Oct 12, 2010

Kembara Zuriat - Gelora

"Kak Su, Nor stress la sekarang ni. Bila balik kampung je, orang selalu tanya Nor bila nak dapat baby! Serabut! Tension!" Luahannya jelas menunjukkan tekanan yang di terima. Saya mengenalinya semasa sama-sama mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital disini.

"Releks la. Jangan fikir sangat pasal tu." Saya cuba meredakan walaupun tahu ia langsung tidak berkesan.

"Tapi Kak Su, sedih sangat bila dapat tahu yang kawan dan adik Nor yang baru kawin pun dah nak dapat baby. Tapi Nor...." Nadanya merendah menahan sebak.

"Kak Su faham sangat perasaan Nor. Nor rasa rendah diri, kan? Rasa cemburu pun ada. Dan kalau boleh memang nak jauhkan diri. Tak selesa bila ditanya soalan tu setiap kali jumpa. Macam la tak ada soalan lain, kan?" Perasaan yang juga sebati dengan diri. Kami seolah dua jiwa satu hati berkongsi cerita yang sama.

"Tu la. Ini bukan kehendak kita kan. Dia orang tanya samada Nor merancang. Mana ada! Nor tak merancang pun. Merancang untuk dapat baby ada la. Soalan-soalan dia orang tu buat Nor rasa rimas, rasa nak lari je. Rasa malas nak balik kampung, tak nak jumpa saudara mara. Sedih la Kak Su!" Dadanya berombak, selari dengan air yang yang bakal melimpah di bibir mata.

"Nor... Jangan macam ni. Nor masih boleh berusaha kan!? Kak Su pun masih berusaha, tak kan Nor dah give up."

"Nor memang berusaha. Tapi tak tahu kenapa, Nor jadi sensitif sangat. Ada masanya kata-kata gurauan pun buat hati Nor sakit. Rasa macam menyindir Nor je. Jumpa saudara mara dan kawan-kawan dah tak seronok lagi macam dulu." Ceritanya lagi.

"Orang perempuan memang sensitif, apatah lagi orang macam kita ni. Tambah pulak masa nak datang bulan ataupun tengah period. Lagilah. Nor sabar ya! Anggap saja semua yang keluar dari mulut mereka tu hanya perbualan kosong yang tak lekat di hati." Mudahnya berkata. Tapi itu tidak mampu menolak kenyataan yang rasa itu terlalu menekan perasaan. Saya dah lalui. Jauh lebih berbisa, jauh lebih lama menahan kecewa, sehingga ianya lali pada hati.

"Kak Su boleh buat tak tahu ke kalau mereka cakap macam-macam pada kak Su?" Soalnya. Mungkin tak puas hati dengan apa yang saya kata. Saya tahu, bukan mudah untuk melupakan.

"Kena cuba. Kak Su tak nak tunjuk diri lemah depan mereka. Bukan boleh tolong pun." Meratapi nasib diri bukan penyelesaian. Juga ia langsung tidak dapat melegakan perasaan.

Ingatan mengimbau pada serpihan masa yang pernah berlaku satu ketika dulu. Jemputan kenduri saudara jauh, saya terima dengan hati terbuka walaupun hanya jemputan saat-saat akhir melalui kakak. Kehidupan di asrama ketika sekolah dan kemudian bekerja jauh, membuatkan hubungan saya dengan keluarga lain agak terjarak. Tak ramai saudara mara yang saya kenal.

"Anak dah berapa?" Tiba-tiba soalan itu muncul dari mulut perempuan separuh umur yang rasanya hampir seusia dengan arwah bonda.

"Belum ada rezeki lagi Mak Jah." Saya menjawab sambil memegang gelas yang berisi air. Meneguknya untuk menghilangkan dahaga dek cuaca yang membahang. Langit yang cerah tanpa awan. Hari yang cukup sesuai untuk berkenduri.

"Tak ada lagi? Dah berapa lama kawin?" Soalan biasa yang dah dijangka.

"8 tahun." Ringkas. Rasa cuak mula memenuhi lompang hati.

"Dah lama tu. Agaknya kau ni mandul macam mak kau jugak." Katanya bersahaja.

"Mak saya mandul? Dah tu mana datangnya saya tiga beradik ni?" Saya merenung wajahnya dengan perasaan bercampur. Sedih. Geram.

"Memang la dia beranakkan kau tiga orang, tapi lambat benar. Tengoklah jarak kau dengan kakak-kakak kau tu. Nak dapat sorang-sorang bukan main susah lagi." Entah setakat mana pemahaman dia tentang makna sebenar perkataan yang baru disebutkan itu.

"Tapi dapat jugak kan!" Tegas saya.

"Mujurlah dapat. Ehh... kakak kau dah berapa anak?" Dia mengusul lagi. Entah ke mana arah perbualan ini mahu di bawa.

"Sepuluh. Mereka senang, saya je yang susah sikit." Jawab saya sambil cuba menenangkan hati, membawa diri kembali ke dunia realiti.

"Tak pe. Adalah tu nanti. Lambat sikit macam arwah mak kau jugak agaknya." Mak Jah tersenyum nipis. Senyuman yang tak dapat saya baca suara isi hatinya.

"InsyaAllah, harapnya adalah rezeki saya lepas ni." Balas saya dengan senyuman menutup luka.

"Kak Su, macamana Nor nak berhadapan dengan mereka yang mulut pedas tu. Nor sedih sangat tidap kali mereka tanya pasal anak."

"Semua ni sementara je Nor. Bukan selalu jumpa mereka pun. Kalaupun yang jumpa hari-hari, mereka tak akan larat nak sebut selalu. Fikir secara positif. Mereka bertanya bukan nak mencungkil kelemahan kita. Sekadar ambil berat sebab sayangkan kita. Dan apa yang disebut tu selalunya doa. Mana tahu, nanti akan makbul. InsyaAllah Nor, kalau dah ditentukan rezeki kita, akan ada satu hari nanti. Apapun yang Allah tetapkan, ada sebab yang mungkin kita tak tahu."

Mandul. Perkataan yang cukup tajam untuk menghiris hati wanita yang dah berkahwin. Itu gambaran ketidaksempurnaan diri yang cukup memilukan. Naluri keibuan yang tak dapat dipenuhi sememangnya satu siksaan jika terus dibiarkan tanpa sandaran.



'Ya Allah Ya Aziz, Engkaulah pembekal kekuatan. Berikan kekuatan pada kami untuk melalui laluan hidup yang telah Engkau tentukan. Jangan biarkan kami rebah tanpa sandaran iman. Jangan biarkan keluhan menjadi kulat dan kudis di hati kami yang akhirnya membawa kami jauh dariMu Ya Allah. Hilangkanlah gelora di hati dan tenangkanlah jiwa kami Ya Rabbi.'

14 comments:

Kaktiny said...

Kalau org tanya lagi.. "Berapa anak dah?"

Su try jawab.. "Dah 10".

Tanya lagi "Ye?. Mananya?".

Jawab : "Kat syurga Allah, tgh mendoakan saya bertemu mereka di sana"..

grrr grrr... mmg melampau betul dengar org yg tanya soalan2 mcm tu.. dh takde lagi tu, DIAM je la.. saja nk ungkit2 sampai nama arwah terbabit sama, pehal??..

Manusia.. itulah kan.. suka sgt nk tanya yg org tak ada berbanding yg org ada..

Meh tiny nak tanya satu soalan yg tiny tau org tak pernah tanya Su, tapi tiny teringin sangat nak tanya.. "Su ngan cik abang, berapa kali dlm tahun ni dapat bangun malam buat tahajjud atau qiyamullail bersama2 terutamanya di Masjid??".

Cuba tanya diaorg2 yg bertanya pasal anak atau yg bangga sgt dah dapat anak tuh.. ADA TAK PELUANG DAN RUANG MEREKA BERJAGA MALAM BERTAHAJUD BERIMAM BERSAMA SUAMI TERUTAMANYA DI MASJID????...

Kumpul pahala beribadah berjemaah bersama suami sebelum dikurniakan anak.. sebab nanti bila dh ada anak, banyak menda kena buat gilir-gilir..

Be happy and be strong ok.. coz Allah is always by your side..

Sayang su.. muahs..

Tie said...

Salam Su,

Biasalah Su, manusia ni ada aje nak kritik orang. Yang tak ada anak ditanya, yang ada anak pulak siap sindir 'Wah!... berderet beli barang?' (padahal anak kita 3 org je.... panas telinga dibuatnya!)

Jenis mulut tak ada insuran, rasa nak tenyeh lada kecik satu muka! Kak tie memang geram bila orang ni cakap lepas, dan kak tie pulak lambat respond (bila dah balik rumah baru terpikir, hihihi...)

Apa-apa pun, samada lambat dapat anak, susah dapat anak atau mudah dapat anak (pantang disentuh!), semuanya ada hikmahnya.

Kak tie yang ada anak ni pun ada problem gak. Bila dah ada anak, bukan mudah nak didik mereka. Tak semuanya sama sifat dan tabiat. Tak semua kaedah boleh diguna pakai. Orang kata gitu dan gini cara nak didik anak dengan sempurna. Tapi, anak-anak bukan robot, bukan kuih yang boleh dicetak mengikut acuan. Ada masanya lain yang kita ajar, lain pulak respondnya. Makan hati juga.

Cuma yang pasti, samada ada anak atau tidak, doa itu penting. Ia adalah ubat dan penawar untuk hati yang duka...

rumah kuning said...

semuanya ada hikmah. tak semestinya ada anak bahagia dan begitulah sebaliknya. usaha, doa dan tawakkal.... ketentuan Allah adalah yg terbaik utk kita.

kella said...

salam kenal..
rasa sebak sangat bila baca ni.. terasa.. tersentuh.. faham..
kerana diri ini merasa yang sama!
memang nampak diri ni macam tabah, tak endah apa orang nak kata..
tapi jauh dilubuh hati.. menangis.. merintih..
mengenang nasib diri..

namun perasaan bersemangat semula, kerana bila baca semua ni, kita tahu kita tidak bersendiri..

baru2 ni ada jumpa seorang pakcik yang nak ke mekah.. seakan tahu apa yang bermain di perasaaan kami suami isteri dia lantas berkata..
" ada rahmatnya kenapa Tuhan belum kasi lagi..dia kasi lambat sebab ada hikmah disebaliknya tu.. jgn susah hati.. adalah rezekinya tu.. InsyaAllah.." lega mendengar semua tu.. sekurang2nya ada yang memahami.. bukan hanya bertanya!
siap ada juga sedara yang ucap tahniah! tahniah ya.. pandai rancang untuk tak lekat ya.. pandai sungguh..!"
errk! terkedu dibuatnya! pandai tahan dapat anak katanya? astagfirullah.. kenapa kau nak robekkan hati ini lagi..?

Apapun.. kita hanya berusaha.. Tuhan yang tentukan..

terima kasih.. :)

suara said...

@tiny

Mulut manusia tiny, kadang tu mmg tak boleh dikawal. Ada orang mmg jenis yg cakap lepas, tak de brek walaupun time emergency.

Kesian gak kat org yg sebegitu, sbb ibarat kata orang... kerana pulut santan binasa, tak nak binasa makanlah segera, kan. Ops... Hehe...

Hati memang sakit tapi tak nak lah doakan yg buruk buat mereka. Tak baik... Ya Allah, selamatkan mrk dari kebinasaan akibat mulut yg tak ada insurance untuk akhirat.

Soalan tiny tu, soalan wajib ke soalan sunat ni? Adeh... segan la nak cakap pasal ibadat yg tak seberapa. Sejujurnya, bertahajjud dan berqiyamullail kat rumah tu ada jugak buat, tapi tak pernah kira berapa kali. Kalau kat masjid, Ramadhan tahun ni sempat buat solat-solat sunat sebelum subuh je. Tak daya bangun 3-4 pagi. Keletihan sbb masa tu join group tadarus masjid lepas terawih. Balik dah lewat malam. Huhu...(Heh, alasan!)

Keinginan untuk merasai pengalaman menjadi seorang ibu selalu ada dalam diri Su. Tapu Su faham, kita tak boleh mengawal masa depan. Moga apa jua yang Allah sediakan hanya akan meningkatkan keimanan.

Thks tiny atas kata semangat yg diberikan. Su benar-benar hargainya.
*Hugs* Muaahh...

=====================
@kak tie
Salam Kak Tie

Su memang tanam cili kecik kat belakang rumah. Halia bara pun ada. Tapi tak berpeluang nak tenyeh mulut org yg lepas cakap. Selalunya tenyeh dalam piring yg ada budu je. Tak pun digustikan dengan lesung batu buat sambal belacan. Fuhhh... terangkat! Ahaks...

Anak tu anugerah, dugaan dan tanggngjawab dari Allah buat hambaNya. Dengan anak yg diberi, kita boleh buat pahala, tapi anak juga boleh buat kita tambah dosa. Anak boleh buat kita ceria dan bahagia, anak juga boleh buat kita derita dan sengsara. Jika Allah berikan Su anak, tak tahu mana satu yg akan Su hadapi.

Tak semua keinginan dalam hidup ni kita boleh dapat. Memang, ada ketika Su sedih, ada ketika Su biasa saja. Su manusia biasa, ada ketika gelora itu nampak dimata, ada masa gelombang hati disembunyikan saja.
Su faham maksud kak tie... doa adalah ubat untuk hati yg duka. InsyaAllah, tak akan Su lupa.

Terima kasih kak tie... :)

======================
@rumah kuning
InsyaAllah... ada hikmahnya. Moga Allah berikan ketenangan buat diri.

======================
@kella
Salam perkenalan kella.

Tak mudah bercerita tentang hal sebegini. Tak ada perubahan, tak ada pertambahan, boring la kan. Yang memahami, alhamdulillah. Yang tak faham, diselitkan sindiran dalam gurauan.

Sebenarnya ramai pasangan diluar sana alami keadaan yg sama macam kita. Paling penting, kita ada Allah yang Maha Mendengar dan paling memahami. :)

suara said...
This comment has been removed by the author.
Masy said...

waaaaaaaaaaaaaa kurang ajarnyeee org tua ni... cepuk kang!

huhu saboo jelah kak. jawab mcm kaktiny tu je senang uhuhuh

suara said...

@masy
terjumpa dengan orang yang jenis cakap lepas, tak pandai nak tapis, nak buat macam mana.

Kak su nih macam kak tie jugak, tak pandai nak balas cakap on the spot. Jenis yg mudah terkedu. huhu...

rozy said...

Dear

You are not alone....i am on the same boat with you and completely undertand how its hurts sooo much when the millionaire question pop up out of nowhere....

Pernah sekali saya jawab laser jugak ler.. utk soalan bila nak dapat anak " oh....i dah order tapi belum sampai'"

Everything happen for a reasons ,Allah knows whats best for us and of course Allah had a planned for all of us. This quest and ordeal of childless couple make us stroger & i realize God plan all this for us to look back to the more needy persons i.e orphanage home. Maybe we may not have a child but bless with wealth and happiness with our hubby so let share the wealth and happiness with the less fortunate.Tak der ler tunggu bulan puasa jer baru ingat anak yatim.....?tak gitew?

Insyallah inilah saham kita untuk akhirat...walaupun kita belum di kurniakan zuriat..Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada...apa orang lain nak kata buat pekak jer...cukuplah

fatimah said...

salam..

kak kita senasib...:(

suara said...

@rozy
Setuju bebeno dgn ape yg deme kate.

Basically, syukur adalah kunci ketenangan. Dan tenang itu adalah cambahan bahagia. Bukankah bahagia yg kita semua mahukan?

Kekurangan ini juga seharusnya buat kita lebih muhasabah diri. Langkah utama untuk perbaiki apa yang tak berada dilandasan. Sebagai hamba yang lemah dan bergantung padaNya, sebaiknya begitu.

@fatimah
Salam dik.
Jangan sedih tau.

alQasam said...

Askum K.Su.

Sedih dan sebaknya rasa hati ini. Sangat memahaminya sebab saya pun pernah merasainya. Sedang suami yang lelaki pun rasa tidak selesa dengan soalan-soalan yang tidak sesuai ditanya dan usikan/sindiran etc.

Saya sentiasa doakan dengan sungguh untuk kebahagian, kerahmatan dan semua yang baik-baik untuk ukht-ukht saya. Sesungguhnya saya mengerti K.Su....

Saya teringat pesan Murabbi saya. Sesungguhnya suami, anak dan lain-lain nikmah hanya jalan untuk ibadah. Matlamat kita ALLAH. Terkedu saya ketika itu...

MashALLAH

suara said...

@alQasam
Waalaikumussalam dik sumayyah.
Terima kasih....
Selalu kak su doakan... agar apa jua yang dikurniakan Allah dalam kehidupan, samada rezeki atau dugaan, hanya akan membuka jalan untuk diri lebih mendekatiNya.

Bimbang sekali bila diri terlalu merintih...

ze said...

salam su...

ingat akak lg tak? hehehe

hmm... akak dah biasa dikata bermcm-mcm su, tp akak pegang satu jer, redha dan jgn sekali-kali berputus asa ok...mohonlah PDNYA tiap kali sujud...

ada masa sudikanlah singgah kat umah akak yg dah lamaaaa akak sendiri tak jenguk...

dann jgn lupa senyum selalu...