Nov 1, 2008

Merawat Retakan Hati.

Bermesej segera (IM) dgn seorang kenalan. Bukan niat nak mendedahkan keburukan, tapi nak berkongsi cerita. Satu kisah yg sering terjadi dlm rumahtangga yg diharapkan boleh dijadikan panduan buat mereka yg baru atau yg akan berumahtangga. Krisis penyesuaian diri dgn life partner...

Kawan : Salam. Akak ingat tak ari tu sy nak tanya akak tentang sesuatu

Suara : Salam... Adik tanya banyak jugak, yg mana satu?

Kawan : Eerr.. banyak erk. Hehe… Skrg nak tanya lagi ni. Tu pun klu akak nk beri jawapan

Suara : Tanye je... kalau akak boleh jawab, akak jawab le... kalau tak leh, akak cakap le tak leh jawab. Lagipun soalan adik tu bukan ada markah pun... hehe

Kawan : Klu bawa kebaikan pd sy, ada markah tak nampak utk akak. Dapat pahala tau…

Suara : Alah… buatlah markah... pastu convert jadi biskut ke... kerepek ke... ok gak tu...hahaha

Suara : Eeh... tadi gurau je lah.. :D

Kawan : Pandai akak erk. hahaha :p

Suara : Adik nak tanya apa sbnrnya ni?

Kawan : Sy ni baru "setahun jagung" kawin...

Suara : Jagung pun ada kawin gak ke?

Kawan : Akak ni… nak merapu lah tu.

Suara : Tak leh ke? Oklah… serius… serius. Sambung.

Kawan : Biasanya dlm tempoh bertunang tak semua perkara di tunjukkan. Masing2 sembunyikan keburukan dan tonjolkan kelebihan. Tup2 bila dah kawin semuanya nampak

Kawan : sedia maklum setiap org ada kelebihan dan tentunya kekurangan Tapi kadang2 kekurangan tu macam tak boleh diterima. Sampai timbul juga rasa tak puas hati walaupun cuba nak elak. cam ner nak atasi erk?

Suara : Erm…

Kawan : Mmg tahu kena byk sabar. Tp kadang2 rasa nak ckp apa yg kita tak puashati tu. Bila cakap, dia tak boleh terima lak. Nak wat cam ner ni kak?

Suara : Aduhai... Akak bukan kaunselor bertauliah. Tapi nak cakap sikit-sikit boleh le. Masalah ni selalu berlaku. Terutama di awal perkahwinan. Kita akan benar-benar kenal pasangan kita hanya lepas kita kawin je.

Kawan : Betul tu.

Suara : Sbnrnya, jodoh yg kita ada adalah yg terbaik buat kita, walaupun ada kekurangan. Mana ada org yg sempurna, kan?

Suara : Formula kehidupan yg bahagia mudah saja. Jadi hamba yg bersyukur. Syukur sekalipun tika di timpa musibah. Musibah datang sbb Allah nak kita teliti balik diri kita.

Kawan : Hmmm.

Suara : Dalam rumahtangga, kita perlu saling melengkapkan. Walaupun tak semua kekurangan boleh ditampung oleh pasangan, tapi paling tidak kurangkan jurang berbezaan. Tapi sebelum tu, kena wujudkan komunikasi yg berkesan. Kalau tak, susah jadinya. Antara suami isteri kena selalu bercakap. Kalau dgn org lain tak pe lah jadi pendiam pun.

Suara : Kena biasakan cakap dari hati ke hati. Apa yg tak puas hati, mmg kena bagitau. Tapi biar kena caranya.

Kawan : Ni yg nak kena belajar nih. Cara bagaimana paling baik supaya teguran lebih berkesan?

Suara : Ia bergantung pada jenis macam mana pasangan kita tu. Karekter dia. Pendiam ke, panas baran ke...

Suara : Kalau jenis yg sensitif, kena cakap lembut sikit. Nak sampaikan apa-apa kena berseni dan halus, supaya dia tak terasa dan berjauh hati. Kalau dia terasa hati karang, susah pulak. Simpan dlm hati, merajuk. Silap haribulan jadi dendam dan barah pada hati dan perasaan.

Suara : Kalau jenis yg lembab dan pekak badak... mungkin guna suara keras sikit boleh le kot. haha... Bukan nak suruh derhaka. Just utk tunjukkan yg kita tegas dan serius. Itu maksud akak.

Kawan : Ohh... boleh ye?

Suara : Tapi akak tak harap mana-mana isteri guna cara tu, sbb kita sbg isteri, walau macam mana pun suami kita tu, kena berlembut. Nanti dosa tak pepasal pulak sbb tinggikan suara dgn suami. Ingat, syurga mudah dicapai oleh wanita yg bersuami kerana khidmat kita pd suami. Neraka juga mudah dimasuki jika kita mendurhakai suami.

Suara : Erm... kalau jenis yg jenis tak ambil peduli, atau akak suka anggap mrk ni jenis yg tak kuat daya ingatan, cakap sekali tak berkesan, mungkin kena cakap berkali-kali. Kena ulang suara, ulang tayang, ulang segala-galanya

Suara : Macam anak-anak jugak, larang sekali bukannya dgr, kena larang banyak kali, kena terangkan jugak sampai dia faham kenapa kita larang.

Kawan : Alahai. Letihlah kalau macam tu. Budak lainlah, tapi ini org tua.

Suara : Tua muda sama je. Penah dgr og cakap, manusia mudah lupa?

Kawan : Kalau melayu mudah lupa, itu biasalah dgr.

Suara : Itu Mahadhir yg cakap. Tapi hakikatnya manusia mudah lupa, tak kira melayu ke, cina ke, India ke, mat saleh ke… sama je

Kawan : Hehe

Suara : Perempuan ni fitrahnya suka meneliti dan melihat sst dgn detail. Tapi lelaki tak macam tu. Err... ada juga yg jenis teliti, tapi jarang la.

Suara : Jadi kita sbg isteri kena nasihatkan, dan beri pandangan. beri sbb kenapa kita tak suka. tunjukkan akibat yg mungkin berlaku.

Kawan : Hmm..

Suara : Itu nasihat akak secara general lah... adik pun tak cakap situasi bagaimana yg di hadapi .

(saya mmg tak tanya lebih sbb tak nak nanti perbualan biasa jadi medan aduan dan umpatan.)

Kawan : Entah la kak... agaknya sy ni byk dosa kot pd suami

Suara : Then ubahlah diri dulu

Kawan : Hmm... Tapi mmg ssy selalu tak puas hati dgn dia, pastu simpan dlm hati

Suara : Adik tak penah cuba cakap kat dia ke?

Kawan : Sy tak bleh ckp apa yg sy tak puas hati tu. Sbb sblm ni, bila cakap, dia cam tak leh terima. Maybe dia rasa itu soal remeh jer kot... Remeh pd dia la. Pada saya tak gitu... Bila cakap, dia buat acuh tak acuh. Sudahnya sy rasa baik sy diam je

Suara : Cuba bgtau dia berkali-kali... supaya dia tahu adik tak anggap benda tu remeh.

Kawan : Bagitau berkali2 nanti gaduh pulak. Tak nak la. Tp kan kak, asik simpan dlm hati timbul perasaan lain plak

Suara : Perasaan cam ne?

Kawan : Marah… pastu rasa benci

Suara : Hah? Ish tak boleh tu.

Kawan : Pastu bila buat benda, semuanya jadi tak ikhlas

Suara : Jgn macam tu. Cuba adik cakap lagi kat dia... Ubah cara bercakap sikit. Contohnya kalau dulu cakap sambil tengok TV, kali ni cakap masa keluar makan kat luar ke. Kalau dia masih anggap remeh, tanya dia kenapa dia anggap benda tu remeh. Dan bagitau dia... adik cakap sbb tak nak perasaan tak puas hati tu terus ada dlm diri adik... bimbang ia akan jadi lebih teruk

Kawan : Hmm...

Suara : Bgtau dia adik sayangkan dia dan sayangkan perkahwinan yg dah terjalin, tak nak benda kecik macam tu jadi besar satu hari nanti, gara-gara dia ambik remeh apa yg adik cakap. Paling tidak, adik harapkan sedikit perubahan, agar adik tahu dia peduli apa yg adik cakap dan berusaha utk ubah...

Suara : Dan sebagai balasannya, adik tanya dia apa yg dia tak puas hati ttg adik, yg dia rasa susah nak bgtahu tapi harap adik akan ubah. Tawarkan perkara yg sama pd dia. Sbb mungkin dia juga ada rasa tak suka, marah, benci… yg dia simpan dlm hati, tapi tak cakap kat adik.

Kawan : Maybe betul juga apa yg akak ckp tu. Maybe sy ada buat bende remeh temeh yg dia tak suka tp dia diamkan ajer

Suara : Cubalah... dan berusahalah sblm terlambat. Jgn sampai dia cari org lain utk lepaskan rasa tak puas hati dia pd adik.

Kawan : Hah?

Suara : Selalunya luahkan perasaan tak puas hati tu (terutama pd yg berlainan jantina) yg akan mulakan hubungan org ke tiga. Jangan bagi peluang utk dia rasa tak puas hati pd adik dan rasa org lain lebih baik.

Kawan : Hmm...

Suara : Biar dia rasa yg adik sentiasa faham dia, sensitif dgn perasaan dia, sentiasa cuba nak perbaiki kekurangan. Bila adik dah mampu buat dia rasa begitu, insyaAllah, nanti dia juga akan lakukan yg sama utk adik. Sebaik-baiknya solat sunat mohon agar Allah lembutkan dan bukakan hatinya untuk terima apa yg adik cakap dgn fikiran terbuka.

Kawan : Ok. Sy paham. Terima kasih kak. Nanti saya cuba.

Suara : Sesama.

Saya tak tahu apakah nasihat saya ini sesuai atau tidak, betul ataupun salah. Saya bukanlah pakar dlm psikologi rumahtangga, tapi pengalaman diri dan kekawan dalam menjalani liku hidup berumahtangga, telah membentuk diri saya hari ini. Sedikit bahan bacaan dan nasihat orang tua saya jadikan panduan.

Saya mahu semua orang bahagia. Mungkin nasihat saya bukanlah yg terbaik untuknya, tapi hanya itu yg saya mampu saya fikirkan saat itu. Dasarnya, itulah yg saya amalkan dalam kehidupan rumahtangga saya.

Mohonlah pada Allah agar rumahtangga yang dibina sentiasa terpelihara dari dugaan yang meretakkan ikatan.


Bentuklah komunikasi yg berkesan.

Jadilah hamba yang bersyukur...

30 comments:

azza_irah said...

moga kan terbuka pintu hati kita sume..azza, su, adik tu dan sesiapa sj yg mbaca cerita ni..

Kujie said...

Pakar motivasi selalu suruh berterus terang...tapi selalunya isteri ridau untuk berterus terang sebabnya perempuan fitrahnya bercakap dengan emosi...kadang² kita nak luahkan sesuatu terikut² dengan emosi.

Kak Jie yang berbelas² tahun kahwin pun masih ada sesuautu yang 'menyentap' tetapi bila kenal pasangan kita kelebihan dan kekurangan dia, kita tahu dimana dan bagaimana nak luahkan.

Kadang2 tak terluah pun...semua tu hilang macam tk de apa².

Sama-samalah kita berusaha menjaga dan selebihnya serahkan pada Allah.

Tie said...

Ish!!Susah bab2 rumahtangga ni. Hanya empunya diri saja yang tahu cara terbaik tika menghadapi masalah hubungan psgan masing2.

zamz said...

semuanya subjective la benda ni kan..nak menegur pun ada caranya..jgn sampai last2 jadi lagi teruk plak..tapi selagi tak cuba tak tau lah

umaralfateh said...

seronok..

terima kasih banyak kak..banyak input-input yang boleh diteladani dan dibawa sebagai bekalan di satu hari nanti buat diri ini. :)

seeru 'ala baarakatillah.

suara said...

azza...
moga terbuka pintu rahmat dari Allah buat kita semua, terlindung dari kedukaan dan kesedihan, melimpah dengan keberkatan...

=================
Kak Jie...
Bercerita dgn org berpengalaman macam kak jie ni, mmg best. Mesti banyak petua dan ilmu berguna yg boleh di kutip.

Wanita mmg penuh dgn emosi, kan kak jie... Tapi wanita juga penuh dgn kelembutan yg mampu melembutkan keras hati seorang lelaki. Su percaya, kalau kena cara dan masa utk berbincang pasti segalanya boleh pulih kembali. Yg penting kita berusaha, meminta pd Allah dan kemudian bertawakkal.

Sesetengah perkara, boleh diabaikan je. Pastu masa berlalu dan kita lupa geram yg berlaku masa tu. Terlalu memikirkan, hanya akan menyakitkan hati sendiri. So buat benda lain yg elak kita dari berfikir.

suara said...

Kak Tie...
Mmg susah. Tapi bila diminta pandangan, bantu je apa yg boleh. Bukan bantu apapun, bantu bagi idea je. Boleh pakai atau tak, tak pastilah pulak. Sbb diri sendiri yg tahu apa masalahnya, tahu pasangan camne.

==================
Zamz...
Sbb ia subjektif lah, maka kena cuba pelbagai cara. Apa lagi yg baru kahwin, banyak kejutan ttg pasangan, banyak jugak yg nak kena explore.

==================
Umaralfateh...
Seronok dpt ilmu ttg rumahtangga erk. Harap ia tak jadikan Syazwan fobia dgn alam rumahtangga.

Ambik pengajaran yg baik-baik je tau...

BalQis said...

Hurm, seperti biasa saya hanya menjadi pembaca tanpa boleh memberi apa-apa pandangan yang bernas.

Tapi pernah baca buku ini, Best seller, 'Men from Mars, Women from Venus' tulisan John Gray. Tentang bagaimana menghadapi masalah perhubungan dalam rumah tangga antara suami dan isteri dan kenapa suami berperangai begini, isteri pula berperangai begitu. Buku ini mencungkil rahsia komunikasi yang berkesan antara suami dan isteri serta bagaimana mengelak dari berlaku salah faham menurut pengalaman penulis sendiri serta masalah-masalah kehidupan klien beliau. Penulis merupakan pakar motivasi rumah tangga serta kaunselor kalau tidak silap saya. Begitulah. Saya belum baca habis lagi, tetapi saya rasa sedikit sebanyak ada membantu masalah seperti ini. Wallahua'lam. Sekadar berkongsi.

=) Apa pun selalu mohon doa dariNya supaya buat apa pun hati sentiasa tenang, InsyaAllah~

suara said...

Balqis...
Baca je untuk memperkayakan diri dgn pengalaman hidup org2 yg dah melaluinya. Belajar melaluinya jika perlu dan mahu. Kak su harap pun Balqis tak akan hadapi situasi sebegitu nanti.

Buku tu mmg bagus, kan? Penah dgr member bercerita ttg buku tu, dan sering dicadangkan oleh Ustaz Hasrizal. Ingat nak cari jugak buku tu nanti. Make sure Balqis khatam bukum tu sblm kawin tau... ;)

Kamsiah said...

su,nnt senang2 pi amik award ya

Sufi Idany said...

salam kak sue... apa khabr? semoga ceria selalu...

kak, ini laa kan rencah idup manusia. tu laa kdg2 ida terfikir kenapa kita perlu jadi org lain jika kita selesa dgn siapa kita hari ni.... n satu lagi knp ye org nak alter2 kita ni..? y tk leh accept kita in the way we are? confused laa... mmg byk confused....

kak... ni sms org teman tu ida.... saja nak pjgkan tuk kak sue..

sesungguhnya Allah dah janjikan yang terbaik tuk kita.... renung2kan :

"Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya Kaktus berduri. Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu. Saya sedih & kecewa. Namun kemudiannya, Kaktus itu berbunga, indah sekali. dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah. Indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. kadang2 kita sedih, kecewa, terluka.... tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..."

BalQis said...

Kak Su!!!

Terima kasih atas nasihat, dorongan dan sokongan!!

InsyaAllah saya habiskan baca =p

Best ah kak su nih~

sepi said...

hmm... berterus terang untuk menegur sikap seseorg pun kdg ada tak baiknya. apa lagi ngan org yg tido sebantal ngan kita... akak dulu lebih banyak berdiam diri dan bersabar. nak wat camner, dah dia pilihan hati kita, segala yg manis dan pahit akak terima seadanya...

... sehinggalah dia sendiri "jemu" ngan akak. akak redha...

suara said...

Kak Kamsiah...
Wokeh... nanti su p angkut ye. Makasih kak!

==================
Sufi Idany...
Salam Ida. Kak su sihat, alhamdulillah....

Er... berubah jadi org lain? Lebih kepada berpura-pura erk? Kalau macam tu, mmglah tak elok, sbb itu namanya hipokrit.

Tapi kalau berubah menjadi lebih baik, itu perlu. Kadang kita perlu berubah. Kita akan berubah jika Allah menghendaki begitu. Kita mampu berubah kalau kita mahu dan Allah mengizinkan ia berlaku.

Kita hidup dlm masyarakat... adakala kita perlukan org lain utk menegur kita. Ada ketika kita tak mampu melihat (tak sedar) keburukan sendiri. Ibarat tahimata dicelah-celah maskara yg menghiasi mata. Paling dkt dgn mata tapi tak mampu melihatnya. (ape punya contohlah ni...tak kisahlah kan... perumpamaan je. heheh)

Thks utk renungan tu. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita hambaNya. Yang penting, kita harus terus meminta...

suara said...

Balqis...
Sesama. Kak su mesti sokong Balqis punye... Perkara yg baik mmg patut digalakkan. Ye dak?

==================
Kak sepi...
Erm... situasi setiap org berbeza, kan kak? Su pasti akak dah cuba apa yg terdaya, berdoa dan berserah kepadaNya.

Dalam hidup ini, selalu su pegang satu kemungkinan; manusia mudah lupa... mudah berubah bila diduga. Dia mungkin terlupa pahit manis bersama akak, lalu berubah bila ada dugaan menimpa.

Sabar ye kak. Dia sesunguhnya hanya dipinjamkan saja. Akak ada baca n3 lama su? 'Hadirnya hanya pinjaman' Sekadar satu cetusan fikiran, luahan kebimbangan bila terlalu bergantung pada insan.

Mak Su said...

yg baru bertanya pd yg lama.... (pekak badak?), wakakakaka

suara said...

Errr... tetiba terfikir, badak mmg pekak ke? Misteri tu... kekeke

Madu Warna Biru said...

salam..

haih kak ..
susah nak kata kak, saya nak tanya akak jugak ni apa akak fikir dengan sangkaan buruk, bila kita tegur atau mengkritik sesuatu untuk membetulkan kesilapan orang kata kita ni tak faham. bila di tanya di mana tak kefahaman saya tu pada soalan dia yang tak faham tu dia cakap, kalau cakap pun bukan faham. macam mana kita nak faham kalau dia x jelaskan apa yang tak kita fahami. Mungkin dia tak boleh terima kritikan saya, tapi bila saya cuba untuk luahkan apa yang tak puas hati dia suruh tulis dalam blog, bila saya kata tulis dalam blog bukan dia nak baca dan dia lagi berminat nak respon pada orang lain saya cuma kata blog saya tak bagus penulisan saya tak bagus macam orang lain..
dan dia kata saya ni bersangka buruk pada dia ...

haih ..

eida.. said...

mcm2 ragam manusia kan su.... lawat blog sy .. su di tag..

TokMa said...

Tak salah kalau ingin berkongsi pendapat untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai dengan situasi masalah yang hendak dileraikan. Kadang2 pendapat dan saranan kengkawan, mungkin tidak tepat pada apa kehendak masalah memasing.
So....kita rujuk semua nasihat dan pandangan, rumuskan...ambil pengajaran yang berkaitan jer. Niat kawan2 sumer baik utk beri bantuan seadanyer, kerana kita sama2 perempuan bergelar 'isteri'.
Tokma teringat nasihat sorang makcik masa di kampung muda2 dulu, katanya: "Kalau nak jadi 'orang bebaik' selalulah berkawan dgn orang tua2". Masa tu... tokma betul2 tak faham...tapi lama kelamaan, memang termasuk dek akal gak maksud tersembunyi makcik tu.
Kita fikir2kanlah sesama....!!! rasa terhutang budi ngan makcik tuh.

suara said...

Bluehoney...
Mana ada yg mudah bila ia melibatkan hati dan perasaan org yg kita sayang. Namun ia boleh jadi mudah kalau segalanya kita gantungkan pd Allah untuk beri pemahaman pd diri dan juga org lain.

Apa yg lely tanya tu, kak su dah jawab di blog lely. Tak boleh nak paksa org baca blog kita, sbb selera manusia berbeza. Kak su sendiri pun, hubby tahu kak su menulis di blog, tapi dia tak pernah baca. Tak berminat katanya. :)

eida!!!...
Tag????
Tetiba rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut. Sindrom gayat dgn tag ni. Huhu...

suara said...

Tokma...
Setuju sgt dgn Tokma.
Kadang-kadang, kata-kata dan nasihat seseorang tak berkesan pd masa tu juga, tapi akan meresap dlm diri bersama waktu. Macam kata-kata makcik tu pada tokma...

Nanti kalau su ada masalah dan perlukan pandangan, su boleh tanya tokma kan? Su pun nak jadi 'orang bebaik' jugak....

rudy bluehikari said...

syukr ya Allah.

suara said...

Ya Rudy... syukur... syukur... memang itu seharusnya...

Erm... Antara doa yang paling penting ialah supaya Allah berikan hati yg bersyukur.

TokMa said...

Isshhhhh sue ni...tokma muda lagi aper!!!! hehehehehehe (suka usik sue).

Madu Warna Biru said...

Si A baru pertama kali kenal masa si D membawa si A berjumpa si C kak su. Si A pula bukan kawan si B,hanya si A dan si C tuh berkawan dengan si D. Si C ni memang playboy tapi si B ni tak kisah sangat dengan hal silam dia dan si D sangat tidak suka si C buat perangai macam tu. Si B boleh terima penjelasan si D tapi mungkin masa tu si D beranggapan tak nak si C dan si B putus hubungan di sebabkan itu si D sanggup dipandang serong dari hubungan mereka retak. si D rasa amat bersalah sebab tak dapat nak menghalang semua tu masa berlaku dan si D terpaksa menerima pandangan serong dari rakan-rakan si D, si B dan si C. Dan dalam keadaan itu si C telah memberi penjelasan yang tidak betul pada si B sebelum si D menjelaskan perkara sebenarnya yang mengatakan si D yang membenarkan mereka bersama. Mungkin si D agak kecewa dan tak tefikir semuanya akan berlaku macam tu dan akhirnya si D hanya mampu berdiam diri.


Bagi lely lah kak su pandangan kak su ada benarnya bukan sepatutnya tapi seharusnya dan di sebabkan itu si D mungkin marah dan rasa kecewa terhadap si C dan si A yang sudah si D anggap sebagai kawan yang patut berfikir tentang keburukan itu. lely tak pernah menganggap apa yang kak su anggap itu kolot dan semestinya itu adalah satu perkara yang mampu menjaga maruah seseorang. Mungkin dari kesilapan si D yang lalu mampu memberi peringatan kepada si D untuk memeperbetulkan kesilapannya yang akan datang.

terima kasih kak su atas pendapat dan nasihat itu. terima kasih juga kerana menyinggah blog lely.

=D

p/s: betul cakap kak su,memang kita tak boleh paksa orang lain baca blog kita, tu sebab dalam hubungan lely dengan dia ,lely nak berterus terang tapi dia suruh tulis kat blog padahal masalah tu lely nak settle kan dengan dia. seronok komentar dengan kak su len kali nak tanya lagi la .. hek hek

suara said...

Tokma...
Su lagiiiiiiilah muda. Baru mencecah awal 20-an (bila tolak cuti raya, cuti sakit, cuti sekolah, cuti am, cuti semester, dan lain-lain cuti yg wujud di Malaysia ni. Malaysia kan banyak cuti. Kekeke).

suara said...

Bluehoney...
A B C D... tiba-tiba ada bintang bertaburan kat atas kepala kak su nih. Pening sbb tertukar-tukar. Hehehe...

Sama-sama lely. Bila pendapat kak su diminta, itulah yg diberikan. InsyaAllah, kalau lely nak tanya apa-apa, tanyalah. Jangan segan. Kak su cuba jawab sekadar yg termampu. :)

alqasam said...

Salam

Kak Su,

Bila sudah berkahwin baru sedar betapa Rahmahnya sebuah perkahwinan dalam kehidupan seorang hamba.

Walau pelbagai ujian yang ada juga kepelbagaian tujuan manusia berkahwin antara yang paling dipegang ialah kalam Habib Ali AlJoofre seorang ulama terkemuka Yaman.

" Perkahwinan yang mulia sekali ialah perkahwinan yang dibina untuk mengembirakan Nabi saw. Membina bait muslim yang Nabi banggakan." Bukan sekadar menundukkan nafsu.

Allahua'lam.

Semoga teman kak Su temui jalan keluar.

suara said...

AlQasam... Salam dik...
Haaa... dah kawin baru tahu, kan? Sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan bila berkahwin. Tapi ia bergantung kepada bagaimana kita melihat dan menangani perkahwinan tu.

Memangnya insan berkahwin kerana keinginan tertentu. Keinginan yg berbeza dan ia menjadi penyebab kepada terzahirnya satu ikatan. Kak su teringat artikel ni yg mana kak su ambik inti utamanya dan letakkan di blog kak su yg satu lagi sbg ingatan.

Ya... semoga Allah membantu teman kak su tu.