Apr 24, 2009

Serupa tapi tak sama.

"Mama dan papa kerja siang malam bukan untuk orang lain, tapi untuk keluarga kita juga. Cari duit nak bagi kita semua hidup senang, hidup mewah..."

Pernah dengar skrip ini?
Atau pernahkah/mungkinkah anda menuturkan kata-kata seiras ayat ini?

Entah kenapa saya rasakan ada sesuatu yang tak kena pada ungkapan itu.

Saya mungkin bukan orang yang layak untuk mempertikaikan kesungguhan sesetengah ibubapa yang bekerja kuat demi anak-anak. Sebagai insan yang belum lagi ditakdirkan untuk memegang title ibu, sungguh saya rasa saya tak layak untuk menulis tentang bagaimana cara nak mendidik anak-anak.

Sekadar pendapat yang melintas di minda, saya percaya setiap patah perkataan yang digunakan bila berkomunikasi dengan anak-anak akan mengukir jiwa mereka, membentuk hati mereka, mencorak mereka menjadi manusia yang bagaimana. Jika jawapan begitu yang terhidang bila anak-anak mempersoalkan tentang masa keibubapaan yang terbatas, pastinya dunia yang akan bertapak di hati mereka.

Bagaimana dengan ayat ini?

"Mama dan papa kena kerja sebab nak cari duit untuk biayai keperluan hidup kita, nak sediakan makan pakai yang mencukupi untuk kita sekeluarga dan juga untuk belanja pelajaran anak-anak papa..."

Boleh nampak berbezaannya? Ayat yang mudah, lebih kurang sama tapi memberi maksud dan kesan yang berbeza.

Ramai yang bekerja bermati-matian dari siang membawa ke malam, demi wang kerana percaya wang dapat memastikan mereka dapat memberikan yang terbaik buat keluarga. Itu dikatakan melaksanakan tanggungjawab. Benar. Saya bukan persoalkan tentang kerja untuk dapatkan wang. Tapi kerja sampai lupa waktu, bertungkus lumus untuk kejar kejayaan melampau (baca : kemewahan) sehingga mengabaikan anak-anak, adakah berbaloi untuk jangka panjang? (matlamat jangka panjang = akhirat)

Bukahkah memberikan kasih sayang, meluangkan masa mendidik mereka juga adalah tanggungjawab ibubapa? Didikan awal tentang agama, tentang solat, tentang ilmu fardhu ain, bukankah lebih berkesan jika asasnya ditanam oleh darah daging sendiri? Kalau tak tahu, belajar. Dan kemudian ajarlah mereka. Kita cuma ada 24 jam saja dalam sehari, dan kalau lebih dari separuh masa telah kita habiskan dipejabat, dimana hak masa anak-anak?

Adakah wang yang banyak mampu membeli ketenangan? Adakah senang itu menjamin kebahagiaan? Adakah hebat berbelanja itu gambaran kejayaan?

Saya seringkali mendengar teman-teman yang bekerja sebagai guru, luahan rakan-rakan dan rungutan jiran-jiran yang terserempak dengan anak-anak yang sepatutnya ke tiusyen tapi hakikatnya mereka tersadai melepak di tepi-tepi jalan dan di cyber cafe (walaupun setelah dihantar ibubapa di depan pintu sekolah). Wang belanja harian untuk membeli makanan buat santapan pagi dan petang, digunakan untuk membeli rokok, leka meratah asap bersama makhluk tak berbentuk (jin dan syaitan la tu).

Sedih....

Anak-anak amanah Allah pada kita, itulah harta yang lebih berharga dari wang berjuta. Tak selesai tanggungjawab kita jika hanya menghantar mereka ke sekolah cuma, walaupun sekolah agama. Bagi saya, mencari duit biarlah berpada. Hidup kita hanya sementara, bersederhana dalam segala perkara itulah sebaiknya.

Maafkan saya jika tulisan saya kali ini banyak yang tak kena, tak menarik, tak berisi. Sungguh... ini sekadar pendapat, ingatan dan pesanan untuk diri sendiri sahaja. Menulisnya di ruangan ini kerana mahu berkongsi apa yang melintas di minda...

27 comments:

ctrahayu said...

anak2 umpama kain putih n ibu apa dalah insan pertama yang mencorakkannya, tidak lama kemudian, guru2 bersama ibu bapa pula yang mencorakkannya. kemudian, kawan2 pula ikut sama mencorakkannya. akhirnya.. pengalaman hidup pula yang mengambil tempat... ingat lah, anak berupa harta yang tidak bisa dibeli n diganti dengan wang ringgit atau harta benda.. jika kasih syang yang diberikan kepada mereka yang bertitle ank tdak kire umur braper pun oleh sesiapa sahaja yang berada dengan mereka, kebahagiaan, kekayaan, ketenangan pasti mengiringinya.. anak yang soleh n solehah idaman sumer, remaja yang berwawasan harapan kiter, tetapi adakah kiter sudah memainkan peranan untuk membentuk n merealisasikannya...

kayteeze said...

Bila kak tie tengok anak2 yang dah besar ni, baru teringat... betapa tingginya harga masa bersama semasa mereka kecil2 dulu. Kenangan dan kerenah mereka ketika kecil begitu indah dan manis sekali.

Maka, amat rugilah jika kita tidak melalui kenangan bersama mereka pada masa itu. Takut2 mereka hanya ingat pada bibik je (termasuk cara berfikir dan perangai)

nooreena said...

Assalamualaikum Kak Su..

Reen tak dapat nak tidur. Dah jam 3 ni, jalan-jalan sebentar di blog akak. Hm, akak nak tau sesuatu? Reen pun sedang belajar cara mendidik anak-anak sekarang. Sebagai persediaan masa depan. :)

Benar seperti apa yang akak tulis. Tak ramai yang menggunakan masa berkualiti mereka bersama anak-anak. Dan disebabkan hal ini, Reen rasa macam nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Dapat melihat anak-anak membesar setiap detik.

Tapi kan.. Reen tak rasa ramai wanita yang mahu jadi surirumah sepenuh masa sekarang ni. Belajar tinggi-tinggi, takkan nak terperuk di rumah? Aduh, mentaliti kelas ketiga ini! Bukankah ilmu itu boleh aje diaplikasikan di mana-mana?

Eh, maaf akak. Banyak pula celoteh di pagi hari. Hihi. Segala tersilap kata, harap dimaafkan. Hanya sekadar berkongsi pendapat.


PS: Dah nak bertolak nanti, beritahu Reen ya. Sayang akak! =)

Maryam Abu Ahmad said...

entahlah.... jangan sampai ibubapa menderhaka terhadap si anak, sudahlah....

epalejau said...

salam singgah, kak su..

bukankah lebih indah kehidupan itu jika seimbang kehidupan duniawi jua akhirat mereka..

p/s: epal jg nak jadi suri rumah sepenuh masa. itupun jika keadaan ekonomi mengizinkan..harap maklum..huhuhu..

Faridrashidi said...

salam kak su,

Lama tak nampak?sibuk membuat persiapan ya..

Apapun artikel ini bermanfaat. Kak su kata tak menarik bagi saya menarik sebab ianya memang berlaku begitu.

24 bekerja mencari dunia, anak-anak hilang kasih sayang dan tahu agama. Akhirnya mewah tetapi derita.

http://www.faridrashidi.com/?p=325#more-325

p/s: Nanti pergi Mekah singgahla Mesir..dekat je:)

suara said...

ctrahayu...
betul tu. Saya pun sering menyoal diri, apakah sumbangan saya pd masyarakat mencukupi? Moga kita semua cuba melakukan yg terbaik... Minta pd Allah, pasti Dia akan membantu menyuluh jalan.

==================
Kak Tie...
Su pernah dgr rungutan seorang ibu tentang anaknya yg dah bercakap loghat indon. Aduhai...

==================
Waalaikumussalam Reen...
Tak dapat tdo ye? Pastu mengintai ke sana sini ye! Sib baik intai blog je... kalai intai rumah dah tentu mata tu naik ketumbik. Hehehe...

Belajar untuk bekerja, itu dah tersemat dlm fikiran. Sebenarnya ramai juga yg sanggup nak jd surirumah, tapi keadaan tak mengizinkan. Kak su penah jd surirumah beberapa ketika, tapi keboringan sbb tak de teman, sudahnya kak su bekerja saja. :)

Dan di luar sana, masih ada lelaki yg mahukan isteri menjadi surirumah saja. Tapi soalnya, sejauh mana kemampuan mrk memenuhi keperluan keluarga? Dapat isteri yg terlalu meminta, pening mereka. Dapat suami yang malas bekerja, kita wanita yg sakit kepala.

Reen nak suami yg sedia benarkan reen jd surirumah ye? Nanti kak su doakan! :)

Bercelotehlah reen, kak su suka!

Psstt... kak su akan berangkat pd 5/5 nanti. InsyaAllah.

==================
Maryam....
Ibubapa menderhaka pd si anak?

Ermm... kak su dok pikir ni, Maryam salah tulis ke? atau mmg itu yg dimaksudkan?

suara said...

Salam epalejau...

Mmglah lebih indah bila seimbang dunia akhirat, tapi sayangnya ramai yg tak nampak dan tak cuba untuk mengaplikasikan formula tu dlm kehidupan. Sedihkan?

P/S: Nak jd surirumah jugak? Kak su doakan agar impian epal jd nyata. InsyaAllah. :)

===================
Salam Farid...
Mmg kak su sibuk dgn persiapan ni. Maklumlah kali pertama, banyak yg kak su nak kena belajar. Tak nak sesiakan peluang Allah dah buka ni.

Alhamdulillah, kalau Farid rasanya ada manfaat dlm artikel ni.

Akhirnya mewah tetapi derita.Kesian, kan?

p/s : Singgah Mesir ye? Farid nak jd pemandu pelancong kak su? ;)

Kujie said...

Suami kakjie kalau cakap mcm tu, kak jie akan balas balik...

" kalau utk kami, kami tak nak apa yg abg kejar tu..."

hehehehe

Iliana said...

salam kak su...

wahhh~ lambat saya ke sini nampaknya..

betul tu kak su, saya juga banyak dengar dalam ceramah untuk berhati-hati dalam berkata-kata..terutamanya doa.

"matikanlah aku di jalan yang lurus" (highway barangkali

"matikanlah aku dalam keredhaan-Mu" (lebih jelas kan)

arsaili said...

salam..thanks for sharing...sharing is caring

Maryam Abu Ahmad said...

betul kak su, ada waktunya ibubapa dulu yang derhaka pada anak sebelum si anak menderhaka pada mereka. ada kisah melibatkan umar kalau tak silap. :)

Mak Su said...

saya cakap gaks, dialog yg ke2. dah terangkan, nak mewah tak boleh, tak ada ciri2 begitu. tapi sekadar berusaha 9 to 5 untuk kehidupan yang elok dan baik. moga2 anak2 ni faham.

suara said...

Kak jie...
Selalunya apa yg dikejar akan lari, kan kak jie...

Su teringat satu ungkapan yg buat su melihat kehidupan dgn cara yag berbeza. 'Kejar dunia, dunia akan lari, kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.' So, tak kan tak tahu lagi mana yg patut kita kejar, kan.

======================
Salam dik Iliyana...
Salah ayat macam jugak salah jalan, kan? Nanti lain yg diharapkan, lain pulak yg dapat. :)

======================
Salam Arsaili...
Moga ada manfaatnya. :)

======================
Maryam...
Erm... kak su rasa penah baca apa yg dikatakan derhaka ibubapa pd anak tu dalam buku "Penyucian Hati".

Ketidakpedulian ibubapa pada anak, atau sikap ambil mudah ibubapa pd tanggungjawab sebenar terutama dlm memberi kasih sayang dan perhatian, itu dikatakan derhaka ibubapa pd anak. Itulah punca mula kehancuran masyarakat sebenarnya. Betul tak?

====================
Maksu...
Eloklah begitu maksu. Mungkin adakalanya di peringkat awal mrk memberontak sbb tak dpt penuhi keinginan pd sst, tapi su yakin satu ketika nanti mrk faham dan hargai apa yg kita berikan. Masa bersama mrk dan kasih sayang lebih bernilai dari segala bentuk kebendaan.

Faridrashidi said...

ya kesian.

Boleh ja..kalau tak sempat pun ramai2 kawan2 yg sudi jadi pemandu pelancong:)

Bila bertolak?

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Ya lah, pelajaran penting!...eh..dah gi umrah ka?..

AziS said...

salam kaksu..
dah lama tak menjenguk

***ramai yang terlalu amik mudah dengan kehidupan sekarang ni...

suara said...

Faridrashidi...
Kak su akan bertolak esok. Dgn suami. Doakan agar kami dapat lakukan umrah dan ibadat yang terbaik bila berada di sana nanti. :)

==================

Cikgoodin, lama tak nampak cikgu. Bz belajar ye? Esok kami bertolak cikgu.

==================
Salam Azis...
Tu la... lama azis tak menjengok ke sini.

ramai yang terlalu amik mudah dengan kehidupan sekarang ni...Semoga kita tidak begitu, kan.

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm,...saya x da pengalaman lagi...doa la ...

Aliff said...

Salam,
Kak Su,

Hendak menjadi apa jua mesti dengan ilmu. Ilmu menjadi ibu bapa yang baik tidaklah semua ada selengkapnya. Dunia pula sentiasa memperdaya.

SangPelangi said...

Salam Hmm.. betul juga, kan. Kedua skrip yang Kak Su bandingkan itu, nampak mudah, tapi bezanya sedikit impak.

Benarlah kata orang tua, menjadi ibu bapa, adalah lebih berat dari menjadi anak. Tapi, kedua-dua jawatan yang wajib kita pikul selama kehidupan ini.

ryann said...

memang benar kak su - limpahkan wang ringgit shj tidak cukup. walau guru sudah mengajar, didikan dari ibu bapa sendiri lebih terkesan penerimaannya

kayteeze said...

Selamat Hari Ibu...Su...

BalQis said...

salam Kak Su, lamanya tidak singgah ke sini. serasa-rasa pasti kak su sudah pun berangkat ke sana. Moga dipermudahkan segala urusan, ya kak su InsyaAllah...

zaman materialistik memang begitulah keadaannya. seimbangkanlah dengan makanan rohani juga, insyaAllah tidak kesasar.

dee said...

salam su.... per kabar dek?
jika sudi g sini eh...

Abqori said...

Salam Kak Su. Lama menyepi.

Betullah apa yang Kak Su cuba sampaikan. InsyaAllah dalam masa setahun kehadapan, Abqori akan menulis satu entri susulan. Dah lama terbuku di hati, namun masa dan kesibukan terlampau yang tak mengizinkan.

suara said...

Salam semua...

@ Anak pendang sekeluarga,
Moga anda juga akan ke sana. :)

===================
@ Aliff,
Moga ilmu yang kita miliki mampu memandu kita untuk mendekatiNya.

===================
@ Kayteeze
Selamat hari ibu buat kak tie juga... :)

====================
@ Balqis
Alhamdulillah, segala di sana memang dipermudahkan Allah. Syukur sgt.

====================
@ Kak Dee
Alhamdulillah kak dee, su masih bertenaga utk dtg keje, walaupun menggalas batuk dan selsema. ;)
InsyaAllah, nanti su ke sana ye!

====================
@ Abqori
Setahun ke depan baru nak buat entry susulan? Uih... sibuk benar tu. Moga Allah permudahkan segala urusan ye!