Apr 24, 2009

Serupa tapi tak sama.

"Mama dan papa kerja siang malam bukan untuk orang lain, tapi untuk keluarga kita juga. Cari duit nak bagi kita semua hidup senang, hidup mewah..."

Pernah dengar skrip ini?
Atau pernahkah/mungkinkah anda menuturkan kata-kata seiras ayat ini?

Entah kenapa saya rasakan ada sesuatu yang tak kena pada ungkapan itu.

Saya mungkin bukan orang yang layak untuk mempertikaikan kesungguhan sesetengah ibubapa yang bekerja kuat demi anak-anak. Sebagai insan yang belum lagi ditakdirkan untuk memegang title ibu, sungguh saya rasa saya tak layak untuk menulis tentang bagaimana cara nak mendidik anak-anak.

Sekadar pendapat yang melintas di minda, saya percaya setiap patah perkataan yang digunakan bila berkomunikasi dengan anak-anak akan mengukir jiwa mereka, membentuk hati mereka, mencorak mereka menjadi manusia yang bagaimana. Jika jawapan begitu yang terhidang bila anak-anak mempersoalkan tentang masa keibubapaan yang terbatas, pastinya dunia yang akan bertapak di hati mereka.

Bagaimana dengan ayat ini?

"Mama dan papa kena kerja sebab nak cari duit untuk biayai keperluan hidup kita, nak sediakan makan pakai yang mencukupi untuk kita sekeluarga dan juga untuk belanja pelajaran anak-anak papa..."

Boleh nampak berbezaannya? Ayat yang mudah, lebih kurang sama tapi memberi maksud dan kesan yang berbeza.

Ramai yang bekerja bermati-matian dari siang membawa ke malam, demi wang kerana percaya wang dapat memastikan mereka dapat memberikan yang terbaik buat keluarga. Itu dikatakan melaksanakan tanggungjawab. Benar. Saya bukan persoalkan tentang kerja untuk dapatkan wang. Tapi kerja sampai lupa waktu, bertungkus lumus untuk kejar kejayaan melampau (baca : kemewahan) sehingga mengabaikan anak-anak, adakah berbaloi untuk jangka panjang? (matlamat jangka panjang = akhirat)

Bukahkah memberikan kasih sayang, meluangkan masa mendidik mereka juga adalah tanggungjawab ibubapa? Didikan awal tentang agama, tentang solat, tentang ilmu fardhu ain, bukankah lebih berkesan jika asasnya ditanam oleh darah daging sendiri? Kalau tak tahu, belajar. Dan kemudian ajarlah mereka. Kita cuma ada 24 jam saja dalam sehari, dan kalau lebih dari separuh masa telah kita habiskan dipejabat, dimana hak masa anak-anak?

Adakah wang yang banyak mampu membeli ketenangan? Adakah senang itu menjamin kebahagiaan? Adakah hebat berbelanja itu gambaran kejayaan?

Saya seringkali mendengar teman-teman yang bekerja sebagai guru, luahan rakan-rakan dan rungutan jiran-jiran yang terserempak dengan anak-anak yang sepatutnya ke tiusyen tapi hakikatnya mereka tersadai melepak di tepi-tepi jalan dan di cyber cafe (walaupun setelah dihantar ibubapa di depan pintu sekolah). Wang belanja harian untuk membeli makanan buat santapan pagi dan petang, digunakan untuk membeli rokok, leka meratah asap bersama makhluk tak berbentuk (jin dan syaitan la tu).

Sedih....

Anak-anak amanah Allah pada kita, itulah harta yang lebih berharga dari wang berjuta. Tak selesai tanggungjawab kita jika hanya menghantar mereka ke sekolah cuma, walaupun sekolah agama. Bagi saya, mencari duit biarlah berpada. Hidup kita hanya sementara, bersederhana dalam segala perkara itulah sebaiknya.

Maafkan saya jika tulisan saya kali ini banyak yang tak kena, tak menarik, tak berisi. Sungguh... ini sekadar pendapat, ingatan dan pesanan untuk diri sendiri sahaja. Menulisnya di ruangan ini kerana mahu berkongsi apa yang melintas di minda...

Apr 13, 2009

Kembara zuriat

Segalanya begitu sempurna, begitu mudah.

"Kalaulah boleh kita mulakan rawatan IVF tu pada hari Maulidurrasul, bukankah lebih baik." Bisik suami saya.

"Erm... Memanglah, tapi Dr kata tak sedia lagi masa tu. Sebab tu lewat sikit." Balas saya menerangkan.

Tiba-tiba, sehari sebelum Maulidurrasul, Dr kata semuanya telah sedia, tak boleh dilewatkan lagi. Dan 9 Mac bersamaan dengan 12 RabiulAwal, permulaan di hari yang cukup baik memang membenihkan harapan subur dihati.

"Abang sebut je hari tu, Allah dah kabulkan. Allah berikan hari Maulidurrasul untuk benih kita dicantumkan di makmal." Kata saya sambil memegang tangan suami dalam kereta semasa perjalanan ke hospital.

"Alhamdulillah. Harapnya usaha kita ini akan berjaya." Senyumnya penuh harapan. Tangan saya dikucup lembut.

"InsyaAllah..." Hati sarat dengan getar dan debar. Harapan digalas penuh cemas.

Hampir 3 minggu saya berehat. MC dari hospital dan bersambung dengan cuti yang diambil, hanya untuk memastikan saya mendapat rehat dan penjagaan yang sempurna.

Terasa benar pertolongan Allah pada kami bila tiba-tiba syarikat tempat suami saya bekerja menutup operasi (shut down) selama seminggu. Cuti yang selalunya kami akan rebut untuk pulang bercuti di kampung, kali ini hanya dihabiskan dengan berehat di rumah.

Saya bagai orang berpantang, segalanya dilakukan oleh suami. Hanya tugasan memasak diserahkan pada saya. Itupun hanya menu yang mudah dan simple yang saya sediakan.

Doa tidak putus-putus diperdengarkan. Zikir dan bacaan Al-Quran menghiasi bibir hampir setiap ketika. Kami benar-benar berserah pada Allah, bertawakkal. Hanya Dia yang mampu membantu, yang dapat menjadikan impian kami satu realiti.

Tiga minggu yang mendebarkan, berakhir dengan airmata tatkala merah pekat mengunjungi saya seperti biasa. Sedikit lewat, tapi itulah jawapan yang pasti. Gagal. Air mata darah pun tak mungkin dapat mengembalikan apa yang hilang. Tak mungkin dapat mengubah kenyataan yang terbentang.

Saya bersyukur dengan permulaan yang mudah dan sempurna, walaupun pengakhirannya tak seperti yang saya harapkan.

Saya tak menangis. Lemah suara saya mengkhabarkan berita sedih itu pada suami, tak langsung diiringi dengan titisan airmata. Mungkin pelukan dialah yang membekalkan kekuatan pada saya.

"Jangan sedih. Nanti kita cuba lagi." Katanya ringkas, kemudian mengucup dahi saya. Saya mengangguk perlahan.

Saya kuat menahan dugaan ini. Sebenarnya itulah yang saya mahu percaya. Janji pada diri untuk tidak akan menangis walaupun tika membicarakannya dengan sesiapa saja, mengkhabarkan cerita duka.

"Su jangan sedih, jangan putus asa. Usaha lagi. Kalau itu keputusan Allah, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ma akan terus berdoa..." Kata mertua saya dengan suara yang bergetar dihujung talian saat saya memberitahunya tentang harapan yang tak kesampaian. Saya tahu dia menangis di sana. Sungguh saya tak kuat saat itu. Air mata mengalir jua akhirnya. Laju.

"InsyaAllah ma. Su tak putus asa. Ma jangan risau, Su ok. Su akan cuba lagi jika bila Allah izinkan. Oklah ma... Su nak sambung kerja ni. Assalamualaikum." Suara saya serak tiba-tiba. Sebak. Cepat saya mencari alasan untuk memutuskan talian. Saya tak mahu mertua saya tahu yang mata saya sudah kebanjiran di sini.

Menerima keputusan itu awalnya bukan senang. Persoalan kenapa, mengapa, bagaimana bersilih ganti mengisi fikiran. Ahhh... mainan syaitan tentunya. Pasti iblis mahu saya mempersoalkan takdir Allah, dan dengan itu saya akan tergolong dalam orang-orang yang lemah dan tak tahu bersyukur.

Walaupun hati terasa seolah hilang saat menerima keputusan itu, tapi ia hanya seketika. Saya cepat sedar yang saya ini hanya hamba Allah yang layak merancang dan berusaha, namun keputusan adalah milik Dia.

************************************************

"Abang Ngah nak buat apa dengan duit ni?" Tanya suami saya pada anak buahnya semasa kami bercuti awal tahun ini. Leka memerhati tangan si kecil berusia dua setengah tahun itu memasukkan syiling ke dalam tabung lori.

"Nak gi Mekah." Jawabnya ringkas. Waduh... manisnya jawapan.

Minggu lepas suami saya bertanya lagi.

"Ayah cik nak pegi Mekah. Abang Ngah nak ikut?"

"Nak!" Terbayang matanya yang bulat dengan wajah bersih berkopiah.

"Duit dah cukup?"

"Dah cukup!" Suara kecil dihujung talian kedengaran begitu yakin dan bersemangat. Suami saya tergelak. Si kecil itu bersemangat sekali untuk menjejakkan kakinya ke sana. Di tanah suci yang saya pun tak pasti sejauh mana dia tahu tentang rumah Allah itu.

'Hanya Engkau yang kami sembah, dan padaMu jua kami pohon pertolongan....' - Al-Fatihah, 4.

"Abang... TV dah rosak lah pulak. Tetiba je." Saya bersungut. Niat nak menonton penyampaian anugerah AIM tidak kesampaian.

"Allah nak kita study betul-betul buku umrah tu. Sebab tu lah TV tu rosak." Kata suami selamba. Saya tersenyum kemudian tergelak kecil. Erm... mungkin benar begitu.

Sebelum memulakan kembali kembara zuriat (akan berikhtiar selagi terdaya) kami yang seterusnya, saya dan suami akan sujud dan menadah tangan di depan Kaabah. Memohon ampun dan meminta pertolongan, hanya pada Allah Al-Haq.

Bulan depan. InsyaAllah.

Doakan saya...

Apr 3, 2009

Antara dia dan dia...

"Kalau kecewakan orang, satu hari nanti orang akan kecewakan kita. Zie tak nak le berlaku perkara macam tu." Kata Zie memberi alasan untuk kekal berhubung dengan Min walaupun restu keluarga tak begitu memberangsangkan.

"Betul... tak salah kata-kata tu, sebab what comes around goes around. Tapi Zie kena tahu siapa yang perlu diutamakan." Aku membalas. Anak muda ini perlu diingatkan tentang keutamaan dan hak seorang ibu.

"Zie tak sampai hati nak kecewakan dia tanpa sebab munasabah." Aku tersenyum. Aku tahu dia mahu jadi kekasih yang setia.

"Zie pernah terfikir tak yang kata-kata tu boleh gunakan untuk mama jugak? Zie buat mama sedih, satu hari nanti Zie akan sedih disebabkan anak Zie." Dia terdiam.

"Zie kena ingat, sebagai anak lelaki, Zie kena utamakan mama. Walaupun selepas kawin nanti, Zie tetap kena utamakan mama, bukan isteri." Aku memulakan hujah.

"Tapi Min tak ada buat salah apapun. Macam mana Zie nak cakap, nak bagitahu dia tentang pendirian mama? Nanti dia mesti sakit hati, sedih. Zie nak kawin dengan Min sebab Zie nak elakkan perkara buruk dari berlaku. Zie rasa dah cukup sedia untuk jadi suami. Tak kan itupun tak boleh." Nadanya jelas menunjukkan ada rasa tak puas hati yang bersarang.

"Bukan tak boleh, tapi tak seharusnya Zie fikirkan tentang diri sendiri je, atau Min. Kenapa tak fikirkan tentang mama dan abah?" Dia diam lagi. Aku kembali menyoal; "Zie nak kawin jugak walaupun mama tak gembira dengan keputusan Zie pilih Min?"

"Zie yakin mama akan restui juga satu hari nanti." Katanya cuba menanam keyakinan.

"Satu hari nanti? Macam tak best je bunyinya." Aku membalas.

"Errm..." Dia kehilangan kata-kata buat seketika.

"Mama berdiam diri, bukan tanda setuju. Dia diam sebab tak mahu hampakan hati anaknya. Zie tentu boleh agak bagaimana reaksi mama kalau dia gembira, kan? Zie nak utamakan kegembiraan mama atau kegembiraan Min?" Soalan yang aku sudah tahu jawapannya. Zie anak yang baik, dia pasti akan utamakan mamanya, tapi impian untuk hidup bersama Min buat dia jadi sedikit tergugat.

"Susahnya. Zie tak nak hampakan keduanya." Katanya lemah. Persoalan yang aku tahu berat sekali membebani fikirannya.

"Zie kenal mama sejak lahir lagi. Hubungan darah yang tak boleh diputuskan. Hubungan Zie dengan Min pulak tak sampaipun 3 tahun. Tak kan Min tak tahu siapa yg perlu Zie utamakan!? Zie bukan orang yang tak faham agama. Bukan tak tahu hukum dan batas hubungan antara lelaki dan perempuan, bukan tak reti tentang hak siapa yang perlu diutamakan. Susah sangat ke? Pejam mata pun, soalan tu boleh dijawab dengan mudah, kalau benar Zie nak jadi anak yang soleh." Luahku panjang lebar. Aku mahu dia faham, ada ketika kita perlu membuat pilihan. Dan hukum Allah telah tersedia untuk membantu kita mencari jalan penyelesaian.

"Erm... Sebab nak jadi anak yang baiklah Zie jadi tak tentu arah macam ni." Katanya sayu. Aku pula terdiam seketika. Mencari idea untuk menjelaskan pada dia tentang jalan terang yang telah tersedia di depan.

"Sedangkan yang dah kawin pun, boleh diceraikan kalau ibu tak suka, seperti satu kisah sahabat nabi tu, inikan pulak belum ada apa-apa hubungan. Kalau Zie putuskan hubungan dengan Min kerana nak gembirakan hati mama, Zie dapat pahala sebab menjaga hati mama. Tapi kalau Zie teruskan hubungan dengan Min dan abaikan perasaan mama, memang berdosa besar tu. Bagaimana nak bahagia kalau tak dapat restu ikhlas dari hati mama?" Dia diam lagi. Mungkin sedang menghadam apa yang aku cakapkan.

"Lagipun sayang Zie pada Min ialah sayang yg belum sah, sayang yang tak kena pada tempat dan masanya." Aku menyambung.

"Zie tak tahu bagaimana nak bagitahu Min." Lemah.

"Katakan pada Min yang Zie memang sayangkan dia tapi Zie lebih sayangkan mama. Dan Zie mahu jadi anak yang baik, walaupun ianya menyakitkan hati sendiri dan hati Min. Min juga ada ibu, dan Min juga tahu hukum mengutamakan ibu oleh seorang anak lelaki. Dia harus faham situasi Zie. Mohon agar Min maafkan Zie andai satu hari nanti kalian terpaksa berpisah." Aku hanya mampu memberi pandangan, memberi nasihat sebelum segalanya terlambat.

Aku tahu tak mudah melawan rasa sayang yang sudah penuh di dada, tapi aku yakin, masa akan mengubati luka. Mungkin kejam kedengarannya, tapi itulah prinsipku, itulah yang aku praktikkan. Nasihat yang pedas... tapi pedas itulah nikmat sebenarnya.

Aku teringat kata-kata yang pernah aku luahkan pada suamiku satu ketika dulu;
"Saya nak awak faham, saya tak akan kawin dengan awak kalau tak dapat restu keluarga kedua belah pihak. Saya memang tak ada mak dan ayah, tapi saya masih ada kakak-kakak dan abang-abang ipar. Walau sedalam manapun sayang dan cinta saya pada awak, tapi kalau kakak dan abang ipar saya tak setuju dengan hubungan kita, baik lupakan saja hasrat untuk kawin. Kalau setinggi manapun sayang dan cinta awak pada saya, kalau ma dan ayah awak tak sukakan saya, saya akan berundur dari hidup awak dengan penuh rela." Itu pendirianku, keputusanku dan jawapanku pada lamarannya. Alhamdulillah... segalanya dipermudahkan Allah.

Buat anak buahku, teman sepermainanku (mainan zaman persekolahan, sebab dapat anak saudara masa baru masuk alam remaja. hehe) , moga Allah jauhkan kesakitan dari hati kamu, hati dia juga. Moga bahagia di hati akan muncul dalam hidup dengan cahaya yang lebih berwarna... warna indah untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Hanya itu yang mampu aku doakan.

Apr 1, 2009

Jauhi 4S4F

Saya baca kisah tentang agenda Yahudi di laman ini. Hati saya berdegup kencang, penuh bimbang. Saya tahu mungkin ramai yg dah membacanya, melalui email yang di forward dan melalui laman sesawang (saluran maklumat yg semakin sebati dengan masyarakat kini) tapi ramai juga yang tak ambil peduli. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membuka hati.

Saya manusia mudah lupa. Kalian juga manusia. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk saling mengingatkan. Paling penting dan utama, saya perlu ingatkan diri saya sendiri agar tak menjadi penyumbang kepada kejayaan Yahudi.

Apa yang saya baca di sini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan artikel yang dikumpul berkenaan protokol Yahudi. Dan ya... entry ini adalah copy paste saja.

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara:

1. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan atau Inggeris yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana, di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah...... (Teringat entry ini, buat hati saya terbakar sungguh.)

3. Smoke....
Rokok. Menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret (aku tengok dari filem P Ramlee). Ciss yahudi... berjaya lagi kamu.... (Jom ramai-ramai kita jayakan kempen anti rokok)

4. Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan, hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah, akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... Sampai ada ulamak kata, kerana sukan, sembahyang boleh tangguh. Masya-Allah...

5. Fun..
Hiburan. Di mana-mana pun kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang. Dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6. Female...
Perempuan. Tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan, terutama dalam iklan. Iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan, tapi tetap menggunakan perempuan sebagai penarik. Kalau kita ke kedai bateri kereta, di hadapan bateri terpampang gadis dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi bersorak lagi.....

7. Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang sampai menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut, mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah, malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. Itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. Food...
Lagi satu kegilaan umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , KFC , Pizza Hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah seolah dipandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan je. Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky, rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

4S dan 4 F. Itu baru protokol yang ke 10 dari 24 protokol semuanya. (Protokol Yahudi adalah satu perancangan terperinci dan teliti, ianya adalah hasil satu kongres Yahudi antara bangsa yang telah berlangsung di bandar Bal di Swizland pada tahun 1897, yang dipengurusi oleh Teodur Hardzal). Protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.

Kalau kita sayangkan dan cintakan Islam, sayang dan cintakan Allah dan Rasul, kenapa kita mesti biarkan Yahudi berjaya dalam segala agenda mereka? Cinta bukan sekadar ungkapan, tapi juga perbuatan.

Persoalannya ialah kenapa kita biarkan hati kita buta oleh cinta pada yg tak sepatutnya? Ya Allah... Bantulah kami, selamatkan kami... Bukakan pintu hati kami akan cahayaMu menyinari ruang hati.