Oct 15, 2009

Pilih

"Saya nak beli kereta baru la. Tapi mana lebih baik ye? Kereta baru atau kereta terpakai? Awak rasa kereta mana yang sesuai....?" Tanya sahabat pada suami.

"Beli la kereta baru. Honda...Bla... bla... bla... Toyota...bla..bla..bla.. Proton? Bla.. bla.. bla"

Dan dia beli kereta terpakai.

"Man mintak nak masuk meminang Melia. Apa pendapat Su?" Tanya mertua pada saya.

"Nak bertunang? Eloknya, biarlah dia abih belajar dulu. Man kan lelaki, kalau boleh Su harap dia keje la dulu, lepas tu bolehlah rancang pasal nak bertunang atau kawin."

Akhirnya ma dan ayah buat keputusan untuk pergi meminang.

"Saya nak berhenti kerja, nak berniaga. Lagipun company tawarkan VSS pada sesiapa yang berminat. Saya ingat, bolehlah buat modal nanti..." Sepupu saya bersuara.

"Boleh tak awak fikir balik keputusan tu? Ekonomi tengah gawat, saya rasa baik awak tangguhkan dulu." Saya membantah....

Dan dia mohon VSS dan berhenti kerja.

Apa yang saya nak sampaikan?

Bila seseorang meminta pendapat, berikan saja. Namun keputusan di tangan dia dan diilhamkan oleh DIA. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, setiap pilihan yang dibuat ada sebabnya.

Andai baik, alhamdulillah. Andai buruk, usahlah menempelak. Baik dan buruk hasilnya, hanya Allah saja tahu.

Bukankah puncak kematangan itu anak tangganya adalah pengalaman?

8 comments:

Kaktiny said...

setuju...

pandangan kita mungkin tidak baik utk dia.. tapi kesudahannya.. dia sendiri yang lebih tahu...

Allah yang lebih mengetahui buruk baik sesuati perkara... perkara buruk juga sebenarnya kebaikan jika tahu menilainya semula...

semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah Allah.. amiiinnn....

eeeda said...

Yg meminta pandangan perlulah mendengar dgn berhemah...

Yg memberi pandangan pula perlulah dengan iklhlas..

epalejau said...

hanya memberi berdasarkan apa yang kita fikirkan terbaik untuk dia.
tapi biarlah dia yang memilih apa yang dirasakan lebih dekat di hatinya.
:)

p/s: kak suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. sgt rindukan kak su..

suara said...

@Tiny,
Amin...

===================
@eeeda,
betul... betul...betulll...

===================
@epal,
Setiap orang ada impian, ada keinginan, ada rancangan hidup sendiri. Lalu... terbukalah hati dgn keputusan yang telah diambil. Doakan agar semuanya baik-baik saja... InsyaAllah...

p/s : rindu kak su membebel kat sini ye? :D

Bulan puasa yg lepas, kak su asyik minum jus epal je... sbb rindu epal laa... hehe

epalejau said...

betul. memang rindu bebelan kak su. kita kalo da suka orang tu, dia bebel pun sedap je dengar kan? :)))

epal teka. mesti masa minum jus tu, kak su teringat epal. oh, ok. bukan ingat saja. rinduuuuu epal kan..suka. suka. :)

kak su, epal ada impian. ada keinginan. tapi satu impian yang tak mungkin masuk dalam kenyataan hidup. kadang-kadang rasa macam berserah dengan impian. biarlah setakat impian.

"its good for us to have a dream. or else we have nothing." kan kak su?

nunwowro said...

baik buruk yg kt terima tu kan tetap terbaik di sisi Allah.Dia mengetahui..kita tidak tahu apa2..peace..

Anonymous said...

бесплатное порно фото голых
секс онлайн
качать халяву порно
порно девственници
секс электричество

Anonymous said...

Yes, I understand you. In it something is also thought excellent, I support.