May 19, 2010

Manusiakah kamu?


Satu sindiran buat manusia-manusia yang telah hilang kemanusiaannya.

Begitu mudah membuang satu anugerah yang bukan semua orang mampu memilikinya. Mungkin bagi mereka, ia bukan anugerah tapi sampah yang perlu dibuang dan dilupuskan.


Zaman jahiliah, mereka cuma membunuh anak perempuan dengan menanam anak itu hidup-hidup. Zaman kita?

Teringat seruan seorang ustaz dalam satu slot ceramah yang pernah saya hadiri.

"...Bala dari Allah akan tiba sebagai hukuman akibat bagi masyarakat yang akhlak penduduknya dah rosak dan musnah. Dan ia akan menimpa bukan sahaja pada orang yang berdosa tapi juga yang taat pada Allah.... Jadi apa yang kita perlu buat? Amal makruf nahi mungkar... Dekatilah Allah, tambahlah amalan kerana insyaAllah, ia akan mencegah kemungkaran. Dan serulah keluarga kita untuk kembali ke jalan Allah, ajaklah jiran tetangga kita, ingatkanlah sahabat-sahabat kita..."

Ya Allah... selamatkanlah masyarakat kami dari kemusnahan akhlak, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharakanlah kami dari mala petaka akibat dari kekurangan iman kami... Ya Allah Ya Rahman, Kau bukalah hati dan jiwa kami untuk menerima cahayaMu, agar kami tak sesat oleh mehnah dunia yang meruntuhkan....

17 comments:

KAKTINY said...

kalaulah BERSUARA itu boleh sewenangnya... nak jer tiny LAUNGKAN dlm blog, dlm suratkhabar, dlm mana2 sesawang.. menyatakan:
"ANTARA PUNCA gejala sosial itu berlaku.. sebab.. dari yg **** pon tak betul.. sebab tu yg ***** pon tak betul!!.. macam sifat air.. dari atas turun ke bawah!!..

kalau laa.. kalau.. kalau boleh ckp mcm tuh!!.. tapi.. nanti kena saman plaks.. aduuuhhhh!!!....

so, simpan je la suara hati nih!!.. huhuhuhu...

Ya Allah.. kami mohon makrifat-Mu.. kami mohon keberkatan-Mu.. kepada umur kami, diri kami, hati kami dan kehidupan kami dunia dan akhirat.. amiinnn...

Uncle Lee said...

Hello Suara, was at Shasha's place noticed your interesting profile and busybody over.
Love the cartoon picture.
You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

Mak Su said...

speechless :(

Nooreena said...

Rin bengang betul dengan manusia yang camni. Buat anak reti, jaga anak tak tauu! Waktu buat maksiat, bersuka-suka tak hengat Tuhan, tak hengat mak ayah, semuanya indah bagaikan di syurga. Syurga apanya?! Hishh!!

Maaf akak. Ter-emosi pulak di sini. Tapi memang benci la perangai2 yang tak serupa orang ni.

Eiiii.... *geram*

dkama said...

Aminn... PEACE...

zulkbo said...

salam ziarah malam..
mimpi yang indah..
ALAMAKKK..kesiannya
kenapalah kita manusia
sebegini...?Bila nafsu
mengatasi akal..

ryann said...

banyak situasi yang menunjukkan manusia menuju kembali ke zaman dulu. yang baik- baik tidak apa

PnConfused said...

ameennnn.. ya rabb!

suara said...

@tiny
Tu lah kan... Su pun kadang tu bila nak suarakan sesuatu, selalu kawal diri. Tak nak nanti tak pepasal jadi popular sampai masuk paper, masuk tv.

Su setuju kata tiny, semuanya harus bermula dari pemimpin. Jika mahu, mereka punya kuasa yg lebih untuk membendung masalah ini. Tapi apa yg dibuat tak menunjukkan kesungguhan untuk mengubah kecenderungan gejala ini. Sedih, kan?

Kuasa kita hanya setakat peraturan keluarga saja, itupun kadang selalu di langgar. Tak pe lah tiny, kita buat takat yg terdaya je lah. Jaja je suara hati kita kat keluarga dan kekawan. Selain itu, doa adalah senjata kita yg paling kuat. InsyaAllah.

===================
@Uncle Lee
Thks for your visit. :)

===================
@Maksu
Kita buat speech dgn Allah je lah maksu...

===================
@Reen,
Kalaulah syaitan tu boleh dilihat, mungkin akan kuranglah maksiat. Bayangkan, bila manusia nak mulakan perlakuan sumbang, nampak wajah syaitan dok sebelah, tengah menghasut. Hilang 'selera' jadinya.

Tapi Allah jadikan syaitan tu invisible, untuk menguji iman kita. Neraka sbnr kita tak nampak, syurga sbnr pun kita tak nampak. Cerita dan gambaran syurga neraka yg Allah berikan tak memberi kesan bila hati dah kelam dek kata manis manusia bersifat binatang...

Moga kita semua dijauhkan dugaan sebegitu, bimbang andai iman tak dapat menjadi benteng penghalang hasutan.

Reen jaga diri ya!

====================
@dkama
Peace... aman dalam iman... insyaAllah selamat dunia akhirat

====================
@zulkbo
Salam ziarah dan selamat datang...
Bila iman tak cukup kuat, mudahlah nafsu mengatasi akal.

====================
@ryann
Zaman berputar ibarat roda, macam fesyen jugak. Banyak yg kembali ke zaman dulu-dulu. Masalahnya perangai org jahiliah pun sama, dah kembali ke masyarakat kini, malah lebih teruk lagi.

====================
@PnConfused
Amin... Moga Allah jauhkan keburukan.

Faridrashidi said...

Salam,

Bukan saja menjadi binatang, tetapi lebih teruk dari binatang.

P/S: Lama tak updates blog ya kak?

suara said...

@Faridrashidi
Salam Farid,
Dikalangan binatang, tak ada manusia. Tapi di kalangan manusia, banyak binatang.

p/s: Banyak entry yang tersimpan dalam draf. huhu...

eeeda said...

Binatang pun tahu syg anaknya...

epalejau said...

MasyaALLAH. hina sangat si bayi sampai dibuang dalam tong sampah.itu kata mereka yang tak sedar diri mereka yang jauh lebih hina.

kak su, doakan epal mampu jaga diri dari smua ni..

arsaili said...

salam...moga keluarga kita terhindar dari sikap jahiliah ini

suara said...

@eeeda
Bila syaitan menguasai pemikiran, manusia tidak lagi menjadi insan. Itu yang menyebabkan sifat kemanusiaan hilang.

==================
@epalejau
Kak su sentiasa doakan... bukan saja untuk epal, tapi untuk seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia. Epal kena berusaha dan berdoa... mintak pada Allah supaya dikuatkan keimanan untuk menahan segala bisikan syaitan...

====================
@arsaili
salam. untuk semua keluarga dan saudara seagama... amin...

aliff muhammad said...

Terasa sangat sedih hati saya tiap kali membaca cerita mengenai bayi yang dianggap sebagai sampah ini. Entahlah bila nafsu merantai jiwa, manusia kadangkala lebih buruk dari haiwan.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Moga Allah SWT tidak mengazabkan kita kerana bala ini.

Membasmi perlakuan tidak bermoral ini seharus jadi jihat kita bersama.

suara said...

@aliff
Moga Allah pelihara kita semua... Amin.