Mar 3, 2009

Hikmah musibah

Mulla Nasruddin mempunyai seekor kuda jantan dari baka yang amat baik. Seorang menteri yang datang melawat desanya tertarik kepada kudanya dan menawarkan untuk membeli kuda tersebut.

"Mulla, jualkanlah kuda itu kepadaku. Aku berikan cek kosong, tinggal kamu isi saja, berapa juta pun tak kisah." Pujuknya dengan harapan.

"Tidak tuan, kuda ini bukan untuk di jual." Tegas Mulla. Menteri itu kesal, tapi tak mampu memaksa kerana media baru saja menyiarkan berita tentang dakwaan rasuah keatasnya dan dia tidak mahu memburukkan keadaan.

"Ah Mulla. Kamu bodoh sebab menolak tawaran sebegitu lumayan." Kata orang kampung bila tahu kisahnya yang dikatakan menolak tuah.

"Kuda itu kudaku. Jual atau tidak, itu keputusanku. Jangan kamu pertikaikan." Jawab Mulla tidak kesal.

Esoknya kuda itu hilang dari kandang Mulla.

"Lihat Mulla, itu hasil kebodohan kamu. Kalau kamu jual kelmarin, pasti kamu tidak rugi seperti sekarang." Tempelak penduduk kampung.

"Sudah saya katakan, jangan kamu pertikaikan keputusanku. Kerugian atau kehilangan, saya yang menanggungnya. Kamu tak usah ambil tahu." Jawab Mulla tenang.

Beberapa hari kemudian kuda itu kembali. Bersamanya, ada beberapa ekor kuda liar sejenis dengannya. Rupanya kuda itu terdengar perbincangan antara Menteri dan tuannya. Sebagai tanda terima kasih, kuda itu kembali ke hutan dan membawa keluarganya bersama.

"Waahh... Bertuahnya kamu Mulla. Beberapa hari lalu kamu hanya memiliki seekor kuda, dan sekarang kamu telah memiliki beberapa ekor kuda. " Kata penduduk kampung cemburu.

"Semalam kamu kata saya rugi, sekarang kamu kata saya untung pula. Sudahlah, untung atau rugi, itu rezeki saya. Usah kamu menghitungnya." Kata Mulla tenang.

Putera tunggal Mulla diserahkan tugas untuk menjinakkan kuda liar itu. Semasa berusaha menjinakkan kuda tersebut, anaknya dicederakan. Tendangan kuda itu telah menyebabkan kaki putera Mulla patah.

Penduduk desa mendatangi Mulla lagi dan berkata;
"Kuda tu membawa sial dan malang pada nasib kamu nampaknya. Lihatlah, satu-satunya anak lelaki kamu patah kaki kerana kuda itu."

Dengan tenang Mulla menjawab;
"Saya tak faham apa maksud kamu yang sekejap mengatakan saya bertuah dan beruntung... dan kini mengatakan saya bernasib malang pulak. Mungkin sebaiknya kamu tidak usah ambil kisah tentang saya, kerana ini semua ketentuan Allah."

Belumpun genap masa seminggu, negara telah diserang oleh musuh yang datangnya dari negara tetangga. Memandangkan tentera musuh sangat kuat, anak-anak muda yang berumur 16 tahun keatas telah diarahkan menyertai pasukan tentera dan menjalani latihan ketenteraan sebagai persediaan, kecuali anak lelaki Mulla yang patah kakinya.

Penduduk kampung sekali lagi mendatangi Mulla dan berkata;
"Mulla, untungnya kamu kerana anak kamu tak perlu masuk tentera kerana kecederaannya."

Mulla masih tetap tenang seperti biasa dan berkata;
"Sekali kamu katakan saya bodoh dan menolak tuah. Kamu katakan saya malang. Kemudian kamu kata saya bertuah. Lepas tu katamu lagi, saya ni sial dan malang. Dan sekarang kamu kata saya beruntung pula. Sudahlah. Jangan kisah tentang saya. Biarkan saja saya ini."

Pengajaran
Setiap musibah, kegagalan, kedukaan dan penderitaan yang dialami saat ini merupakan satu dugaan untuk kita perolehi sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Terimalah segalanya dengan tenang dan ucapkan 'inna li Allahi wa inna ilahi raji'un'. Percayalah bahawa di sebalik segala kejadian, ada rahmatNya. Rahmat yang tak mampu kita lihat dengan pandangan mata kasar.

Jika kita hadapi seribu satu persoalan tentang kehidupan yang sesekali dirasa begitu meletihkan, kembalilah pada Allah, bukan kembali pada diri. Mintalah bimbinganNya untuk mencari jawapan dan penyelesaian.
Percayalah kepada Dia yang memberikan kehidupan.

Nota : Petikan dari buku Kecerdasan 99 oleh Sulaiman Al-Kumayi, penulis dari Indonesia. Telah dibahasa Malaysiakan untuk kesesuaian pembacaan. Tapi kenapa saya rasakan masih ada unsur keIndonesiaannya? Huhu... Maaf ye. Saya pun memang tak puas hati dengan tulisan ini tapi saya sukakan pengajaran yang dibawakannya.

15 comments:

SRISUFI said...

salam kakak..

benar kak.
'Jangan berdukacita dengan ujian dan cubaan Allah.Lantaran boleh jadi ia satu hadiah atau pemberian.'


sri petik dr novel salju sakinah.

semoga kita semua sentiasa redha ketentuanNYA

Mak Su said...

saya memang bosan bila orang mula bercok-cek tentang diri saya, ada yang kata saya bertuah, ada yang kata saya bodoh, ada yang kata saya bijak, ada yang kata saya bodoh... saya rasa macam nak bagi dorang pelempang jer, tak boleh diam agaknya, bahana ada mulut.

thanks ya suara dengan kisah ini :)

DAMAI said...

salam kak su sayang..

pengajaran 1...sabar dan redha atas setiap ketentuan Allah..

pengajara 2...jaga mulut agar tidak menyakiti hati jiran ^^

fusarium solani said...

Banyak versi kisah ini namun inpatinya sama.

Bagus titipan kak su ini.

Jie said...

Betul Su, kita selalunya gagal melihat sesuatu secare menyeluruh..

bagus entri ni

umar_skyscooter said...

hai2,nice blog,erm nak ajak tuan rumah atau sesape je datang ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkan blog sye ni yer,ok thanks n bye

ryann said...

hidup satu rahmat - syukur.

suara said...

Salam Srisufi...
Semoga kita mampu menerima dugaan yang diberikan Allah sebagai satu hadiah.
Salju Sakinah... kak su belum baca lagi. Huhu

==================
Maksu...
Tak siapa yg suka bila kehidupan diri menjadi perbualan orang. Saya juga sama, tapi itulah hakikat hidup bermasyarakat yang menyakitkan dan mengganggu jiwa. Kena ubah ungkapan kata untuk jadi masyarakat prihatin, dan bukan masyarakat penyibuk. Kan?

===================
Salam sayang buat Damai...
Betul... betul... betul... Kak su setuju sekali dgn kesimpulan Damai tu. :)

suara said...

Alif...
Ia buat kita sedar bahawa yg buruk tu sebenarnya baik bila tiba masanya, kan? Allah Maha Kaya!

==================
Kak Jie...
Kita manusia yg lemah. Keterbatasan dalam melihat sesuatu dgn mata kasar mmg sifat kita. Moga Allah bantu kita, kan kak jie?

=================
Umar...
Thks atas jemputan. :)

=================
Ryann...
Alhamdulillah.

fazemy said...

Salam..betul tu. Saya dah dpt tgk beberapa hikmah kejadian yg berlaku.

kamar hati said...

macam2 musibahkan kak..... :(

Iliana said...

salam kak su

sungguh, entri ini membantuku dalam kenal apa itu tidak berputus asa. dalam masalah yang menimpa-nimpa, saya terlupa mengucapkan kalimat itu..terima kak su atas mengingatkan..

suara said...

Salam fazemy...
pastinya ia lebih membuka minda kan? abb tengok sendiri hikmah sst musibah...

===================
Kamar...
Musibah tak semuanya buruk. cuma masa untuk kita melihat kebaikan disebalik musibah tu adakalanya lambat sampai...

===================
Salam Iliyana
Sama-sama. Kita manusia mudah lupa. Saling mengingatkan itu tugas kita bersama. :)

roma said...

Helo,salam,i m facing some problem now and seems hard to find way out,consider as critical problem also,then i just type "hikmah musibah",then i found your site,
at least gave some inspiration and look more deeper on my innerself.
thanks

suara said...

@roma,
Salam.
Just remember, whatever happen in our life, we must think positive. 'Musibah' just a test. If we pass, then a great reward will be given to us, soon or later. InsyaAllah.