Mar 9, 2010

Aku Pemandu (2) - Saman

Dulu, bila ke sekolah dan tayar basikal pancit, ada satu kedai mekanik yang akan kami tuju. Untuk tayar pancit, kalau cuma tukar 'ba' basikal, hanya 30 sen atau 50 sen saja. Kalau tukar tiubnya, tak sampaipun RM5. Ingat-ingat lupa. Sekarang? Saya tak tahu sebab dah lama tak beramah mesra dengan basikal.

Berbasikal memang seronok. Kenangan berbasikal semasa zaman sekolah memang manis.

Tapi cinta saya pada basikal mulai pudar bila kaki semakin panjang. Saya mula berjinak-jinak dengan motosikal kakak semasa berumur 11 tahun. Mahu menguji setakat mana kemampuan diri.

Belajar memandu motosikal tak sesusah belajar menunggang basikal. Asas menyeimbangkan badan dah ada, cuma memerlukan kaki yang kuat untuk memastikan motosikal tak terbalik ketika berhenti. Kedua kaki saya memang tak mampu mencecah tanah, tapi saya masih mampu menampung motosikal.

Ketika berada di darjah 6, saya pernah menunggang motosikal ke sekolah beberapa kali, tapi hanya separuh jalan. Saya tak ingat bagaimana arwah ayah, mak dan kakak boleh benarkan saya menunggangnya. Tapi saya hanya lakukan dengan kebenaran mereka. Itu pasti!

Sebenarnya mereka izinkan saya menunggang motosikal hanya di sepanjang jalan kampung yang tak sibuk. Bila sampai di jalan besar, saya perlu berjalan kaki. Apapun, saya cukup puas hati. Bangga lagi! Kebanggaan anak kecil kerana berjaya melakukan sesuatu yang saya rasakan agak luar biasa diusia saya. Perempuan, dan masih kanak-kanak!

Ketika di sekolah menengah, saya masih berbasikal ke sekolah. Motosikal itu milik kakak, dan saya bersekolah di pekan. Nak ke sekolah, mesti melalui balai polis, dan ada ketika mereka mengadakan sekatan. Dengan motosikal, saya hanya mampu menguasai jalan-jalan kampung saja.

Saya memohon lesen memandu L, di usia 16 tahun kalau tak silap. Bila berlesen, barulah saya berani menunggangnya di jalan besar. Tapi nasib saya tak baik bila saya mendapat saman pertama kerana saya tak tampalkan L di belakang motosikal. Panik. Bila di minta lesen dan IC, terus saya keluarkan tanpa sepatah kata.

Akui kesalahan diri dan menerima denda yang dikenakan dengan hati terbuka. Itu prinsip saya.

6 comments:

Nooreena said...

Rindunya mahu berbasikal! Last time pun masa pergi bukit cerakah raya cina lepas. Rumah takde basikal. Huhu.

Ehem, akak baru beli basikal kat rumah ye.. Hihi. :D

Reen teringin nak bawa motosikal, tapi tak berani. Ayah pun tak bagi. Aduhai.. Selalu jadi pembonceng saja.

suara said...

@Reen,
Ayah tak bagi sebab dia sayang tu. Jadi jangan nak memandai nak bawak motosikal tau.
Meh, kak su bonceng Reen nak motor nak?

Mak Su said...

saya fail bab basikal, apatah lagi motosikal. hihihi

Azis said...

lama tak menjenguk blog ni.
kalau kita kena saman mungkin utk kesalahan yg lampau jugak..mungkin

*azis

suara said...

@maksu,
kereta ok, kan?

====================
@azis,
Betul tu.
Saya memang banyak buat kesalahan. huhu...

Nooreena said...

nak! :D