Sep 12, 2009

Hanya Impian

Kisah beberapa tahun yang lalu.

"Su, jom kita ambik satu gerai kat bazaar Ramadhan. Kita jual la nasi kerabu ke, nasi dagang ke. Satu dua jenis cukup lah." Ajak Hasni beberapa tahun dulu.

"Boleh jugak. Malam saya boleh masak, tapi sapa yang nak jaga gerai, yang nak menjual? Saya keje, balik dah lewat sangat. Awak pun sama." Balas saya. Tertarik dengan idea menambah pendapatan tapi ada halangan yang tak ada tolak ansur buat saya.

Lalu idea tu terkubur begitu saja.

Hujung minggu, atau tika berpeluang sampai ke rumah agak awal, saya dan suami akan mengunjungi bazaar Ramadhan. Melihat makanan berwarna warni dan pelbagai pilihan, dengan aroma masakan menusuk hidung, saya tunduk oleh nafsu mata dan perut yang berlagu.

"Erm... tak sedap sangatlah." Rungut saya saat menjamah kuih dan nasi yang dibeli. Kecewa.

"Mana nak sedapnya, kalau buat hanya setahun sekali. Jual masa bulan puasa je." Balas suami saya sambil tersengih hambar. Andaian mudah, tapi saya tahu ada kebenaran disebalik kata-katanya.

Kalau saya menjual makanan setahun sekali masa bazaar Ramadhan, agaknya itulah antara komen yang akan saya terima. Cuma mungkin rungutan itu tak kesampaian di telinga saya. Kesian pelanggan, kan? Lalu saya tidak kesal bila idea itu tidak pernah direalisasikan.

"Kalau nak masak untuk orang, nak menjamu orang makan atau nak meniaga, masaklah macam nak makan sendiri. Lemak, masin, manis, pedas... biar cukup rasa. Jangan dok pikir sangat tentang belanja untuk buat makanan sedap. Contohnya kalau masak lemak, pakai santan, janganlah sampai kuah tu cair je. Memanglah matlamat berniaga sebab nak dapat untung, tapi janganlah sampai masak pun tak ada rasa sebab nak jimat garam gula. Harga pun biarlah berpatutan, jangan dok pikir nak untung lebih aje. Kalau sedap dan murah, insyaAllah orang datang beli lagi. Kalau tak sedap, lelong pun orang tak nak...." Pesan mertua saya bila bercakap tentang masakan dan perniagaan makanan ketika saya berkobar-kobar nak cuba berniaga di baazar Ramadhan.

Saya pegang kata-katanya. Masak apapun, biar ada rasa yang cukup. Cuma saya tak berpeluang untuk menjadi peniaga di bazaar Ramadhan, sampai sekarang...

9 comments:

Nooreena said...

Salam akak cayang.. :) Macam tau-tau je Reen baru pekena nasi kerabu untuk berbuka hari ni. Dan hari ni pertama kali pergi ke bazar. Pecah rekod! Hihi..

Betul akak.. kalau beli harga mahal tapi puas hati takpelah jugak.. Ni tak. Kurang itu, kurang ini. Pelanggan tak puas hati.

Apa pun, halalkan segala yang sudah dimakan.. Pesanan untuk penjual2 sekalian: Menjual la dengan penuh integriti. (masuk dengan ayat tak?) Huhu..

epalejau said...

kak su..
rindu nak baca kak su mengomel.
:)

betuuuuuul sgt2 pesanan mertua kak su tu.
abg epal pun selalu pesan benda yg sama.
dia cakap, org yg menjual tu piki nak jual.
bukan piki nak makan.
macamlah org yg beli tu bukan utk makan kan.
kalo kita piki benda tu utk di makan,
mesti kita akan buat sebaik mungkin kan..

tu abg epal cakap la.
bukan epal.
hehe...

nohas said...

Nasi kerabu memang favorite teman..tapi lain mcm je kaler biru nasi dlm gambar tu..

Betul tu, menjaga kualiti makanan penting utk menjaga pelanggan sbb sekali terkena, takkan beli lagi di gerai yg sama..kdg2 hati ada sakit juga, tapi redha jelah..

kamar hati said...

Salam kakak sayang...

sorry kat, lama tak menjengah...klau menjengah pun tak tinggal komen...arini Kamar tgglkan komen semula...bz skit skrg ni...hihihi...

makan makanan yg sendiri masak mmg nikmat...tp yg dibeli ni, paham2 aja laaaa...banyak kekurangan dr kelebihannyaa...kan???

apa pun, masakan hasil tangan mak juga paling sedap in da world...hihihi... (",)

Kujie said...

Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H buat Su & suami – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan Kak Jie yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

Dianah said...

Salam kak su..

Lama tak tinggal komen sini..

Eh, eh, x sangka, kak su pun pandai buat nasi kerabu dan nasi dagang.. Sbb saya ingatkan kak su orang pantai barat.. Kak su asal dari terengganu ke, kak su?

Di kesempatan ni, saya ucapkan Salam Eidul Fitri, dan taqabbalallah minna wa minkum..

Tie said...

Selamat hari raya, Su...

Lama tak update, harap2 okay semuanya....

Kamsiah yusoff said...

akak cukup pantang
kalau beli makanan tp tak sedap..
takde rasa,tak cukup rasa,dok pikir nak untung ja..
mula la dalam ati..tak tau masak tak payah meniaga...

suara said...

@Reen...

Tahun depan pastikan rekod di perbaiki ye! :D

===================
@epal,

Agak-agak epal la kan... kalau makanan yg dijual tu tak abih, mereka makan tak makanan tu atau sedekahkan... kalau mrk makan, pasti mrk tahu yg ada sesuatu perlu ditambah dlm masakan mrk... kan?

===================
@nohas,

Memang kalernya unik sikit... maybe guna pewarna kot. Kalau guna bunga, kalernya lain. Gambar tu su google dlm internet je... hehe

===================
@kamar,

Kak su pun sibuk kamar... lama tak update dan tak reply komen. Huhu...

===================
@Kujie,

Err.. masih Syawal lagi, kan? Selamat Hari Raya kak jie... Su pun mohon maaf jugak.

===================
@Dianah...
Salam dik.
Kak su ore Kelate yang tinggal di pantai barat. ;)

===================
@Tie,
Selamat hari raya kak tie.
Su ok je... Alhamdulillah.

===================
@Kamsiah,
Su kalau jumpa kedai atau gerai yg tak sedap, jangan harap akan singgah lagi kali kedua. Baik ualng menu yg sama tapi terjamin sedapnya.