"Apa maksud kau?" Farid menyoal kembali sambil memandang terus ke mata temannya itu, mengharapkan diberi sedikit huraian untuk soalan yang tiba-tiba tersembur dari mulut kawannya itu.
" Setiap orang ada falsafah hidup yang dipegang, dan cinta adalah satu dari cabang laluan yang mengisi kehidupan. Jadi tentunya kau ada pegangan tersendiri bila bercakap tentang cinta, ada falsafah cinta yang kau jadikan pegangan." Jelas Mirhad.
"Falsafah cinta kau?" Farid memulangkan soalan yang sama.
"Hahaha... Macamlah aku ni dah ada calon. Aku pun macam kau jugaklah. Erm... Kalau boleh, kita jgn sempitkan istilah cinta. Cinta ada dimana-mana. Ia ada dlm setiap langkah yang kita atur, setiap apa yg kita buat, setiap keputusan yg kita pilih. Sedar atau tidak, semua tu berlaku kerana cinta. Cinta pada harta dunia, lalu ada orang yg berusaha mengejarnya sehingga sanggup mengorbankan masa dan tenaga. Sedari kecil kita telah diajar untuk untuk menyintai ilmu, belajar sehingga keluar negara, itupun cinta sebenarnya. Cinta pada kebersihan, kerana itu kau mandi setiap hari. Dan kerana kau mandi dan bau wangi, aku boleh duduk dekat dgn kau... kalau tak mesti aku dah cabut lari. hahaha...." Farid sedar topik ini satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Falsafah tentang cinta terlalu banyak dan ianya hanya sesuai untuk sesetengah keadaan sahaja. Tidak ada satu falsafah yang dia temui yg di rasakan benar-benar bertepatan dgn apa yang digambarkan difikirannya.
"Ceh... ada ke bagi contoh macam tu..." Mirhad juga turut tergelak kecil.
"Itukan contoh... apa-apapun boleh bagi per. hehe." Dia tergelak lagi, kemudian menyambung dengan suara yang lebih serius; "Sebenarnya byk lagi contoh ttg cinta yg wujud setiap masa dan ketika. Sebab tulah aku cakap hidup kita penuh dgn cinta. Itu tak masuk lagi cinta yang paling abadi yang kita perlu sirami setiap hari, cinta Allah. Kita hidup dan bernafas adalah kerana cinta Allah pd kita."
"Erm..."
"Kerana cinta, manusia boleh bangkit dan berkuasa. Kerana cinta juga manusia boleh jatuh, menderita dan mati kerananya." Air tembikai yang tinggal separuh, dihirup lagi.
"Memangpun. Tapi kau jawab lagi soalan yg aku tanyakan tadi. Aku nak tahu falsafah cinta kau, itupun kalau ada lah."
"Bagi aku, cinta itu bersebab dan cinta aku bersyarat." Farid berkata sambil merenung jauh.
"Mestilah cinta tu bersebab... Orang tak akan jatuh cinta tanpa sebab, kan. Tapi cinta kau bersyarat? Apa maksud kau?" Mirhad kelihatan sedikit keliru.
"Yup. Cinta aku bersyarat. Orang mudah terharu kalau disebut cinta tanpa syarat, tapi aku lain, cinta aku bersyarat. Aku tak perlu buat orang terharu dan aku tak kisah orang terharu atau tidak, sebab hakikat cinta aku jelas berpijak di bumi realiti. Itu yang penting."
"Aku tak faham kenapa kau cakap macam tu...."
"Simple. Aku tak percaya pada falsafah cinta tanpa syarat. Kalau adanya satu jalinan yg bernama hubungan, tak kira apa hubungan sekalipun, adik beradik ke, parent dgn anak, hubungan dgn kawan-kawan ke, bagi aku semua hubungan adalah bersyarat. Apatah lagi cinta antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi kalau cinta suami dan isteri." Jelas Farid
"Uih... dgn aku pun kau nak bersyarat?"
"Ye lah... syaratnya hari ni kau belanja aku makan? Boleh?"
"Oh... aku ingatkan syarat apalah. Ok, kalau itu syaratnya, no problem. Lagipun sebelum ni pun kau yang selalu bayar. Hahaha." Mereka ketawa.
"Kalau dari segi memilih pasangan, boleh aku tahu apa syarat kau? Mesti yg cantik? Yang muda? Yang berkerjaya atau nak yang dok kat rumah je?" Mirhad bertanya lagi.
"Kriteria seperti itu tak penting bagi aku. Untuk pasangan aku, ia boleh disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan. Syarat yg fleksibel. Syarat pokoknya mestilah segalanya berpaksikan hukum Allah. Insyaallah, apa yang aku inginkan, apa yang aku syaratkan, itulah juga yang akan aku berikan."
"Kau nak beri apa? Kau nak mintak apa?"
"Allah menyuruh kita setia pd pasangan, itulah yg aku mahukan. Allah menggariskan kejujuran sebagai satu nilai penting dlm kehidupan, itulah juga yang aku mahukan dari dia. Allah mahukan kita saling mengingatkan dan berpesan-pesan dgn kebenaran, itulah juga yang aku harapkan akan sentiasa berlaku, kerana kita harus ingat, manusia ni makhluk pelupa. Itulah sebabnya Allah jadikan kita berpasang-pasangan, supaya kita boleh saling melengkapkan andai ada kekurangan dan berkongsi andai ada kelebihan."Kata Farid.
"Bila kau sayangkan seseorang, bila kau cintakan seseorang, mesti kau sanggup lakukan apa saja kan, malah akan lakukan apa saja. Pengorbanan tak semestinya di balas dgn wang ringgit atau sesuatu yg boleh dinilai atau di lihat, tapi paling tidak biarlah ada sedikit perasaan menghargai apa yang telah di buat. Contohnya bila seorang isteri sanggup mengorbankan nyawanya bila melahirkan zuriat penyambung keturunan, suami seharusnya membantu bagi membuktikan cinta yang wujud antara mereka. Bukankah itu juga satu syarat? Satu lagi contohnya ialah persahabatan kita. Kalau kau sayangkan hubungan kita, aku harap kau jujur pada aku, jgn tikam aku dari belakang, sesekali temankan aku makan ke, lepak dan berbual ke untuk hilangkan rasa bosan. Itu juga satu bentuk syarat dlm sesuatu hubungan, tapi tentulah aku kena faham jugak keadaan kau. Kalau diizinkan Allah, kita pasti boleh berjumpa macam sekarang ni. Saling berusaha untk faham keadaan kawan, itu juga satu syarat dlm perhubungan, kan?" Jelasnya panjang. Tak mahu kawannya itu salah mengerti apa yang dimaksudkan.
"Erm..."
"Setiap manusia punya kelemahan dan kekurangan. Apa yang lebih sekarang mungkin esok akan kurang. Apa yg kurang sekarang mungkin esok aku boleh lebihkan. Lalu aku tak mahu menjanjikan apa-apa ataupun meminta apa yg aku tahu mungkin hanya sementara. Harta, kemewahan, kecantikan, kesihatan... itu semua sementara. Akan menjadi milik kita jika ada izin Allah. Akupun bukan mencari kesempurnaan kerana kita manusia tak ada yang sempurna, kerana itulah aku hanya letakkan syarat begitu. Erm... Rasanya itulah jawapan yang boleh aku berikan untuk soalan kau tadi, falsafah cinta aku, apa yg aku katakan cinta aku ialah cinta bersyarat." Farid tersenyum sambil menghuraikan.
"Wow! Menarik. Erm... Sebaiknya macam tu lah kan? Alahai... Bila la aku boleh merasa untuk bercinta jugak ni..."
"Buat apa kau nak tergesa-gesa. Biarkan cinta muncul dengan sendirinya kerana Allah akan berikan pd kau bila tiba masanya. Buat masa ni kita jgn bazir masa, kita mulakan dgn menyintai Allah dulu. Ada kata-kata yg menyebut, 'jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.' "
"Betul tu. Aku setuju sangat." Kata Mirhad sambil mengangguk-angguk perlahan.
"Aku pernah baca satu artikel tentang cinta. Dalam artikel tu ada menyebut bahawa cinta ialah rasa yang ada dalam hati dan tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah. Panjang ulasan yg dibuat tentang cinta nafsu dan ianya bagi aku cukup menakutkan. Nanti aku bagi artikel tu kat kau. Tapi yg aku ingat ialah apa yg disebutkan tentang cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah, dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya."
"Cinta sebenarnya bukan untuk antara lelaki dan perempuan je. Cinta ialah perkataan lain untuk kasih sayang. Jadi kalau mengikut pengertian itu, cinta tak mengenal jantina dan kedudukan. Dan cinta yang sebaik-baik cinta ialah cinta yang lahir hasil dari perasaan yang sama-sama cintakan Allah. Ia boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya." Jelas Farid lagi. Itulah yang disenangi oleh Mirhad bila berdamping dgn Farid. Temannya itu jelas mempunyai pandangan yang berbeza, dan selalunya pandangan yang diberi menjurus ke arah pendekatan agama.
Mereka terus berbincang dan berbincang. Segala perhatian, pengorbanan dan kemaafan yang diberikan haruslah dibalas walaupun hanya bermodalkan kesetiaan dan kepatuhan, berbekalkan keikhlasan dan ketulusan, bersumberkan kejujuran dan ketaatan. Andainya syarat yang begitu mudah dan murah tidak mampu dipenuhi, jgn rasa terkilan andai satu ketika kehilangan akan bertandang, sepi akan menjadi teman dan benci akan bertaburan kerana harga satu perasaan tak mampu dinilaikan di mana-mana pasaran.
Ungkapan cinta tanpa syarat, sayang tanpa syarat dirasakan terlalu 'buta' kerana ia tidak berpijak dibumi nyata, Tak ada perkara dalam dunia ini yang wujud atau diwujudkan tanpa sebab dan tanpa syarat. Pengorbanan harus disyaratkan agar dibalas dengan rasa dihargai, kemaafan harus bersyaratkan kejujuran dan cinta harus disyaratkan dengan kesetiaan dan keikhlasan. Andai segala syarat yang tak memerlukan modal itu dipenuhi, barulah kebahagiaan sebenar mampu dirasai dan ketenangan akan menjadi milik diri. Bukankah bahagia itu ialah ketenangan?
4 comments:
cinta.... topik yang tak pernah mati. Bagi kakjie cinta itu cukuplah sekadar keperluan...tiap orang berbeza keperluannya.
Kita tak mungkin dapat mengukur berapa banyak yang boleh dikatakan cukup tetapi jika kita melihatnya sebagai " secukup keperluan"...kita akan tetap bersyukur dgn rasa cinta yang kita ada.
Apabila dewasa dan matang, cinta tidak memerlukan hanya sekadar kata²... cinta tak akan berdiri dengan tersendirinya, dengan hanya satu sebab tunggal..cinta yang matang berdiri dgn rangkuman rasa kasih,sayang, tanggungjawap juga komitmen.
Su setuju dgn kak Jie. Setuju sangat-sangat. Untuk mendapatkan cinta yang matang mesti ada bukan saja perasaan kasih sayang, tp juga tanggungjawab dan komitmen. Tapi satu hakikat yang kita tak boleh nafikan ialah manusia dilahirkan dgn sifat keinginan yg tak terbatas, selalu mencari peluang utk memenuhi kekurangan yang ada, mahu yg lebih dari apa yg telah dimiliki. Lalu berlakulah kisah yang melukakan hati.
Tapi kalau kita kembali pada Allah, Su yakin perasaan "secukup keperluan" yang kak jie katakan itu akan meresap dalam diri dan mampu menyelamatkan banyak hubungan sesama manusia, terutama hubungan cinta dlm rumahtangga. Sebenarnya rasa empati amat penting untuk menjayakan apa jua bentuk hubungan kerana dgn adanya empati, kita mampu memahami keadaan orang lain yang mungkin berhadapan dgn situasi yang kita tak jangka.
Insyaallah, jika diizinkan Allah, su akan paparkan kisah yang dikutip dari pengalaman teman-teman yang su rasa disebabkan oleh keadaan tertentu, mereka melalui satu episod hidup yang sukar dimengertikan oleh kita kecuali kalau kita letakkan diri kita ditempat mereka.
Cinta terhadap manusia adakalanya melukakan, tak banyak sedikit pun pasti ada. Kerana itulah Rabiatul Adawiyah mencurahkan sepenuh rasa cintanya hanya pada Allah, kerana Allah tidak akan melukai hati hamba yang menyintaiNya. Bila menyintai insan melukakan, ubatnya adalah cinta Allah.
Terima kasih atas pandangan yang di beri. Sungguh Su menghargai apa yang kak Jie catatkan disetiap posting yang Su buat. :-)
topik cinta plak su? hmm...cinta, bila ada sume cantik..bila x d atau hilang..sume nampak buruk..hilang semua yg pernah cantik..betapa besar kuasa cinta...cinta ada byk jenis...tafsiran berbeza pada setiap org..yg pasti bahagia bila cinta ada disekeliling kita kan?...
dan alangkah kasihannya..bila seseorang tidak menghargai cinta dan tida cinta dalam dirinya...
A'ah... semoga kita tak akan kehilangan rasa cinta dlm diri kita... tak kisah bagaimana sekalipun tafsiran kita tentang cinta, semoga ia hanya membawa ketenangan dan kebahagiaan dlm diri.
Post a Comment