Apr 14, 2011

Toloonngggg!!!!!!

Saya jadi blogger kerana saya suka menulis. Tapi tak banyak manapun hasil penulisan yang disiar. Kenapa?

Sibuk. Itu alasan yang tak tepat.
Tak ada idea. Juga alasan yang kurang sesuai.
Malas. Ermm... tak jugak sebenarnya.

Setiap catatan dan kisah yang saya paparkan, saya ulang semak berkali-kali sebelum dipublish. Saya terlalu berhati-hati. Boleh dikatakan begitu. Dan itulah sebenarnya yang melimitkan entry saya.

Mata pena lebih tajam dari mata pedang.
Satu kiasan yang sudah sebati dan amat difahami oleh semua. Saya tak mahu melukakan hati sesiapa. Samada secara sengaja atau tidak, direct or indirect.

Catatan saya di ruangan ini sekadar mahu melepaskan suara yang tertanam di minda. Banyak sekali yang mahu diluahkan. Yang baik, yang buruk, yang segar dan yang busuk. Yang tak terluah oleh alunan suara, mahu saya khabarkan kisahnya dengan pena.

Saya mahu berkongsi kisah diri, tapi sungguh ada bimbang yang bersarang. Jika buruk tertulis dan saya dikeji, tak semena hati sendiri terluka nanti. Jika baik tercatat dan dipuji, risau penyakit riak bercambah menghitamkan sanubari. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang berbisik dihati.

Kisah yang dipapar, samada tentang diri atau insan disekitar, saya harap boleh dijadikan iktibar. Andai sesekali saya tersasar, harap ditegur dan dikejut agar tersedar.

Adeh... Apa yang saya tulis ni?!!!

Hidup saya bakal berubah arah. Hala tuju masa depan begitu kabur dan penuh misteri. Ibarat memasuki satu pintu rahsia yang entah bagaimana coraknya disebelah sana. Di satu keadaan, saya tahu itulah yang saya inginkan. Di situasi yang satu lagi, ianya menakutkan sekali dan mahu saya jauhi.

Bolehkah kalian membantu? Memberikan saya peluang untuk meneroka diri saya yang baru, jika itu yang patut berlaku? Tapi... siapalah saya pada kalian untuk saya mohon pertolongan... kan?

Ya Allah... bantulah daku!

5 comments:

dangarumbia said...

Salam Su,

Apa yang Su luahkan di sini, adalah apa yang kak tie rasa selama ini. Kak tie pun ada pelbagai cerita ingin dikisahkan. Tapi, kak tie takut nak publish.

Takut orang salah sangka. Dulu kak tie pernah buat dan kak tie dapat rasai ramai yang mula menjauh.

Tapi, kerana menulis inilah kita dapat bergerak ke depan. Lebih-lebih lagi diri kak tie yang sentiasa terperap dalam rumah.

Tulislah apa sahaja Su. Kalau Su rasa takut, buat sahaja entri berpassword macam kak tie dulu. Nanti boleh kak tie mintak passwordnya. Rasanya dalam blogspot pun boleh buat entri sebegitu.

Nooreena said...

Salam Kak Su :)

Dah lama tak dapat komen kat blog ni. Pelik sangat sebab blog akak ni tak dapat Reen bukak kat ofis. Kena blok.

Ni dapat gak komen akhirnya.. di rumah :D Akak, kita sama la! Tiba2 rasa tak tahu nak kongsi apa kat blog.

Akak sudah berada di Timur kah?




PS: Pernah tak dapat SMS daripada no DiGi tentang p/raya? Tu no Reen :D

Kaktiny said...

Assalamualaikum Su..

Hmm.. maaf ya.. nak tinggal komen di sini tapi rasanya macam banyak sgt nak tulis..

jadinya.. tiny nukilkan melalui entri terbaru tiny..

Khas untuk su (juga sebagai pesanan untuk tiny jugak)..

harap su tak marah atau terasa hati yer.. (peace... hihihi).

:)

suara said...

@kak tie

Terima kasih kak tie.
Entry berpassword ya...
Dah lama tak menyelongkar blogspot ni. Huhu...

Bila menulis, kita doakan aje agar tak akan ada yg marah dan benci dgn apa yg terlakar, kan kak tie...

==================
@Reen,
Kak su masih di sini...
Very soon, insyaAllah... :D

==================
@tiny
Su dah baca dan komen entry tiny tu... Alhamdulillah... berkesan di hati. Terima kasih. Moga ia kekal menjadi motivasi diri. InsyaAllah.

epalejau said...

Kan, kak su. Sama lah. Epal pun selalu tak muncul dengan tulisan. Sentiasa ingin yang terbaik dalam tulisan, hingga terpaksa menghadkan apa yang perlu dan tidak perlu dipublish untuk dikongsi bersama kawan-kawan.