Ya Allah... Lindungi aku dari dugaan yang tak mampu ditahan Ya Rahman..."

Kerana sayang... aku berpesan.

4 comments:

epalejau said...

Salam bertemu kembali kak su.

Betul tu kak su. :) belajar kerana Allah..Insya ALLAH apa yang dipelajari takdela untuk peperiksaan semata.

Habis exam, habis juga la ilmu yang bertahun ditimba.

Harap-harap ilmu sedikit yang masih ada akan dapat digunakan dan diturunkan kepada anak-anak murid epal. Insya ALLAH. :) kak su doakan ya!:)

eeeda said...

Hari ini eeeda beroleh kesedaran...dalam mendidik anak2 murid jgn hanya mengejar kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.. sehingga kita leka untuk membentuk keperibadian mereka.

GDIZ said...

betul tu kak sue.
kadangkala terkeliru. Risau.

suara said...

@epal
Salam dik.
Nanti bila epal mengajar, jangan lupa selitkan pesanan ni pada anak-anak murid ya!

==================
@eeeda
Su pasti eeeda juga mahu mereka cemerlang di akhirat nanti.
Teringat doa yg selalu di baca... doa utk guru di selitkan jugak.
Eeeda bertuah sbb insyaAlah, akan ada anak murid eeeda yg mendoakan gurunya.
Tetiba ada rasa sedikit kesal sbb tak terima tawaran jadi cikgu dulu... huhu

===================
@gdiz
Sekarang jgn keliru lagi tau. Bila keliru, syaitan mudah cucuk jarum.