Mar 22, 2009

Kursus Bimbingan Keluarga Bahagia

Pengenalan
Kursus ini dianjurkan oleh Unit Mubalighat Jais. Ia bertujuan untuk memberi bimbingan, panduan dan tunjuk ajar khusus kepada kaum wanita di dalam melayari kehidupan berumahtangga. (Yang bakal memasuki alam perkahwinan amat digalakkan)

Kursus ini mengandungi 6 sub-modul. Setiap modul mewakili kitaran kehidupan atau peringkat umur. Program dan aktiviti yang akan diadakan mencakupi kerohanian, emosi, fizikal, mental dan sosial.

Sasaran peserta ialah kaum wanita yang berumur 40 tahun ke bawah dan ia dilaksanakan secara berkala. Ia akan diadakan pada setiap Sabtu minggu ke-3 setiap bulan (bermula bulan Mac - Disember). Bayaran yang dikenakan hanyalah RM10 setiap kali kursus.

Kandungan Modul

Modul I : Pasca Perkahwinan
Program 1 : Peranan dan tanggungjawab sebagai isteri
Program 2 : Pengurusan kewangan keluarga
Program 3 : Merancang keluarga
Program 4 : Peranan dan tanggungjawab sebagai menantu
Program 5 : Pengurusan stress dan konflik
Program 6 : Kefahaman undang-undang keluarga Islam

Modul II : Kehamilan
Program 1 : Persediaan kerohanian
Program 2 : Persediaan fizikal dan mental
Program 3 : Persediaan ilmu pengetahuan
Program 4 : Persediaan kewangan
Program 5 : Bimbingan dan nasihat

Modul III : Kelahiran Bayi
Program 1 : Kaedah menyambut kelahiran bayi
Program 2 : Penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam pantang

Modul IV : Bayi Hingga Mumayyiz
Program 1 : Kaedah asuhan
Program 2 : Bimbingan dan asuhan

Modul V : Mumayyiz Hingga Baligh
Program 1 : Pendidikan kerohanian
Program 2 : Fizikal dan kesihatan
Program 3 : Ilmu dan kemahiran
Program 4 : Kewangan dan material

Modul VI : Alam Remaja
Program 1 : Penyerahan taklif
Program 2 : Ilmu pengetahuan dan kemahiran
Program 3 : Pendidikan kerohanian
Program 4 : Kewangan dan material
Program 5 : Fizikal dan kesihatan

Perlaksanaan

Tarikh-tarikh Kursus
Siri 1 : 29 Mac 2009 (Ahad)
Siri 2 : 18 April 2009
Siri 3 : 16 Mei 2009
Siri 4 : 20 Jun 2009
Siri 5 : 18 Julai 2009
Siri 6 :15 Ogos 2009
Siri 7 : 17 Oktober 2009
Siri 8 : 21 November 2009
Siri 9 : 19 Disember 2009

Masa : 8.30 pagi - 1 tengahari
Tempat : Masjid Negeri Shah Alam.

Untuk pertanyaan sila hubungi :
Ustazah Hindon Abdullah 016-2907337
YM Raja Saidatul Maleh 019-3627482
Pn Raihani Sulaiman 012-3062550
Pn Wan Khairulnisa' 012-5230939
Pn Noraini Jee 012-3458002

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami sebagai contoh bagi orang-orang yang bertaqwa" Al-Furqan, 74

10 comments:

Tie said...

Bagusnya kursus ni...malangnya Tie tak berpeluang... beruntunglah orang2 yang tinggal berdekatan...

Ibnurashidi said...

Salam kak su...

Patutlah saya tak boleh ke sini..rupanya tersilap link..apapun tuan rumah sihat?

SRISUFI said...

Salam Kak Su,

Terasa rindu pula pada akak. Semoga sihat hendaknya.


=)

Mak Su said...

kursus yang baik ni :)

Nooreena said...

Hm.. ni yang membuatkan reen nak selalu balik rumah ni. Hihi. ;)

Anonymous said...

Tie...
Ilmu ada dimana-mana Tie, kita cuma perlu mencarinya. Jadi jgn terkilan tau. InsyaAllah, bila su pegi, su akan kongsi apa yg Su dpt. Tp mungkin tak sebagus mendengar sendiri.

===================
Ibnurashidi...
Salam. Silap rumah lagi? Hehe...
Alhamdulillah. Kak su sihat seperti biasa. Cuma jarang masuk blog.

===================
Srisufi...
Salam sayang. Rindu ssri juga... :)

===================
Maksu...
Memang bagus kan? Tu yang su tolong sebarkan tu.

===================
Nooreena...
Hah... apa tunggu lagi? Pegi tempah tiket balik Shah Alam ikut tarikh kursus. Hehe

Anonymous said...

blog sy ttg ajaran sesat underground yg dlm perhatian jabatan agama. hrp semua bloggers bleh add link diblog utk sebarkn.

http://suarajagat.wordpress.com

ramai golongan muda & profesional yg terlibat.

bantulah usaha dakwah ini

MamaWho said...

Kursus Peranan & Tgjawab Isteri-ceramah dari ustazah salbiah omar mmg menarik..insyaAllah akan sertai kursus yg berikutnya.

suara said...

MamaWho...
Memang bersemangat dengar ceramah Ustazah Salbiah. lebih kurang 2 jam mendengar pembentangannya langsung tak terasa.

InsyaAllah, Sabtu ni saya juga akan sertai kursus kedua. Tapi tak pasti kali ni siapa penceramahnya.

MamaWhy said...

kursus yg sangat bermanfaat utk semua yg bergelar isteri dan ibu.. dah 4 siri tak pernah miss.. hehehe..