Feb 5, 2008

Mahu yang baik...?

"Amboi, lepak je memanjang. Tak baca buku ke?" Aku menegur bila melihat dia terbaring leka mendengar MP3nya. Aku melabuhkan punggung di birai katil.

"Alah... Sekarang ni kan cuti semester, tak kan nak baca buku lagi. Relaks lah." Jawapan yang telah aku jangkakan.

"Laa... buku yg dibaca tak semestinya buku yang nak exam je. Abih exam, bacalah buku lain pulak." Aku dah mula rasa nak membebel. Lagipun dah lama sangat aku tak borak dengan anak buah yang sulong ni.

"Nak baca buku apa?" Tanyanya ringkas.

"Buku yang macam buku AJie bagi Su hari tu?" Aku cuba mengingatkan yang dia pernah bagi aku buku setebal 2 inci berkenaan dengan hadis nabi untuk di jadikan bahan bacaan.

"Buku apa?" Adoi... hilang ingatan la pulak anak buah aku nih...

"Buku agama, lah. Tak kan bagi buku kat Su tapi AJie sendiri tak baca." Kepalanya yang berambut kasar dan lebat itu aku usap.

"Erm..." Tak terbalas kata aku agaknya.

"Su tengok AJie dah tak macam dulu lagi. Anak buah Su yang hari tu suka bercerita tentang topik-topik berkenaan agama dah jadi lain pulak sekarang ni. Kenapa ni?" Aku meluahkan rasa tak puas hati melihatkan perubahannya.

"Tak de apalah..." Jawabnya malas.

"Mak we apa khabar?" Aku cuba untuk mengumpan topik perbualan.

"Mana ada makwe. Mengarut je lah." Malas nak layan soalan aku agaknya.

"Hari tu, AJie ada cerita kat Su pasal budak yg ambik medik tu. Jadi tak dgn dia?" Aku masih ingat lagi dia pernah menyebut tentang kawan perempuannya. Pasti ada sesuatu yang boleh dicungkil.

"Malaslah nak tunggu dia lagi. Dah 3 tahun. Cukuplah. Orang tak nak kat kita, buat apa nak tunggu." Uih... agakan aku telah mengena. Budak perempuan tu punya pengaruh yang besar ke atas AJie

"Kenapa pulak AJie rasa dia tak nak?" Aku cuba mencungkil lagi.

"Yelah, kita ni bukannya baik sangat. Dia tu pulak pakai tudung labuh, alim. Mana naknye kat kita ni." Ada nada kecewa kedengaran.

"Macam tu pulak. Orang kata, kalau nak yang berharga, kena sabar tau. Kena usaha lebih."

"Dah usaha lebih dah. Tunggu sampai 3 tahun, tak sabar lagi ke tu?" Balasnya pula.

"Fuh.. Dahsyat tu... Dah cuba memikat budak tu selama 3 tahun rupanya..." Aku mengusik.

"Biarlah. Malas nak fikir tentang dia lagi. Mungkin dia nak cari orang yg lagi alim, lagi baik dari AJie sbb tu lah dia tak nak terima." Kesianlah pulak aku mendengarnya.

"Erm... rupanya hari tu bila AJie jadi baik sgt dan selalu bercakap ttg hal agama, rupanya ada niat lain erk. Berubah jadi baik sbb nak pikat makwe rupanya." Dia terperangkap. Aku rasa ada sesuatu yang perlu aku sematkan didlm fikirannya. Pesanan untuk dia sebelum dia pergi lebih jauh melayari kehidupan yang entah bagaimana coraknya.

"Ok, dengar cakap su ni...." Aku membetulkan suara sebelum bersyarah panjang.

"Su suka dengan perubahan AJie sebelum ni. Berusaha untuk berubah jadi lebih baik memang digalakkan. Selama ni, budak perempuan tu telah menjadi motivasi untuk AJie berubah dan memperbaiki diri. Su bersyukur dan berterima kasih pada dia tapi sebaiknya AJie perlu berubah kerana Allah... kerana keinginan sendiri yg mahu jadi orang yang baik dan berilmu, bukan kerana ada niat lain. Kita harus sentiasa berusaha untuk jadi org yang bukan saja ada ilmu dunia, tapi juga ilmu akhirat."

"Su tahu AJie dah besar panjang, dah mula berfikir tentang perempuan, ttg pasangan hidup. Su tahu, semua org mahu dpt pasangan yang baik untuk dirinya sbb mana ada orang yg nak kawin dgn org yang jahat, kan. Tapi Su nak ingatkan awal-awal lagi, jangan keterlaluan sgt dalam soal cinta ni. Masa utk fikirkan ttg jodoh masih panjang, masih ramai yang akan AJie jumpa nanti. Tak tahu siapa yang akan dipasangkan dgn AJie nanti. Hanya Allah yang tahu siapa yg terbaik yang Dia nak padankan dengan diri kita. Budak yang AJie tunggu tu mungkin baik, sopan santun dan alim pulak tu, tapi mungkin dia bukan yang terbaik untuk AJie. Sebab tu lah Allah tak buka pintu hatinya untuk terima AJie." Aku berceramah lagak kaunselor. Dia hanya mendengar tanpa mencelah walau sedikitpun.

"Jangan tergesa-gesa. Belajar dulu. Itu tugas utama yang AJie perlu lakukan sekarang ni. Kalau nak cari yang baik, perbaikilah diri dulu, insyaAllah, akan di temukan dgn orang yg baik jugak nanti. Lagipun AJie kan lelaki, patutnya ada ilmu yg lebih kalau nak diri dihormati oleh isteri nanti. Rasanya tentu pernah dengar orang cakap, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kalau benar kata-kata itu, berusahalah untuk menjadi orang yang lebih baik, semoga jodoh AJie nanti adalah seperti yang diidamkan, walaupun bukan budak medik tu." Aku berhenti seketika untuk melihat reaksi dia. Namun hanya kebisuan yang mengisi ruang masa yang aku berikan.

"Selalu baca doa 12 pembuka pintu, sebab dalam doa itu ada juga doa untuk ditemukan dengan cinta sejati. Itu doa yang diberikan oleh Datuk Dr Fadhilah Kamsah masa Su pegi dengar ceramah dia dulu." Entah apa yang aku cakap masuk ke dalam mindanya atau hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Aku hanya berusaha memberi ingatan, memberi sedikit panduan agar dia tak hilang pedoman dalam usaha mencari pasangan yang diimpikan. Waktu remajaku dulu, aku hanya berpandukan suara hati, tak ada yang menasihati. Namun aku percaya bahawa Allah telah memberikan yang terbaik untuk diriku, sesuai dengan apa yang ada pd diriku dan aku bersyukur atas segala pemberianNya.

Dia merenung jauh. Entah apa yang difikirkannya. Entahkan sekarang ini telah ada insan lain yang cuba di dekati tapi masih dirahsiakan. Biar siapapun pilihannya, aku mengharapkan agar dia sentiasa menjadikan hukum Allah sebagai garisan yang perlu dirujuk bila membuat sesuatu keputusan. Aku hanya mampu berdoa agar apa jua yang Allah sediakan untuk dia, adalah yang terbaik untuk dirinya.

2 comments:

Saladin Convoy said...

Salaam!

Haha, bertuahnya dia kerana dapat ibu saudara yang tersangat prihatin!

Tiga tahun menunggu ya? Lama jugak tu, tapi rasanya tak selama saya, ahahaha! Err... tapi itu kisah lama, dan dia tak berstokin!

Oh, dia "berubah" sebab berkenan kat individu itu, dan kemudiannya "kecewa" sebab rasa macam ianya tidak "berbaloi" ya?

Saya rasa macam saya faham dengan perasaan dia, cuma bezanya, mujurlah saya tak cuba "berubah" menjadi orang lain, sebab saya rasa saya dah selesa dengan keadaan diri saya (masih boleh diperbaiki, itu sudah pasti) yang rasanya boleh dikatakan okaylah juga, hehe!

Saya harap nasihat akak kepadanya tu masuklah ke dalam sanubarinya. Mungkin kalau dia "melawan" pada saat itupun, ianya disebabkan oleh "ego" (saya pun macam itu jugak, heh!) tapi jauh di sudut hatinya, kalau dia fikir balik, dia akan renung balik dan terima apa yang diperkatakan kepadanya tu.

Seronok baca kisah beliau ni, sikit sebanyak saya boleh relatekan kisah ini dengan "situasi" yang saya alami. Temanya hampir sama, cuma ceritanya berbeza la. Apahal pun, tenkiu sebab ianya telah secara tak langsung "menasihatkan" saya serba sedikit. ;)

P/S: Sekali imbas, kisah ini bunyinya macam plot cerita filem/sinetron KIAMAT SUDAH DEKAT! Err... tapi cerita dalam KSD itu pastinya lebih ekstrim (dan lucu) la, namapun cereka komedi kan, hehe...

suara said...

Salam...

Ya Allah... Kak Su baru perasan Saladin tinggalkan komen kat sini. hehehe.

Ooo... ada kisah lama dgn gadis tak berstokin ya! Hehe... Tapi jangan serik tau. Mana tahu mungkin nanti boleh dapat yg berstokin. :-)

Kebanyakan cerpen yg dihasilkan mmg cuba diselitkan sedikit unsur nasihat. Sebab target menulis ialah berkongsi dan mengambil pengajaran. Harapnya yang baik jadikanlah tauladan, yang buruk jadikanlah sempadan, mintak dijauhkan dari kehidupan kita semua...

P/S : Macam plot KSD erk... tak tengok pun cerita tu... huhu