Nov 9, 2009

Meeting Larut Malam

Membaca pengalaman Kak Jie tentang MLM , serta merta fikiran saya menangkap kisah-kisah orang yang cuba 'membantu' saya dengan memperkenalkan beberapa produk.

"Macamana dengan kawan lama yang abang jumpa semalam? Mesti banyak cerita lama yang keluar, kan?" Saya bertanya bila melihat dia tak langsung berminat untuk bercerita tentang pertemuan dengan seorang sahabat lama. Keghairahan sebelum pertemuan seolang hilang tanpa berbekas.

"Dia sebenarnya nak ajak abang masuk satu direct selling." Katanya mendatar.

"Ooo... patutlah. Bertahun-tahun tak berhubung, tetiba je beria-ia nak jumpa abang. Rupanya ada udang disebalik batu." Saya tergelak kemudian menyambung; "Abang masuk tak?" Saya bertanya sekadar menguji. Dia menggeleng kepala. "Heh... Mimpilah..."

Saya memang tahu pendiriannya. Setakat ini, tak pernah sekalipun orang berjaya mempengaruhinya untuk masuk mana-mana rangkaian perniagaan MLM.

"Dia orang ni selalu je ajak jumpa waktu malam... kadang tu memang larut malam lah... Sesuai benar dgn namanya... maksud MLM tu sebenarnya 'Meeting Larut Malam'." Saya tergelak. Pandai je dia buat pengertian sendiri.

"Barangan dari orang-orang yang join MLM ni memang selalu dikata bagus kualitinya, baik untuk kesihatan, mampu menyembuhkan penyakit itu dan ini, sebab tu harganya mahal. Padahal sistem yang mereka gunakan tu yang buat harganya mahal. Mana taknya, nak bagi imbuhan berapa peringkat baru dapat kat pengguna akhir macam kita ni. Tapi sebenarnya modal dia orang bukannya banyak sangat. Bila perkenalkan barangan yang dijual, mereka selalu menggunakan motto untuk berkongsi la, atau untuk membantu la, tapi hakikatnya... bla...bla..bla..." Panjang syarahan suami saya bila saya bercerita tentang barangan yang dikatakan dapat membantu menjadikan impian kami satu kenyataan.

"Upline rajin berhubung masa mula-mula je... bila dah dapat apa yang dia nak, lupa la kita ni... Sakit terlantar pun tak datang jengok, sms atau call tanya khabar pun tak ada lagi... Dulu bukan main lagi, sanggup mengaku kita ni macam keluarga dia..." Rintih abang ipar saya yang terlantar sakit. Keyakinannya musnah.

"Berkawan sebab ada kepentingan tertentu memanglah tak kekal lama. Tak ada keikhlasan... Tak pelah, ada hikmahnya tu. Sakit abang ni mungkin sebab Allah nak tunjukkan siapa sebenarnya kawan abang..." Balas saya seadanya. Tak tahu apa yang patut saya katakan lagi.

Bila diimbau kembali kata-kata yang pernah terluah, saya rasakan seperti mereka semua punya skrip dialog yang agak sama...

"Cubalah... Dah banyak tau orang yang pakai / makan / guna barang ni, lepas beberapa bulan je terus mengandung..."

"Memanglah rezeki tu Allah bagi, tapi Allah suruh kita berusaha. Cuba barang ni pun kira salah satu usaha juga. Mana tahu ada rezeki."

"Tak rugi awak cuba. Kalau tak dapat anakpun, paling tidak boleh jaga kesihatan. Awet muda lagi..."

"Perut kita ni tempat terkumpulnya segala penyakit. Sebab tu kita kena bersihkan dulu, buang segala toksid yang ada dalam badan. Makan ni selalu, insyaAllah segala penyakit akan keluar. Nanti senanglah awak nak mengandung..."

Itu antara kata-kata semangat yang sering menjamah telinga saya setiap kali mahu diperkenalkan dengan barangan baru. Walaupun suami saya menentang 100% barangan direct selling atau seumpama dengannya, tapi ada kala dia tak dapat menahan keinginan saya lalu dibiarkan saya mencubanya. Mana tak cair, kalau isteri memujuk dengan air mata, meminta keizinan untuk membeli barangan yang diharap dapat menjadikan impian menjadi seorang ibu satu kenyataan. Aduhai...

Dari makanan tambahan, vitamin, air, aromaterapi, susu, krim sapuan, dan banyak lagi yang tak mampu saya senaraikan disini. Semuanya produk yang sangat 'baik', berkesan dan saya memang sanggup berhabis untuk mencuba. Itu dulu.

Saya kini susah lali, tak berminat lagi. Saya bukan berputus asa untuk mencuba, cuma hati saya agak berat. Ada ketika saya dapat merasakan bahawa ramai yang mengambil kesempatan pada saya.

Kawan-kawan hanya berhubung untuk bercerita tentang baiknya produk yang mereka bawa, dengan harapan saya akan membeli dan menyertai mereka tanpa mempedulikan perasaan saya yang mahukan lebih dari perhatian 'tersirat' itu.

Jika ada yang datang dalam hidup saya untuk 'membantu' dengan cara begitu, cukuplah, simpan saja keinginan itu jauh disudut hati... Saya hanya perlukan doa kalian sebagai sahabat... Saya tak mahu kerana duit, hilang kawan.

19 comments:

echah_syed said...

hi su..

betul tu pasal MLM tu buat kita rasa mcm nak gelak guling2.. :D

sepupu huby yg tak pernah jejak sabah tetiba kol nak dtg rumah.kita pun excited sbb ade sedara mara nak dtg jengok kita kan.dari jauh lagik tu :)

seperti yg dijanjikan huby gi hotel jemput dia so terus bawa gi dinner sbb dah lewat takut lapar ler pulak.then baru bawa dtg rumah.

yg combi nak gelak guling2 tu ade ke patut dtg jauh2 semata nak cerita pasal MLM pastu paksa kita join.huby cakap dari restoren sampai dlm kereta sambung lagik kat rumah dok membebel pasal MLM dia.tolong ler!

ingat dia dtg nak tanya kabo sedara dia ni rupanyer dtg ajak bisnes.aduhaii :p

agak-agak ler kalau nak bisnes pun.org mcm gini pun ade dlm donia weiii :)

sabo jer aku!

epalejau said...

ingatkan datang mereka untuk menghukurlan bantuan.
rupa2nya lebih kepada inginkan satu keuntungan.
tanpa fikir gurisnya hati kalau apa yang dijanji sebenarnya tak memenuhi.

mereka tak merasa, kak su.
mereka tidak tahu pedih kak su.
terima kasihla dengan pengharapan yang diberikan, walaupun itu sudah tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kak su.

epal tak pernah berhenti mendoakan hajat kak su diperkenankan oleh DIA. Insya ALLAH satu saat itu akan tiba dalam hidup kak su, dan epal juga tunggu manisnya saat itu.

Kaktiny said...

setuju dgn su..

apa kata... kalau ada "SAHABAT" yang nak perkenalkan product BAGUS tu kat su.. cakap kat dia.. "apa kata ko bagi free kat aku, biar akujadi model ko, kalau berjaya, buleh aku buat testimoni utk ko.. mesti lakuu, pastu sure aku jadi pelanggan tetap ko..."..

Kalau betul sahabat, selain doa ikhlas, bagi jer la barangan tu dgn ikhlas hati.. hah.. mudah kan..

ukuran kepada keikhlasan dan maksud tersirat terpisah hanya dengan niat yang senipis kulit bawang.. sukarnya hendak ditafsirkan..

takpa su.. yakin dan percaya qada' dan qadar Allah.. itu hikmah terbaik utk su..

semoga hajat su dimakbulkan.. amiinnn...

Kujie said...

Su, Kak Jie jarang terpengaruh sebab kebanyakkan produk adalah bukan satu keperluan - kalau produk kesihatan seolah2 kita tak guna nak mati esok - seolah2 kita ni tak sihat sedangkan bagi kak jie sihat bergantung pada minda.

Lagi satu mereka mengukur kekayaan dari banglo dan kereta mewah.

Hidup lebih berkat dengan kecukupan kita bukan kerana kemewahan kita.

Nak cakap banyak2 pun..ramai yang alami pengalaman mcm ni...

arsaili said...

salam..minta maaf la saya memang tak boleh terima konsep MLM ni

suara said...

@echah_syed..
Waahhh... memang bersemangat sungguh cousin hubby combi tu ye! Mesti dah tinggi level dia sampaikan sanggup terbang begitu jauh untuk mencari downline yang dirasakan berpotensi.

Hilang manisnya kunjungan saudara bila ia didalangi oleh niat tersirat. Sib baik hubby combi 'kebal', kan? Hehehe...

===================
@epalejau...
Mereka mmg dtg dgn bantuan, tapi berserta dgn kita juga perlu menghulurkan'bantuan' pd mrk.

Kak su hargai niat baik mereka. Tak patut kak su salahkan mrk bila ianya tak berjaya. Mungkin sebanarnya salah kak su kerana terlalu mengikut keinginan hati yg lemah dgn pujukan. :(

Dik epal... kamu buat kak su terharu dgn doa kamu... Thks dik...

====================
@Kaktiny
Hehehe... Tiny buat su gelak je... Skrip tu memang bagus sangat. Tapi dah namanya MLM, mestilah berasaskan keuntungan. Paling baikpun, mereka bg harga ahli je, tak de nak bg free nye lah... Dapat point untuk mrk pun, jadilah...

Keikhlasan susah sekali mahu diukur... Ikhlas yang sebenar hanyalah bila kita lakukan segalanya hanya demi Allah, tanpa mengharapkan yang lain selain dari keredhaanNya.

Thks Tiny...

===================
@Kujie,
Su ni, kalau bab anak, memang lemah kak jie... Mudah terpengaruh. Huhu...

Dari segi kesihatan, alhamdulillah, setakat ni su tak mudah jatuh sakit. Tak makan food suppliment tu pun, su ok je. Allah mmg rezekikan Su dgn kesihatan yg baik selama ini. Nak kekal muda? Mana boleh, kan kak jie. Kata Nik Aziz dlm salah satu bukunya, uban dan kedut itu adalah peringatan Allah bahawa ajal semakin hampir...

=====================
@Arsaili...
Salam. Eloklah begitu...

echah_syed said...

su..tak kebal sbb tak sampai hati kesian berbuih mulut dia berceramah so huby sign jd member pastu fail simpan bawah meja :(

huby combi mmg mudah kesian kat kawan sbb tu dia selalu beli brg MLM bawa balik rumah :p

takpe rezeki ALLAH kita share sama2 :)

suara said...

Hah...? Tak kebal? Adeh... mmg sah hubby combi lembut hati orangnya. Ye lah, orang dah datang begitu jauh, cakap pun dah berbuih mulut, mestilah dia tak sampai hati nak menghampakan...

Tak pe lah, setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing. Errr... combi sendiri, kebal tak? :D

nohas said...

Baru shj terkena pd hari ahad lepas,masa makan kenduri pulak tu, boleh berckp mengenai marketing plan..terus minta diri..hmm..saya sudah serik..duit ribu-ribu habis, barang kemas pun lesap, hutang kredit kad lagi..

Memang pening nak patahkan hujjah org MLM ni..marketing plan le, nak tolong org Melayu le, takkan cina je nak jadi jutawan, seakan-akan ada unsur paksaan pulak...apa2 pun bila dah terjun ke lubang yg dalam, kena berusaha keras berenang ke permukaan..

Tie said...

Hi hi...Kak tie takut bila orang mula bukak cerita business dia... kita memang tak pandai. Suami kak tie terus je potong cerita, hehe...

suara said...

@nohas,
Dua hari lepas officemate tanya, "Are you free on Thursday night? There is a good product that I think you should know about it." Errr... sorry, I'm not free. Kalau barang free tu lain lah...

Semalam seorang Datin menegur saya di masjid.
"Su, ada satu product bagus untuk Su. Bila saya dengar ttg product tu, terus saya teringat kat Su. Bla..bla..bla.."
Adeh...

===================
@Kak Tie,
Suami kak tie selalu jadi penyelamat keadaan ye? Baguslah cam tu.. hehe

Mak Su said...

maksu biasa gaks joined...tapi tak berjayalah, tak de talent. tak pandai bercakap.... maksu dah tinggalkan bidang mlm

Cikgu Zam said...

semangat dapat memulihkan yang lemah.

Nooreena said...

Salam akak! :D Reen pernah hampir terjebak dalam MLM ni masa kerja dulu. Mereka beria-ia kata, cara mereka tak sama dengan MLM. Tiga kali kawan tu ajak jumpa. Dah tu siap nak bawa Reen ke KL lagi. Mungkin Allah tak izinkan, pertemuan yg dirancang buat kali ke-3 tu kami buat di Shah Alam.

Lepas depa da promote itu ini, kawan kata yang dia kalau boleh nak ajak kawan2 rapat je. Serius Reen hampir terpedaya. Balik2 je, terus google nama company tu. Alhamdulillah, kebenaran tersingkap. Reen jumpa banyak forum yang discuss tentang company dia. Majoriti pendapat negatif.

Akhirnya Reen kata kat kawan, takpelah saya tak berminat. :D

Anonymous said...

Wow..Blog yang bagus/Good Blog...Pernah dengar tentang Dlingo ?..Visit http://www.margi-rekaos.blogspot.com/

suara said...

@Maksu,
Saya pun penah jugak. Dipujuk, cubalah. Tapi mmg tak sampai hati nak cakap sst yang tak meyakinkan. Sudahnya keahlian mati begitu saja.

===================
@Cikgu Zam,
Semangat siapa? Semangat untuk apa? Kalau bersemangat nak membantu dgn menjual barangan MLM ni, jangan sampai terlalu bersemangat sehingga sanggup menindas yang lemah.

===================
@Reen,
Salam dik.
Nasib baik Reen panjang akal, tanya pakcik google. Hehehe...

Anonymous said...

Didoakan su dan suami akan dikurniakan rezeki cahayamata suatu hari nanti. Berdoalah, mengharaplah dengan Tuhan yang mendengar rintihan-rintihan hati.

Banyakkan bersabar dan teruskan usaha, Insya Allah.

alQasam said...

Askum kak su.

Sabar banyak-banyaklah ye kak su.
Apapun bagi saya berkah dan ikhlas itu penting dalam ukhwah itu penting.:)

So saya tak kisah sangat nak belanja atau bagi free dan hanya satu produk sahaja yang tertawan di hati setelah skeptik banyak benda sebelum ni. Itupun disebabkan berkah, bebas riba dan keikhlasan pencetusnya. Pengedar pasti macam-macam seperi pengamal agama kita juga.

Panjang pula, sebenarnya nak cakap pasal benda lain. Kak Su dapat tak invitation ke blog wanita saya?:)

Dah dua kali saya invite. Sudilah ziarah dan berkongsi rasa dan pengalaman dengan saya ya.

Salam sayang.:)

suara said...

@Anonymous,
Terima kasih. :)

===================
@AlQasam,
W'salam dik.

Keikhlasan susah nak diukur. Dan untuk orang yang banyak kali terkena macam kak su ni, akan selalu ada prasangka. Memang tak baik berprasangka, tapi pengalaman membuatkan diri rasa keliru. Huhu...

Kak Su dah masuk blog personal kamu dik. Thks atas jemputan. Tapi ngapa ye, setiap kali kak su nak letak komen, dia mintak kak su login balik, sedangkan kak su dah login.