Nov 14, 2008

Berbicara dengan DIA... fahamkah kita?

Berapa ramai yang menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian? Fahamkah kita maksud setiap ayat suci yang dibaca? Memangnya berapa keratkah dari kita yang menjadikan bacaan Al-Quran sebagai hidangan yang harus disantap oleh mata, dikecap di bibir, dihalwakan ditelinga sepertimana hidangan makanan yang disentuh setiap hari?

Bila Al-Quran disentuh seminggu sekali, dimana Yaasin dibaca dimalam Jumaat. Mungkin ada yang berkata, "Cukuplah tu. Dah baca Quran, kira ok lah tu, daripada tak baca langsung!"

Malah ada yang berkata, "Sembahyang pun kira macam dah baca Quran jugak kan?"

Membaca Al-Quran hanya dalam solat? Mana cukup! Apatah lagi ayat yang dibaca biasanya hanyalah ayat-ayat pendek yang sama setiap hari. Itupun kalau solat, kalau tak solat?

Gusarnya hati bila melihat masyarakat kini semakin mudah terperangkap dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab sehingga dirasakan tak cukup 24 jam sehari. Resahnya jiwa bila ramai yang berkata mereka sedar kematian semakin hampir tapi bekalan tak seberapa. Lalu, kenapa dibiarkan saja?

Di dalam solat ataupun di luar solat, kita sepatutnya sentiasa menyebut dan mengingati Allah. Membaca Al Quran tanpa memahami apa yang dituturkan, bukankah ia seolah menanam padi, berbuah tapi tak berisi? Mungkin ramai yg dah khatam membaca Quran, paling tidak sekali dalam hidup. Tapi berapa ramaikah yang khatam membaca terjemahan Quran, sehingga mampu memahami setiap cabang dahan dan ranting tafsiran?

Membaca dan memahami itu penting untuk memastikan apa yang dibaca itu meresap ke jiwa. Ibarat menatap kisah lama yang penuh bermakna atau membaca novel bahagia bersulam lara. Tanpa sedar, pipi basah tanpa mampu diseka. Bukankah itu menunjukkan pentingnya memahami apa yang dibaca? Tak mungkin airmata akan bergenang kalau hati tak mampu menghayatinya.

Al-Quran. Sejauh mana kita memahaminya? Seharusnya kita berusaha untuk mengkhatamkan terjemahan Al-Quran. Jika dapat membaca kitab-kitab tafsir Al-Quran, itu lebih baik. (Terjemahan dan tafsiran adalah dua perkara yg berbeza. Untuk tafsiran, sebaiknya mengikuti ceramah atau kelas tafsiran yang dikendalikan oleh Ustaz yang bertauliah.)

Bila kita memahami dan menghadamkan apa yang dibaca, ia memberi banyak kebaikan dan memberi kesan positif pada diri. Dan kegagalan menghayati bacaan kitab suci itu, mungkin membuatkan pembacanya hilang 'kekebalan' diri. Kebal yang dimaksudkan ialah ketahanan diri dari ujian Tuhan dan kejahatan syaitan.

Paling penting, bila kita memahami ayat-ayat suci yang dituturkan (terutama semasa solat), ia akan membantu mempertingkatkan kekhusyukan. Semasa berdoa dan meminta ampun dari Allah, seharusnya setiap ucapan dilafazkan dengan penuh perasaan. Tapi, bagaimana jika kita tak mampu memahami apa yang didoakan? Mahukah Allah memberi perhatian pada buah bicara kita dan mengabulkan apa yang diminta?

Membaca Yaasin setiap malam Jumaat seolah satu tradisi pada masyarakat kita. Kenduri arwah Yaasin dibaca, anak nak exam, air dari bacaan Yaasin diberikan, nak naik rumah baru, Yaasin juga yang dipilih! Sedangkan banyak sekali surah-surah lain yang baik, boleh dan perlu dijadikan amalan.

Surah Al-Waqiah (bacaan murah rezeki), surah Al-Mulk (bacaan harian yang amat digalakkan), As-Sajdah, Ad-Dukhaan, Al-Kahfi (bacaan paling baik untuk menghiasi malam Jumaat) dan banyak lagi.

Ramai yang tak tahu surah Al-Baqarah mampu menghalang jin dan syaitan dari memasuki rumah. Tapi bukannya dengan sekali bacaan, 'benteng ketahanan' itu kekal sehingga bila-bila. Ia hanya mampu menjadi pendinding untuk 3 hari saja. Dan ia perlu dibaca lagi. Dan lagi... dan lagi... Dan itulah sebaiknya.

InsyaAllah, jiwa akan tenang bila sering mengungkapkan kalimah suci milik Allah Ar-Rahman. Damai akan bertandang bila mengalunkan ayat-ayat suci pemberian Al-Wahhaab. Bahagia itu pasti milik diri bila mendekatkan diri pada Allah Al Waduud, Tuhan Yang Maha Pencinta.

Bacalah Al-Quran. Jadikan ia santapan nurani, makanan hati, minuman jiwa dan cicipan minda. Istiqamah dalam amalan dan fahami apa yang dibaca. Itulah yang sebaiknya.

Nota : Di ambil isinya dari ceramah oleh Ustaz Mohd Nizam Abd Kadir (Pensyarah Jabatan Bahasa Al-Quran UIA) dalam slot Bicara Ad-Din (8 Sep 2008, 6.45 - 8.00 pagi) bertempat di MSSAAS, Shah Alam.

28 comments:

Tie said...

Betul, su... Kita leka dlm mengejar duniawi lalu kepentingan yang sebenarnya kita abaikan. Moga2 kita semakin sedar dan terbuka hati untuk berubah dan memperbaiki.

suara said...

Manusia mudah lupa tie (ayat yg sering su sebut utk mengingatkan kelemahan diri. huhu...). Dan kita harus saling mengingatkan, saling mengajak berbuat kebaikan dan berpegang kepada kebenaran.

Su mmg harap ada teman-teman yg akan beri teguran jika su keterlaluan. Tie tegur su ye, kalau su ada tulis sesuatu yg salah.

e-leeyana said...

aduh kak su, sungguh terpana sy seketika..muhasabah diri..dalam ayat2 yg dibaca hari2 dlm solat sekalipun, fahamkah kita? atau sekadar lancar di bibir tidak di hati? setelah bg salam, tamatlah ia begitu sahaja..

Ibnurashidi said...

Syukran di atas muhasabah..
Sebenarnya saya lebih suka kak su menulis begini dengan tatabahasa yang betul. Kalau sms style kurang menyengat ke dalam sanubari..

ryann said...

buat saya mahu mendalami

Sufi Idany said...

kak su.... ni mmg diri manusiakan.... mudah lupa.... sakng ni ngan ngaji merangkak2 kak.... kalu nenek dgr bacaan ngaji skang ni mahu kena luku ari2.... byk salah dari betulnya....

Ustazah penah bgth Al-Waqiah bagus utk di amalkan....slalu amal Al-Waqiah, Al-Mulk n Ar-rahman selain Yaasiin. yang lain tu bacaan merangkak2 laa kak sue. Maklong suh ida selalu baca Al-kahfi tiap2 minggu sebelum berakhirnya JUmaat.... elakkan dri dan pelindung dari dosa sehingga jumaat yang akan datang.... semoga dapat sama2 kita tampal mana2 ruang yang compang di hati n jiwa kita.....

terima kasih kak sue...

Wan Nurul Adila Wan Na'am said...

salam kak su~

menarik isu yang kak su bawa ni. kita memang kena selalu ingat-mengingati akan hal ni. ramai yang terlepas pandang yang Al-Quran ni 'hadiah' terindah dari ALLAH untuk kita.

teringat satu artikel yang dla baca dalam majalah ANIS [tak ingat keluaran bila]. Al-Quran ni ibarat surat cinta dari Kekasih Agung untuk kita. alangkah ruginya kita bila baca ayat-ayat cinta tu, tapi kita tak faham maksudnya. ruginya!

p/s: bila dla boleh buat housekeeping kat rumah kak su ni? nak secret recipe mee goreng mertuaku tu! hihi

suara said...

e-leeyana...
Kita harus sentiasa berusaha untuk perbaiki amalan kita. Dan kak su teringat salah satu ceramah lain yg ada menyebut, antara doa yang tak harus ditinggalkan ialah meminta agar Allah membantu memperbaiki amalan. Jangan sampai pengucapan kita pada Allah ibarat menanam tebu dipinggir bibir...

suara said...

ibnurashidi...
afwan.
InsyaAllah, kak su akan cuba menulis dgn cara yang betul. Tapi tu lah... adakala dan ada ketika, tangan ni gatal nak cuba menulis bahasa sms. :)

=================
ryann...
Alhamdulillah.

suara said...

sufi idany...
"Sesiapa yg boleh baca Quran, tak seharusnya berpuas hati dgn kebolehan itu. Jika tak istiqamah dalam membacanya, kebolehan yg ada akan hilang terkikis oleh masa. Tahu tapi tak lancar."

Itu bukan kata-kata kak su, tapi kata-kata ustaz tu, berdasarkan pengalamannya. Kak su pun terasa jugak. Sebab pernah melalui fasa kesibukan yg melalaikan diri dari menjadikan bacaan Al-Quran sebagai santapan harian.

Jika tak selalu dibaca, mmglah gagap. Apa yg kak su buat ialah, kak su baca setiap hari 1 atau 2 muka surat, dan insyaAllah, dlm masa setahun, pasti boleh khatam. Dan ulang lagi. Surah-surah yg digalakkan tu, kak su baca slps bacaan 1-2 m/s tu. Tak lama sbnrnya baca 1 m/s. Tak sampai 10 min pun. Ida cubalah amalkan. Bila dah jadi amalan, pasti rasa rindu jika tak baca sehari. :)

kamar hati said...

tq, tuk perkongsian ilmu kak... (",)

suara said...

Nurul Adila...
Salam dik sayang.

Al-Quran. Pasti dunia ini lebih bermakna jika semua orang menganggap ia sebagai surat cinta terindah dari Allah buat kita.

Novel paling menarik yang harus diulang baca, lebih dari novel Ayat-ayat Cinta.

Lagu-lagu bacaannya adalah alunan paling merdu yang sesuai didengar dan diperdengarkan sepanjang masa.

Psstt... Dla nak resepi mee goreng mertuaku sbb nak masak untuk bakal mertua ke? Boleh aja. Datang je rumah kak su bila-bila masa. Mop dan penyapu dah sedia menunggu. (utk house keeping le) hehehe... ;)

suara said...

kamar...
Sesama. Moga kita saling memanfaatkan. :)

kak sepi said...

mekasih su.... sangat memberi menafaat....

suara said...

kak sepi...
sama-sama kak. :)

Mak Su said...

tq for sharing

Sufi Idany said...

Kak su.... terima kasih.... ida pgg nasihat dan pesanan akak ni...

sedey kan... kita bleh abih kan membaca novel atau buku2 lain tapi merangkak-rangkak utk abihkan Alquran. ini ingatan utk diri ida....

sesungguhnya apa2 yang kita buat bermula dengan niat.... baik niat kita indahlah gnjaran yang menanti...

suara said...

maksu...
Sesama. Kita kongsi apa yg termampu.

==================
Sufi Idany...
Sama-sama Ida. Kak su pun selalu ingatkan diri. Bimbang gak. Sbb manusia mudah lupa... manusia boleh berubah. Dan kak su cuma harapkan perubahan kearah kebaikan. Utk kak su, Ida dan teman-teman yg lain.

Teringat kata-kata seorang teman. Apapun perkara, bermula dgn niat, pastu sebut, pastu buat. Niat yg baik-baik je... sebut dan laksanakan. InsyaAllah, Dia akan membantu. :)

arsaili said...

salam..renungan yg baik

samdaddycool said...

Insyaallah.. Ku tersentakdengan post ini... memang kutahu amalannya, kutahu fadhilatnya dankutahu hukumnya...

Tapi manusia mudah lupa..

terima kasih kerana ingat mengingati..

BalQis said...

Salam kak su,

Yep, couldn't agree more with you...
tazkirah yang terkesan!

Terasa kena sambar petir jer, huhu...

kamar hati said...

akak...dtang blog kamar ye...ada something... :)

Cik Zura said...

sungguh berguna dan sungguh bermanfaat, terima kasih...ini penringatan panduan untuk sume.. bukan senang nak mencari ilmu tuhan kalaupun senang mencari, tidak senang jugak untuk memahami...

Tirai Hidup said...

Su sila amik award otak kreatif....jom pantun su...rindu pantun!!!

suara said...

Salam arsaili...
Renung.. jgn tak renung... :)

==================
Samdaddycool...
Amalan ingat mengingati tu adalah amanah Allah dan tanggungjawab kita semua. Saya cuba melaksanakan apa yg termampu. Moga ada kebaikan yg mampu diberi.

==================
Salam Balqis...
Kalau hati terasa seolah kena sambar petir, bagus gitu. Jangan badan kena sambar petir... Nanti hangus. Hehe

suara said...

Kamar...
Ada something? Cheese cake ke? Wokeh, nanti kak su p ambik ye! ;)

=================
Cik Zura...
Mencari dan memahami, yg penting kena usaha, kan? Thks abb singgah. :)

=================
Tirai hidup aka Lawa
Waahhh... su dapat award? Tak de majlis penyampaian ke?

Nak pantun? InsyaAllah. Tak kan rindu pantun je. Su ni, kau tak rindu ke? Kekeke

Madu Warna Biru said...

Ya Allah , mana jauh aku menyimpang.. mana jalan yang aku lalu..

simpang jauh lely kak! =(

suara said...

Lely my dear....
Walaupun masa tak mampu diundur, tapi kita selalu kena ingat; jika sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan. Dan untuk balik ke laluan kebenaran, kita harus berusaha berjalan atau berlari, bukan menunggu.