Oct 16, 2009

Anak... oh anak.

Bila membaca entry sisipan dalam blog kak jie, saya teringat diri saya yang lama. Persoalan, "Siapakah yang akan mendoakan saya bila saya meninggal nanti?" memang kerap kali muncul dan menyesakkan hati.

Sedih... dan saya memang faham luahan hatinya.

Tapi benar kata kak jie, apa yang menjamin kehidupan kita di akhirat kelak bukan hanya satu - anak yang soleh, tapi salah satunya saja.

Bagaimana kalau anak yang dilahirkan dan dididik tidak berjaya menjadi anak yang soleh? Sama juga kan? Kita masih boleh berharap pada amal dan ilmu, yang datangnya dari diri kita sendiri untuk menyokong 'permohonan' kita ke syurga!

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga dengan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yg tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." Surah Al-Hadid. Ayat 20.

Bila membaca maksud ayat ini, hati saya sedikit lega. Ada sesuatu yang Allah mahu sampaikan pada saya... ada sesuatu yang Allah mahu saya tahu dan beringat. Tentang harta dan anak mampu melalaikan diri dari mengingati Allah... Dan saya? Allah tak mahu saya lalai (InsyaAllah...) dan bermegah-megah dengan pinjamanNya lalu Dia berikan saya, hanya apa yang mampu saya tanggung (Alhamdulillah..).

Anak... itu adalah impian buat setiap pasangan yang telah berkahwin, tapi bukan semua orang berpeluang untuk memilikinya.

"Kau nak ambik anak angkat tak? Ramai yang pelihara anak angkat, lepas tu dapat anak sendiri. Kalau nak, kau tanya je kat mana-mana hospital, mesti boleh dapat nyer... tak payah menunggu lama." Usul sahabat.

"Anak apa? Anak orang susah, anak yatim piatu atau anak ter...?" Soal saya.

"Anak ter... lah..." Jawabnya ringkas. Faham apa yang saya maksudkan.

"Err... tak pe lah. Aku belum terbuka hati nak ambik anak angkat lagi." Jelas saya.

Sayu hati saya. Yang mahu tapi tak dapat, yang tak mahu, mudahnya mendapat.

Dunia akhir zaman.

Ya Allah... hidupku dalam genggamanMu. Rezekiku adalah milikMu. Jadikan aku hambaMu yang bersyukur dan redha dengan segala ketentuanMu.

Saya akan terus berusaha. Doakan saya...

14 comments:

Kujie said...

Sabarlah Su, berdoa saja, pada Allah kita menyerah kerana hanya Dia yang berkuasa.

Dlm keluarga mertua Kak Jie, ada 2 org yang belum berzuriat dah syukur alhamdulillah tidak pernah sekali pun sok sek sok sek bab ini dibangkitkan.

Mak Su said...

mmg kekadang terfikir gaks, tapi saya tanamkan dalam hati.... buat terbest di dunia ini, yang lain-lain, hanya Allah Yang Maha Tahu sahaja akan uruskan - He Who Knows the best, knows the best for us

nohas said...

Anak2 penyeri hidup ibubapa, penghibur hati..

Setiap yg berlaku ada hikmahnya, cuma kita hambaNya kdg kala tidak dpt menelah hikmah yg tersirat..

"Seek and thou shall find, ask and thou shall be given, InsyaAllah"

Dianah said...

Salam...

Keadaan Kak Su turut dialami oleh abang saya dan kakak ipar.. Dorang dah hampir 10 tahun kawen, tapi belum dikurniakan zuriat.. Tapi, dari apa yang saya tgk, ada hikmahnya jgk di sebalik tu.. Sbb dorang takde tanggungan anak, sebahagian pendapatan dorang, digunakan untuk membantu mertua abang saya buat rumah yang lebih selesa.. Kebetolannya, abang saya yg takde anak ni, adalah anak yang paling soleh dalam keluarga saya, dan sangat disayangi oleh arwah ayah.

Akak pun solehah jgk.. Mesti ada hikmahnya kan kak? Allah takkan uji melainkan sesuai dengan kesanggupan kita.. Dan Allah tak berikan apa yang kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu..

Sekadar pandangan, daripada orang yang belum berpengalaman kawen.. Hehe.. Memandai je saya ni.. Papepun, mekaseh berkongsi kisah akak.. Wallahu 'Alam..

ns said...

insyaAllah kak sue, mungkin suatu hari termakbul doa kak sue.Allah tahu apa yg terbaik untuk kita.
Kita hanya mampu berusaha & berdoa.

Abdullah Hasan al-Basri said...

pasti akan diperkenankan doa kak su..
kita minta drp-Nya berjalan..
Dia memberi kpd kt berlari..

cuma hati yang makin lunak berdoa dan meminta-minta sengaja diatur-Nya..inilah nikmat yang tidak mampu dirasa semua..terutama mereka yg memiliki segala-galanya.

alhamdulillah.terima kasih ya Allah

epalejau said...

kak su. ALLAH menjawab doa kita with three answers..

: ALLAH jawab Ya, dan berikan apa yang kita nak.
: ALLAH jawab Tak, dan berikan kita yang lebih baik.
: ALLAH jawab Tunggu, dan memberikan kita apa yang lebih baik, dalam masa yang DIA sendiri tentukan.

kak su, sume tu ayat ciplak aje. tapi telah diolah dan diedit untuk mengelak plagiarisme. :))

Kak su, ALLAH bukan tidak memakbulkannya, sekadar ingin menguji kesabaran kak su. kak su jangan putus asa ya. pasti dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kak su.

suara said...

@Kujie...
Terima kasih kak jie.
Su sedar ramai yg senasib. Alhamdulillah, keluarga terdekat belah su dan mertua tak pernah bising, cuma org luar je yg kadang tu menyindir. Setiap orang ada ujian tersendiri, kan? :)

===================
@Maksu,
Ya, betul tu. Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita.

===================
@nohas,
Moga hati saya tak alpa dalam menilai hikmah tersembunyi yang Allah sediakan.

====================
@Dianah,
Kasih Allah melimpah dgn cara yang berbeza, kan? Dia kurangkan disini, dilebihkan disitu dan ditambah disana. Segalanya cantik sekali... Kita saja yang perlu memandang segalanya dgn mata hati.

Thks dik, atas kata semangat yg diberikan.

===================
@gdiz,
InsyaAllah...

===================
@Nur,
Meminta itu hak yang Allah berikan pd kita, tapi memperkenankan permintaan kita adalah hak Dia. Kita hanya hamba, laksanakan hak kita sebaik mungkin.

===================
@epalejau,
Ayat ciplak pun takpe, itulah rahsia sebenar disebalik kehidupan kita, kan? :)

Faham itu, kita akan lebih redha dgn apa yg Allah turunkan buat kita.

Thks dik, atas kata-kata semangat yg diberikan.

Tie said...

Kak Tie terharu, Su...

Kak Tie ada anak..tapi baru terasa betapa bertuahnya punya anak. Tapi Su, bukan senang nak didik anak. Bagi kak tie laa... rasa amat2 tertekan kerana sifat kak tie bertentangan dengan anak2. Kadang2 terasa hilang nikmatnya seorang ibu.

Rezeki Su ada tu... Janganlah Su berputus asa. Segala yang berlaku telah ditentukan Nya. Seperti kata2 teman yang lain.. redha la.

suara said...

Kak Tie memang bertuah... dan su juga... tapi tuah kita berbeza. Kita bertuah selagi kita bersyukur dengan apa yang kita ada, kan kak tie?

Orang kata, susah mendidik anak ketika kecil, tapi bila besar dan dewasa, yang susah itulah yang paling dekat dgn kita.

p/s : Kak Tie, kenapa setiap kali su tinggalkan komen kat blog kak tie, hilang macam tu je. Bila tulis balik, dah tak boleh. Huhu...

Tie said...

Komen Su ada , cuma kekadang blog kak tie saja ngada2 nak moderate sebab tak kenal Su lagi, hehe... So, tak payah nak tulis semula. Nanti kak tie approve komen tu.

kamar hati said...

I wish u all da best...Amin... (",)

echah_syed said...

anak yg ramai tp tak pernah mendoakan kedua ibubapa lebih baik dari tidak mempunyai anak ..

anak yang ramai tapi menyusahkan ibubapa lebih baik tidak mempunyai anak...

apapun ujian ALLAH hanya utk umatnyer yg mampu menanggung.insyaALLAH su dan suami terpilih.jgn mengeluh kerana ALLAH maha mengetahui sbb musababnyer.

berat mata memandang ,berat lagi bahu memikul.

suara said...

@kamar...
Thks dik. :)

====================
@echah_syed
InsyaAllah, su tak mengeluh... kerana su sedar setiap yang ditentukan Allah tu memang ada sebabnya. Su cuma harapkan diri dan hati Su akan kuat sehingga ke hujung usia. Doakan su ye Combi!

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )