Mar 4, 2010

Aku Pemandu (1) - Terbang Di Awan

Dah lama saya tak menulis secara santai. Saya mahu, tapi kadangkala tak mampu. Selalunya terhenti separuh jalan, lantaran kesibukan, lantaran idea yang terbang melayang.

Entry bersiri Aku Pemandu mungkin tak berisi, kerana ia sekadar calitan kisah.

Kenangan sebagai seorang pemandu. Basikal. Motosikal. Kereta.
Banyak sekali ingatan yang tak mahu saya lepaskan sepanjang saya bergelar pemandu.

Pemanduan terawal tentulah basikal (pemanduan? Tak kisahlah. hehe). Dulu, tak mudah nak belajar basikal. Apatah lagi orang kampung dan susah seperti saya. Mana ada basikal kecil beroda 4 seperti yang ada sekarang.

Saya belajar mengayuh basikal seawal usia 6 tahun. Basikal tua yang berpalang kepunyaan arwah Ayah Aji (bapa saudara) menjadi sasaran. Dengan badan yang kecil, dan palang basikal yang menyusahkan saya menyeimbangkan badan, membuatkan saya seringkali jatuh. Sakit! Tapi saya tak mudah serik. Terus cuba dan cuba bila saja Ayah Aji beri kebenaran meminjam basikalnya. Tapi tak berjaya. :(

Lepas tu ayah beli basikal untuk kakak. Basikal tanpa palang. Apa lagi, memang lebih kerap dan mudah saya kerjakan. Akhirnya saya berjaya! Walaupun saya tak boleh duduk sebab terlalu tinggi, tapi saya tak kisah. Nikmat mengayuh basikal, tak mungkin saya lupa! Teruja sangat!

Bila masuk darjah 3, ayah belikan basikal untuk saya. Basikal kecil yang ada raga di depan. Letak beg sekolah. Dulu buku tak sebanyak sekarang. Saya mengayuh basikal ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 3km dari rumah. Paling saya suka, bila ke sekolah diawal pagi saat kabus tebal. Terasa seolah terbang di angkasa merempuh awan (Memang awan pun kan, awan cumulus nimbus). Segar!

Dengan basikal itu juga, saya bantu arwah mak menghantar barang jualan. Diusik oleh budak lelaki, sehingga saya hampir menangis kerana geram.

Melihat aksi budak lelaki yang merempit dengan basikal, mengangkat tayar depan, membuatkan saya teringin mencuba. Ada sekali, saya cuba aksi tu untuk melepasi tali biri-biri nenek uang merentang di jalan. Tayar tak terangkat,tapi saya yang jatuh terguling sebab tali terbelit. Aduh... sakitnya tak terkira. Lutut dan tangan berdarah.

Selepas tu saya tak mahu cuba lagi, sampai sekarang. Serik! Kalau berjaya, pasti saya mempunyai sejarah sebagai minah rempit, kan? Hahaha...

7 comments:

epalejau said...

fuh.....naseb bek tak berjaya kan?hahaha..

kak su, epal pun teringat masa epal belajar naik basikal. bapak yg ajar. bapak duduk kat belakang, (basikal tu ada seat pembonceng kat belakang) dan epal yang pandu. bapak tak duduk pun, cuma macam meletakkan badan seolah-olah duduk. sengaja supaya epal rasa yakin nak bawak basikal tu sebab ada bapak di belakang. padahal kalau fikir-fikir balik, mana lah epal yang kecik tu mampu nak bonceng bapak kan?:)) dan epal tak pernah jatuh, sebab setiap kali nak jatuh, bapak terus sambut..:)

Nooreena said...

Salam akak. Reen umur 5 tahun baru pandai kayuh basikal. Hihi. Kena praktis bawak atas rumput. Tak berani berbasikal atas jalan tar. Takut luka. Kalau dah luka, Reen akan nangis kuat-kuat sampai tak ingat dunia. Manja terlebih! :D

Minah rempit? Alhamdulillah tak.. kan? :p

Adliff said...

Alif, abang Teh yang ajarkan, umur 5-6 kalau tak salah. Lepas pandai, segala macam gaya basikal itu aliff tunggang. Sampai kini masih tunggang basikal. :)

suara said...

@epalejau
Bila perasan ada ayah kat belakang untuk mengawasi, epal lebih yakin untuk mengayuh, kan? Pastu bila tetiba tahu yg mereka dah lepaskan tangan, terus basikal jadi terhoyong hayang. Betul tak?
Masa tu rasa seolah mrk sedang mengajar anak kecil bertatih je.

===================
@nooreena
Suara Reen mesti power time nangis, kan? Sekarang? ;D

===================
@Alif
Tu la kak su kadang rasa seronok+jeles bila baca cerita Alif ttg aktiviti berbasikal kat Putrajaya. Nak join tak boleh sbb tak de basikal.

alQasam said...

Pemanduan:)

Saya sangat suka berbasikal. Mungkin sebab dari kecil, basikallah hadiah yang ayah pernah bagi. Selepas tu takpernah dapat hadiah dah.:)

Seronok berbasikal tau kak Su. Jangan putus asa ya:)

suara said...

@alQasam
Masih boleh merasai bahagia bila dapat hadiah yang diidamkan walaupun ia dah lama berlalu, kan?

Nooreena said...

Agak power jugak la. Desibel tinggi. Hehe. :D