May 19, 2009

Pulang

Saya dah balik ke Malaysia. Ahad. Isnin terus kerja. Tak sempat berehat.

Teruja. Mulut sentiasa ingin bercerita dan bercerita tentang pengalaman di sana. Adik dan sepupu saya menjadi mangsa sebab merekalah antara yang terawal saya jumpa sekembalinya saya di sini.

Rindu. Saya belum puas berada di sana. Menitis air mata bila merenung sejadah yang bergambar Kaabah. Sayunya hati bila mengingatkan baru beberapa hari yang lepas saya berada disana.

Tempat dimana saya boleh berjemur di terik panas matahari tanpa merasa sakit kepala. Tempat dimana saya boleh merasa sejuknya sentuhan dahi mencecah lantai, nyamannya meresap dan tersebar keseluruh badan. Tempat dimana saya bermandi peluh, kebasahan seluruh pakaian tapi masih selesa berteleku di bawah matahari yg tegak tepat di atas kepala.

Tak sihat. Di sana saya kuat dan bertenaga. Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah Yang Maha Memelihara. Bila kembali ke sini, saya angkut virus batuk dan selsema bersama dengan kurma dan sedikit buah tangan dari sana. Harapnya demam ini tak melarat dan tak lama. Yang pasti ianya bukan selsema **** yang sedang hebat diperkata. ;)

Saya masih keletihan, mungkin kerana perubahan cuaca dan masa. Di sini musim panas, di sana pun sama, tapi panasnya nyata berbeza. Bila fikirkan panas, saya gentar memikirkan panas api neraka. Ya Allah, jauhi aku darinya.

Saya perlu kuat. Tak mahu manjakan diri, mengambil MC sesuka hati hanya untuk berehat di rumah semasa orang lain sibuk bekerja. Cuma yang pasti, saya akan minta cuti memasak dari suami untuk beberapa hari. :D

InsyaAllah. Saya akan bercerita. Berkongsi apa yang saya kutip di sana. Moga diizinkan Allah hendaknya.

20 comments:

.::N.hasnah.Z::. said...

Alhamdulillah k.Su dah selamat sampai ke tanah air rupanye. :D
Jangan lupa share cerita ;)

Mak Su said...

indahnya :)

arsaili said...

salam...wahhhh satu pengalaman yg pasti menarik..ingin ke sana

Wan Nurul Adila said...

Salam. Alhamdulillah. Selamat semuanya ya. Kak Su, nanti pergi klinik and jangan lupa makan ubat ya. Cepat-cepat sembuh.

Mmmmmmmm....Kak Su batuk sebab bawa virus dari sana ke sebab ada orang duk sebut-sebut nama Kak Su, ya? Hahaha. Baru semalam dla duk main-main sebut nama Kak Su...

"Rindu Kak Su, rindu Kak Su....Kak Su...Kak Su....."

Dalam hati tahu Kak Su bukan nama sebenar tuan punya diri, tapi ahh lantaklah...Asalkan merujuk pada orang yang sama...Hahahahaha..

Kak Su ni pun...Bawa balik hak baik sudah lah...Ni cik virus, kuman semua dia nak angkut sekali...Ishk ishk ishk...

Akan menunggu dengan sabarnya cerita dari Kak Su....Hihihi

CIKGU PANJI said...

tak sabar untuk mengikuti cerita/pengalaman sepanjang berada di sana.

kayteeze said...

Alhamdulillah......rupa2nya Su ke Tanah Suci....

Rehatlah dulu. Nanti senang boleh cerita, ya...

BalQis said...

Kak Su dah balik!!!!!

yeay!!!

selamat pulang ke malaysia kak su!!!

rindu sama kak su... (^_^)

Kujie said...

Alhamdulillah....jiran juga baru balik dengan batuk2.

Affakallah

kaamyl fauzi said...

alhamdulillah..welcome back kak su~ :):) seronoknya baru balik tanah suci.. rasa nak duduk lama2 je kan..

nooreena said...

Akak, last week reen balik rumah. Baru ahad lepas kembali ke pulau. Kalau tau, awal-awal lagi cancel tiket balik. Minta akak hantarkan. Hehe.

Alhamdulillah selamat semuanya. :)

nooreena said...
This comment has been removed by the author.
GDIZ said...

alhamdulillah..dah selamat pulang ke Malaysia :)

Seronoknye baca pengalaman sue kat sana. Moga suatu Hari nnti gdiz pulak smp sana..InsyaAllah..:)

Mesti seronok dpt berdoa di depan Kaabah kan..

Anonymous said...

Salam semua...

@Hasnah,
InsyaAllah, nanti kak su kongsi pengalaman di sana. Moga dipermudahkan Allah.

====================
@Maksu,
Memang indah maksu. Pandangan mata dan perasaan hati.

====================
@Arsaili,
Moga Allah kirimkan jemputanNya pada kamu juga... :)

=====================
@Adila,
Patutlah kak su terbatuk dan tersedak sbb Dla dok seru nama kak su ye! Nakal! :D

Kak su mmg nak bawak balik yg baik-baik je, tapi tak sangka terangkut virus sekali. Hehehe...

Nanti kak su cerita... Kak su tahu Dla mmg penyabar. :D

===================
@Cikgu panji,
InsyaAllah. Su dok tgh mengumpul dan menyusun ingatan ni. Menimbangkan bagaimana bentuk dan susunan kisah yg nak disampaikan.

===================
@kayteeze
A'ah kak tie. Su baru balik ni. Tak sabar nak menulis tapi otak dan badan tgh berperang dgn virus lagi.

===================
@Balqis,
Yeay!!!... Kak su dah balik. Bila Balqis nak balik? Hahaha... :D

===================
@Kujie,
Kat sana sedikit berdebu sbb banyak kawasan masih dlm proses pengubahsuaian. Tu yg ramai batuk tu...

===================
@kaamyl,
Thks dik. Memang seronok dok kat sana. Tu yg ramai org mengulang kunjungan. Umrah dan haji pergi sampai berkali-kali.

====================
@Reen,
Reen jemput kak su, reen balik kak su hantarkan... hantar kat rumah shah alam lah... haha

====================
@Gdiz,
Memang seronok sgt. Kaabah di depan mata, perasaan tika berdoa mmg tak sama.

InsyaAllah, moga Gdiz juga akan kesana.

Myza Pesona said...

Syukur alhamdulillah! Semoga semua hajat dan doa si sana dikabulkan, insyaallah!

Abqori said...

Allahu Akbar! Ke Tanah Suci rupanya. Tak aci sebab tak bagitahu awal-awal. Kalau tidak boleh pesan doa. Huhu!

Ini yang buat saya cemburu ni dan buatkan saya mahu pergi umrah sekali lagi ni.

Hai, cemburunyalah dengan orang yang dapat kurniaan lebih daripada Tuhan! Lebih-lebih lagi dengan orang yang dapat peluang beribadat lebih-lebihan. Selalu berdoa agar kita juga dikurniakan nikmat yang demikian.

Apa-apa pun. Selamat pulang dan semoga diberikan kelazatan manisnya Iman. Semoga segala yang didoakan di sana dikabulkan oleh Tuhan.

Abqori said...

Rupa-rupanya "bulan depan" dalam entri Kembara Zuriat telah dengan tidak sengaja saya terlupakan. :))

dee said...

salam dek.... per kabar....

suara said...

@Myza,
Ameenn....

===================
@Abqori,
Mesti speed reading ni, sampai terlepas point tu. hehehe....

Tak kirim doa pun kak su dah doakan. Buat semua adik2 blogger yg masih belajar, kak su mohon permudahkan pendakian kejayaan buat kalian. Tapi kalau na doa yg spesifik, mmg kena cakaplah...

Cemburu? Kak su yg sepatutnya cemburu dgn Abqori, sbb pergi umrah lebih awal dari kak su, dgn usia yg muda lak tu... InsyaAllah, semoga Abqori, kaksu n suami serta rakan-rakan yg lain akan dijemput berkali-kali lagi kerumahNya.

==================
@Dee,
Salam. Su masih ditemani virus batuk dan selsema ka kak dee... huhu...

eeeda said...

Pengalaman insan yg pernah menjejak ke tanah suci, menjadikan diri ini sentiasa menyimpan cita2 untuk menjejakan kaki ke sana. Semoga Allah permudahkan.

suara said...

@eeda,
Mempunyai cita-cita untuk ke sana adalah satu permulaan yang baik. InsyaAllah, Allah tak akan hampakan permintaan eeda.