Jun 13, 2008

Demi Masa...

Pagi ini semasa dalam perjalanan ke office bersama teman sepejabat, sekadar memenuhi ruang masa saya berkata; "I wish today is Friday."

Dia memandang saya dengan pandangan yang pelik. Kemudian mengalih pandangan kembali ke jalan raya.

"Memang hari ni Friday pun." Katanya.

"Hah...? Friday erk?!!.." Terkejut. Rasa macam tak percaya masa begitu cepat berlalu dan Jumaat telah datang lagi.

"Ye lah. Ada ka patut, hari pun boleh lupa." Katanya sambil tergelak. Saya jadi malu sendiri bila mengingatkan betapa saya menunggu hari Jumaat tapi kelalaian saya mengingati hari menunjukkan sebaliknya.

"Hehe... Alhamdulillah, syukur pada Allah. Dia dah kabulkan doa saya. Cepat pulak tu." Balas saya sambil mentertawakan diri sendiri. Dia turut tergelak kecil.

Kenapa saya boleh sampai lupa hari ni hari apa ya? Sedangkan saya tahu semalam hari Khamis sebab saya berpuasa. Tapi bangun pagi ni, minda saya seolah memberitahu bahawa hari ini hari Khamis.

Aduhai... Mungkin saya sudah tua (macam tak nak ngaku je, tak sedar diri tuh... hehe). Sel-sel otak saya sudah lemah untuk mengingat, walaupun ianya saya lalui setiap hari.

Masa sekolah dulu, tak pernah saya lupa hari apa, sebab saya akan menulis hari dan haribulan setiap kali mengambil nota yg guru berikan. Bila sudah kerja, saya tak lupa hari tapi kadang tu haribulan terlupa jugak. Semasa saya menganggur, saya memang lupa terus soal hari dan haribulan.

Kini bila dah kembali bekerja, saya boleh lupa hari ni hari apa... Bukankah itu menunjukkan saya semakin menjadi manusia pelupa? Dan orang pelupa ni biasanya orang yang dah tua. Mungkin juga kerana banyaknya dosa yang telah malaikat Atib catitkan, maka nikmat ingatan yang Allah berikan pada saya telah semakin hari semakin berkurangan. Kalau begitu, semestinya saya perlu berusaha dan istiqamah untuk menambahkan lagi amal ibadat sebab masa dan hayat semakin singkat...

'Ya Allah... ampunilah daku kerana kelalaianku menghargai masa yang Kau berikan... Bantulah daku mengatasi kelemahanku ini kerana sesungguhnya hanya Engkau yang mampu menolongku...'

6 comments:

Akak said...

Salam Su..

Akak punya tahap kelupaan lagi dasyat, duit dok lam kocek pun meroyan cari satu rumah... Memang
dah tua pun "TERPAKSA" lah mengaku..

ze said...

benar kan masa berlalu ibarat kerlipan mata [kata seorang sahabat pd sy...]

suara said...

Salam
Akak...
banyak sangat kocek tu, pasal tu lah jadi cam tu. hehe

Sepi...
tak benarkan pun, masa akan berlalu jugak, kan?

Anonymous said...

salam
dasat ye hari pun dh lupa ek..
*best baca entry2 kat sini ;)

Unknown said...

Salam Su...
Memang Su... masa cepat sangat berlalu sekarang ni. Tapi Su, ada masanya masa lambat berlalu. Ada sekali tu, OD dok cuci rumah, tengok baru tiga jam dah habis cuci seluruh rumah. Selalunya, it takes one whole day. Terkejut juga tapi ucap syukur sebab ALLAH lapangkan masa hari tu. Itulah agaknya maksud kata-kata tu, ye?

suara said...

salam

azis... memang dasat pun. nasib baik cepat sedar/tahu, kalau tak mesti esoknya heran sbb pintu opis tutup. huhuhu...

OD... Alhamdulillah, kelapangan tu adalah nikmat yg Allah berikan pada kita supaya kita ada masa untuk menyebut namaNya, mengucap syukur dan berterima kasih padaNya.

Masa lambat berlalu tu selalunya adalah untuk orang yang menunggu. OD dok tunggu anney balik kot masa tu. Penantian orang merindu ni mmg lain tau... hehe