Assalamualaikum...
Sabtu lepas, di Masjid Negeri Shah Alam (MSSAAS) saya menyertai majlis ilmu yang dihadiri oleh Datuk Dr Fatma Az-Zahra. Majlis yang diadakan setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan anjuran Unit Mubalighat memang memberikan banyak pengetahuan dan ilmu yang amat berguna untuk diamalkan.
Datuk Dr Fatma boleh ditemui dalam banyak rancangan agama terutama tafsir Quran seperti di dalam rancangan Usrah di TV9. Sayangnya saya memang tak dapat mengikuti rancangan tersebut kerana ia ditayangkan diwaktu kerja. Jadi kesempatan bertemu beliau setiap Sabtu awal bulan di MSSAAS memang saya tak mahu lepaskan.
Memang banyak yang menarik untuk dikongsi. Kalau nak ditulis semuanya, memang panjang, ditambah lagi dengan stail penulisan saya yg tak tahu nak buat ayat pendek. Bimbang ianya jemu dibaca. Kerana itulah apa jua yang saya rasakan menarik dan berkesan dijiwa, saya cuba serapkan dalam bentuk cerpen dengan harapan ia tidak membosankan jika ada yang sudi membacanya.
Berbalik kepada ceramah oleh Datuk, antara yang menarik dalam ceramahnya ialah tentang hidayah. Selalu kita dengar seseorang berubah setelah mendapat hidayah dari Allah. Bila Allah telah buka pintu hati seseorang, maka berlakulah perubahan dari segi sikap dan penampilan. Dari yang tak bertudung, berubah kepada bertudung. Yang dulunya selalu pakai skirt dan seluar, kini fesyennya lebih kepada baju yang longgar seperti baju kurung. Yang selalu cakap kasar, komplen itu ini dengan mak ayah/suami/isteri/anak-anak, sudah mula bercakap sopan dan lembut serta bersikap lebih bertolak ansur. Yang tak pernah sembahyang dah mula cari sejadah dan banyak lagilah perubahan yang positif yg membawa kepada kebaikan.
Katanya, hidayah perlu dicari, diusahakan dan didoakan agar sentiasa terjaga. Kita tak seharusnya menunggu saja hidayah itu diberikan oleh Allah, kita harus meminta dan Dia akan berikan. Mintalah supaya hidayah diberikan pada diri sendiri, untuk ahli keluarga, saudara mara dan teman-teman. Jangan sayang pada 1-2 minit masa yang kita habiskan untuk merayu pada Allah kerana Allah yang memberikan masa pada kita.
Saya teringat salah satu ceramah oleh Ustaz Akil Hayy (tak ingat tajuk) yang mana dalam ceramah tu beliau ada bercerita tentang hidayah dan perubahan yang berlaku pada dirinya. Menurutnya, doa dari mak ayah mungkin antara penyebab dia tergerak hati untuk berubah. Dan saya yang dah lama tak ada mak ayah, mungkin mendapat doa dari orang-orang yg terdekat dengan saya, yg menyayangi saya.
Kita hidup dalam keluarga dan masyarakat, lalu jangan pentingkan diri bila berdoa. Selain berdoa untuk diri sendiri, doakan juga untuk orang lain, walaupun untuk orang yang tak kita kenali seperti saudara seagama kita di bumi Palestin, orang yang mungkin membenci kita atau orang yg kita benci seperti Bush. Tapi doa tu biarlah kena dengan cara dan situasinya...
Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita punya sebab tertentu. Saya selalu cuba untuk mengingatkan diri bahawa bila ada dugaan yg dihadapi, ianya tentu peringatan dari Allah kerana saya lalai dan leka. Kerana itulah, sebaiknya sebelum tidur, luangkan masa untuk meneliti perjalanan hidup, berfikir dan kemudiannya berazam untuk memperbaiki.
Perlu kita ingat bahawa setiap masa syaitan akan cuba untuk membenihkan perasaan 'jahat' dalam diri yang wujud akibat dari nafsu yang tidak terdidik. Datuk Dr Fatma ada menceritakan tentang jenis-jenis nafsu dan bagaimana nak mendidik dan mengawal nafsu melalui doa. Rasanya itu akan saya kongsikan dalam entry yang akan datang. InsyaAllah...
Ish... Ini dah macam entry dalam blog 'ilmu dicari perbaiki diri'... (blog saya yg lagi satu.)
Saya dalam tempoh percubaan untuk menulis dengan pendekatan yang baru, cara yang berbeza dengan corak penulisan saya sebelum ini. Maafkan saya andai ada kekurangan kerana dalam diri saya memang wujud kelemahan yang tak akan saya nafikan. Saya masih berusaha memperbaiki diri dan tujuan utama saya menulis adalah untuk mengingatkan diri dan juga teman pembaca. Semoga dengan begitu, sedikit ilmu yang saya kutip tak akan hilang terbenam ke dalam diri sehingga tak dapat dicungkil lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Su...terima kasih berkongsi ilmu, banyak yg dipelajari dari tulisan su nih
Sama-sama kak...
Kita kena belajar selagi masih ada hembusan nafas. Su belajar ttg banyak benda dan sering mengaitkannya dengan kehidupan. Su menulis agar su tak akan lupa dan jika su lupa, harapnya ada teman yg akan mengingatkan su kembali...
SubhanaAllah...
Benar hidayah itu harus dicari dan dpertahankan dengan ibadah yang baik..sehingga ruhiyah tetap terjaga...
Dan tepatlah do'a kedua orang tua adalah kunci kehidupan seorang anak...bukankah Ridho Allah terdapat Pada Ridho nya orang Tua....
SubhanaAllah...
Jazakumullah....atas tausiyahnya....
afwan.
semoga kita sama-sama menjaga ibadah agar hidayah itu tetap dimiliki dan keinsafan itu kekal di hati. :)
Post a Comment