Apr 3, 2009

Antara dia dan dia...

"Kalau kecewakan orang, satu hari nanti orang akan kecewakan kita. Zie tak nak le berlaku perkara macam tu." Kata Zie memberi alasan untuk kekal berhubung dengan Min walaupun restu keluarga tak begitu memberangsangkan.

"Betul... tak salah kata-kata tu, sebab what comes around goes around. Tapi Zie kena tahu siapa yang perlu diutamakan." Aku membalas. Anak muda ini perlu diingatkan tentang keutamaan dan hak seorang ibu.

"Zie tak sampai hati nak kecewakan dia tanpa sebab munasabah." Aku tersenyum. Aku tahu dia mahu jadi kekasih yang setia.

"Zie pernah terfikir tak yang kata-kata tu boleh gunakan untuk mama jugak? Zie buat mama sedih, satu hari nanti Zie akan sedih disebabkan anak Zie." Dia terdiam.

"Zie kena ingat, sebagai anak lelaki, Zie kena utamakan mama. Walaupun selepas kawin nanti, Zie tetap kena utamakan mama, bukan isteri." Aku memulakan hujah.

"Tapi Min tak ada buat salah apapun. Macam mana Zie nak cakap, nak bagitahu dia tentang pendirian mama? Nanti dia mesti sakit hati, sedih. Zie nak kawin dengan Min sebab Zie nak elakkan perkara buruk dari berlaku. Zie rasa dah cukup sedia untuk jadi suami. Tak kan itupun tak boleh." Nadanya jelas menunjukkan ada rasa tak puas hati yang bersarang.

"Bukan tak boleh, tapi tak seharusnya Zie fikirkan tentang diri sendiri je, atau Min. Kenapa tak fikirkan tentang mama dan abah?" Dia diam lagi. Aku kembali menyoal; "Zie nak kawin jugak walaupun mama tak gembira dengan keputusan Zie pilih Min?"

"Zie yakin mama akan restui juga satu hari nanti." Katanya cuba menanam keyakinan.

"Satu hari nanti? Macam tak best je bunyinya." Aku membalas.

"Errm..." Dia kehilangan kata-kata buat seketika.

"Mama berdiam diri, bukan tanda setuju. Dia diam sebab tak mahu hampakan hati anaknya. Zie tentu boleh agak bagaimana reaksi mama kalau dia gembira, kan? Zie nak utamakan kegembiraan mama atau kegembiraan Min?" Soalan yang aku sudah tahu jawapannya. Zie anak yang baik, dia pasti akan utamakan mamanya, tapi impian untuk hidup bersama Min buat dia jadi sedikit tergugat.

"Susahnya. Zie tak nak hampakan keduanya." Katanya lemah. Persoalan yang aku tahu berat sekali membebani fikirannya.

"Zie kenal mama sejak lahir lagi. Hubungan darah yang tak boleh diputuskan. Hubungan Zie dengan Min pulak tak sampaipun 3 tahun. Tak kan Min tak tahu siapa yg perlu Zie utamakan!? Zie bukan orang yang tak faham agama. Bukan tak tahu hukum dan batas hubungan antara lelaki dan perempuan, bukan tak reti tentang hak siapa yang perlu diutamakan. Susah sangat ke? Pejam mata pun, soalan tu boleh dijawab dengan mudah, kalau benar Zie nak jadi anak yang soleh." Luahku panjang lebar. Aku mahu dia faham, ada ketika kita perlu membuat pilihan. Dan hukum Allah telah tersedia untuk membantu kita mencari jalan penyelesaian.

"Erm... Sebab nak jadi anak yang baiklah Zie jadi tak tentu arah macam ni." Katanya sayu. Aku pula terdiam seketika. Mencari idea untuk menjelaskan pada dia tentang jalan terang yang telah tersedia di depan.

"Sedangkan yang dah kawin pun, boleh diceraikan kalau ibu tak suka, seperti satu kisah sahabat nabi tu, inikan pulak belum ada apa-apa hubungan. Kalau Zie putuskan hubungan dengan Min kerana nak gembirakan hati mama, Zie dapat pahala sebab menjaga hati mama. Tapi kalau Zie teruskan hubungan dengan Min dan abaikan perasaan mama, memang berdosa besar tu. Bagaimana nak bahagia kalau tak dapat restu ikhlas dari hati mama?" Dia diam lagi. Mungkin sedang menghadam apa yang aku cakapkan.

"Lagipun sayang Zie pada Min ialah sayang yg belum sah, sayang yang tak kena pada tempat dan masanya." Aku menyambung.

"Zie tak tahu bagaimana nak bagitahu Min." Lemah.

"Katakan pada Min yang Zie memang sayangkan dia tapi Zie lebih sayangkan mama. Dan Zie mahu jadi anak yang baik, walaupun ianya menyakitkan hati sendiri dan hati Min. Min juga ada ibu, dan Min juga tahu hukum mengutamakan ibu oleh seorang anak lelaki. Dia harus faham situasi Zie. Mohon agar Min maafkan Zie andai satu hari nanti kalian terpaksa berpisah." Aku hanya mampu memberi pandangan, memberi nasihat sebelum segalanya terlambat.

Aku tahu tak mudah melawan rasa sayang yang sudah penuh di dada, tapi aku yakin, masa akan mengubati luka. Mungkin kejam kedengarannya, tapi itulah prinsipku, itulah yang aku praktikkan. Nasihat yang pedas... tapi pedas itulah nikmat sebenarnya.

Aku teringat kata-kata yang pernah aku luahkan pada suamiku satu ketika dulu;
"Saya nak awak faham, saya tak akan kawin dengan awak kalau tak dapat restu keluarga kedua belah pihak. Saya memang tak ada mak dan ayah, tapi saya masih ada kakak-kakak dan abang-abang ipar. Walau sedalam manapun sayang dan cinta saya pada awak, tapi kalau kakak dan abang ipar saya tak setuju dengan hubungan kita, baik lupakan saja hasrat untuk kawin. Kalau setinggi manapun sayang dan cinta awak pada saya, kalau ma dan ayah awak tak sukakan saya, saya akan berundur dari hidup awak dengan penuh rela." Itu pendirianku, keputusanku dan jawapanku pada lamarannya. Alhamdulillah... segalanya dipermudahkan Allah.

Buat anak buahku, teman sepermainanku (mainan zaman persekolahan, sebab dapat anak saudara masa baru masuk alam remaja. hehe) , moga Allah jauhkan kesakitan dari hati kamu, hati dia juga. Moga bahagia di hati akan muncul dalam hidup dengan cahaya yang lebih berwarna... warna indah untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Hanya itu yang mampu aku doakan.

23 comments:

Wan Nurul Adila said...

Salam Kak Su!!!!!!!!!!

Ehhehehe. Dah lama tak melayangkan kasih sayang ke sini. Rindu betul. Ada banyak benda nak kena buat. Nak menulis di blog sendiri pun tak sempat. Ni pun tengah exam. Hari Isnin ni ada lagi satu paper. Doakan dla ya.

Tentang entri ni. Perkara ni bermain-main dalam kotak fikiran sekali-sekala. Mulanya bila tengok cerita SpaQ. Si Dafi, anak Qistina yang derhaka pada ibunya semata-mata nak kahwin dengan pilihan hati dia. Akhirnya bawa padah. Memang sedap je hentam watak tu tapi bila fikir balik, keliru juga.

Sejak tengok cerita tu, dla selalu doa agar dla diterima keluarga mertua dan keluarga dla juga terima bakal suami dla seluruhnya. Walaupun tak nampak bayang-bayang pun lagi siapa orang tu. Hahaha.

Dla akan utamakan keluarga. Kalau keluarga tak suka, dla takkan tegar nak teruskan. Sebab tu kalau bercinta, jangan lebih-lebih ya adik-adik. Hehehe. Ada adik-adik ta kat sini? Siapa-siapa sajalah. Dla ada pengalaman. I know what I'm talking about (",)

Oh panjangnya mengkomen. Harapnya panjang-panjang berisi. Oklah Kak Su. Thanks for sharing. Sedap sungguh bahasa Kak Su. Rasa nak makan kunyah-kunyah dan simpan dalam sel-sel badan ni. Hehe

Iliana said...

ada benarnya kata-kata itu..bukti itu sudah banyak..kadangkala, naluri ibu, dapat merasai apa yang bakal terjadi..sebab itu, ibu menentang..

apa pun, istikharah itu penting..dalam kesamaran, Dia juga penyuluhnya..

Tie said...

Salam Su,

Benar tu. Ibu dan ayah lebih penting. Kekadang, kerana terlalu pentingkan isteri, ibu dan ayah dipinggirkan. Berdosa tu.

Perkahwinan tanpa restu ibu harus dijauhkan. Doa seorang ibu adalah penawar dikala duka....

suara said...

Salam Dla sayang....
Tulah... lama Dla hilang. Kak su mmg jangka yg dla tgh berkubang dgn buku-buku la ni. Tak pe... pastikan Dla study tul-tul kalau tak nak kene cubit dgn kak su... hehe

Kak su pun ada gak tengok Spa Q. Sambil tengok, sesambil membebel. Hehehe... saja... geram. Tapi kak su suka Shiela dgn Kathy tu... Lawak. :D

Banyak kisah penceraian yg kak su dgr. Memang menakutkan. Tapi kak su yakin, permulaan yg baik tanpa halangan adalah tanda pilihan itu direstui Allah. InsyaAllah.

Baguslah kalau Dla punya pendirian begitu. Kenal dan berkawan sblm kawin tak pe, tapi bercintalah slps kawin. Macam kak su... (ye ke tak bercinta sblm kawin? tgh imbau kenangan nih. haha...)

suara said...

Iliana...
Istikharah, mmg itulah sebaik cara. Semoga Allah akan cenderungkan hati untuk mengikut arah yg terbaik.

=====================

Salam Tie...
Ibu bapa mana yg tak nak anaknya bahagia, kan? Sayang seorang ibu pd anak, kalau dapat diganti dgn nyawa pun sanggup.

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
setiap perbuatan ada balasan, Setiap balasan ada hikamahnya...

Mak Su said...

redha orang tua paling utama

DAMAI said...

salam buat kakak yang manis ^^

penuh pancaroba ya pasangan itu....semua itu untuk menguji tahap kesabaran sebagai hamba-Nya dan sebagai latihan mendidik hati untuk lebih setia meskipun badai yang datang bila2 sahaja mampu melemaskan....

semoga terus tabag dan akan ketemu jalan penyelesaian bai tali yang regang itu ^^

suara said...

Salam Al Bima Sakti....
Setiap yg berlaku ada sebabnya, kan?
Thks for singgahan...

====================

Maksu...
Betul tu.

====================
Salam Damai sayang...
Macam mana exam? Ok tak?

Setiap hari ada cabaran yg mendatang...
Setiap keadaan memerlukan kita membuat pilihan...
Setiap dugaan adalah latihan untuk memastikan kita tidak tersasar dari ajaran Al-Quran.

D'Rimba said...

Bermanfaat blog ini jangan lupa tinggalkan jejak di blog saya...

epalejau said...

salam, kak sue..

urm..kisahnye sy penah jd Min..ibu c dia x merestui hubungan hanya sebab saya berasal dari kepulauan borneo..tanpa melihat sy terlebih dahulu, malah juga tanpa mendegar suara sy, keptusan itu muktamad..

menitis air mata..bila si dia tidak dapat berbuat apa2..kerana sy jg tentunya tdk menginginkan hubungan tanpa restu..

cuma terkilan di hati..ku tidak diberikan sedikit pun kesempatan..kesempatan utk apa2 pun..

redha..pasrah..jodoh tiada di situ..

DAMAI said...

akak...

alhamdulillah exam ok ^^

suara said...

D'Rimba...
Thks sbb singgah. Rimba yg mmg sinonim dgn hijau. Segar sekali blognya...

suara said...

epalejau...
Hmm... bercinta tak semestinya bersatu, kan? Mudah sekali ungkapan itu, senang ditutur tapi pedihnya hanya hati yang merasa.

Kak su faham, dan simpati dengan apa yang berlaku. Namun setiap yang berlaku dan terjadi dlm hidup kita ada sebabnya, ada hikmahnya.

Mungkin peluang yg tak pernah dibuka oleh ibu si dia adalah untuk mengelakkan luka jadi lebih parah. Entahlah... adakala naluri ibu, memang misteri.

Moga kamu kuat menahan dugaan... kembalikan segalanya pada Allah, ye sayang!

===================
Damai...
Alhamdulillah. Dapat result nanti, boleh letak sbg entry? ;)

Maryam Abu Ahmad said...

salam berkunjung..

woho... menyebabkan saya rindu ummi lah pulak baca entri ni.. :)

MDFarid said...

Salam...

Setiap rimba ada unggasnya,
Setiap lautan ada hidupan lautnya,
Setiap daratan ada makhluk melata,
Setiap angkasaraya ada planet bergentayangan,

Ternyata semua ada berpenghuni makhluk Allah Azza Wajalla..

Begitu juga manusia,
Ada gembira, sedih, ceria, muram, tekanan dan pelbagai lagi.

suara said...

Salam kunjungan dik Maryam...
Alahai... Rindu ummi ye.

Rindu tu kan tanda ingatan. Eloklah tu... :D

====================
Salam Farid...
Itu namanya asam garam kehidupan, kan?
Terlalu masin, kalau luka pedih terasa.
Terlalu masam, berkerut muka susah nak awet muda.
Terlalu pahit, tekak nak menelan rasa menderita.
Banyak manis, nikmat terasa, kalau tak jaga diabetis pula.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Kerana itu, setiap apa yang kita lakukan, seharusnya kita jadikan kalam Allah sebagai panduan. Erm... mungkinkah boleh diibaratkan ia sebagai ajinomoto, penyedap rasa, penambah selera?

Ish... apa kak su merapu nih... huhu

Kujie said...

susahkan kalau tersepit mcm ni tapi sebagai anak tentu kita akan ikut cakap orang tua...ada baiknya.

Insyaallah..akan dapat balasan yang sewajarnya

Rantong said...

Sertai rancangan terbaru berjudul: "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" 24 jam sehari, 7 hari seminggu, hanya di kaca screen komputer anda...

BalQis said...

Salam Kak Su,

Betullah kata Kak Su tu, hurm... tapi memang susahlah kalau kes camni, huhu, dilema tak berkesudahanlah nampaknya...

suara said...

Kujie...
InsyaAllah. Restu ibu membawa berkat dalam kehidupan, kan kak jie.

===================
Rantong..
Terima kasih atas lawatan dan pelawaan. :)

===================
Salam dik Balqis sayang...
Dilema tu akan berkesudahan jika tahu siapa yg harus dipentingkan.

Itu ujian pertama sblm melangkah ke alam yg lebih mencabar. Lulus atau tdk, hasilnya akan dpt dilihat bila masa terus berjalan. :)

™سريسوفي said...

Salam kasih buat kakak,

saya setuju apa yang akak tulis.

Redhaa Allah terletak pada keredhaan Ayanbonda

terima kasih kakak.

suara said...

Salam sayang buat Srisufi...
Moga semua anak akan berfikiran seperti Sri.
Ibu bapa mana yg tak mahu anaknya bahagia, kan?