Jun 6, 2011

Marah?

Saya suka mendengar Radio IKIM sewaktu memandu ke pejabat dan pulang dari pejabat. Segment teka teki, kuiz, motivasi pagi dan topik hari ini adalah antara siaran yang sering menemani saya.

Saya teringin nak menjawab soalan teka-teki dan kuiz serta menyembang tantang topik hari ini, tapi memandu mana boleh ber-sms dan buat panggilan, kan? (Ceh, macam la tak pernah buat. hehehe)

Bila saja masuk pejabat, saya memang tak berpeluang nak menadah telinga mendengar topik hari ini yang diperbualkan. Betulll... dan andai ada peluang pun, saya belum lagi mendaftar untuk akaun fb yang membolehkan saya 'bersuara' di IKIM fb.

Tapi dah lama sangat saya gian nak menulis... dan apa yang saya tulis ini ialah topik basi yang dibicarakan hari Jumaat lepas.

'Apakah kata-kata atau pesanan ibu ayah yang paling melekat dihati'

Ermm... semua orang sebak bila berbicara tentang pesanan ibu ayah, apatah lagi bagi mereka yang telah kehilangan. Termasuk saya.

Satu masa dulu... Kata arwah bila melihat air mata saya bercucuran dek berkecil hati bila dimarahinya, "Mak nak adik ingat ni... Mak marah kerana sayang tau. Mak larang adik buat itu ini sebab tak nak perkara buruk berlaku, tak nak adik sakit nanti. Biar adik menangis sekarang dari adik menangis kemudian...."

Bila dia pergi, tak ada lagi orang yang memarahi saya. Tak ada lagi orang yang berani menegur saya, melarang saya buat itu dan ini, walaupun untuk perkara yang kecil. Saya rindukan bebelannya. Benar-benar rindu....

Dan kini, saya tanam prinsip itu dalam hati saya. Marah saya bukan tak bertempat, tapi kerana sayang dihati yang melekat...

4 comments:

eeeda said...

Tu lah kan... anak-anak nie tak faham... yang kita nie marah sebab nak yang terbaik untuk mereka...

Kaktiny said...

kita pernah menajdi kanak-kanak dan kita sedang menjadi dewasa..

perjalanan menjadi kanak2 itu kita ketahui melalui tunjuk ajar ibu ayah..

perjalanan menjadi dewasa.. kita masih belajar mengenainya.. kan!.

..tiny juga sering nasihatkan anak2 dgn cara yg sama spt Ibu Su..

tiny pernah ugut nak bakar kaki anak kedua tiny, sbb dia tendang basikal kakaknya.. tiny kata:
"Sebelum Allah bakar kaki adik kat neraka, biar Ibu bakar kaki adik kat dunia, supaya nanti Allah dah tak bakar dah kaki adik.. Ibu taknak Allah bakar kaki adik di neraka, sebab api neraka lagi panas dari api dunia.." .. dan bila dia 'ter' tendang apa2, cepat2 dia minta maaf sebab taknak dibakar kakinya!..

Memang ayat2 Ibu ini sgt2 meninggalkan kesan kan!.

epalejau said...

Betul kak su. Epal masa dulu selalu kecik-kecik hati bila mak marah-marah, mak bebel-bebel.. Tapi sekarang, epal kalau boleh sanggup dengar mak bebel hari-hari, sampai bila-bilaaaa..

suara said...

@eeeda,
mereka akan faham bila diri dikunjung kematangan... Ish... lambat tu. Harap tak terlambat sangat, kan?

===================
@tiny
Hahaha... memang power ugutan tiny tu. Dan yang paling penting ada ajaran yang tersirat untuk mereka faham.

Nanti Su kena belajar dari tiny jugaklah... Bila Allah izinkan keajaiban berlaku. Boleh, kan?

====================
@epal
Nak kak su bebel sama tak? :D