Sep 24, 2010

10 hari diHari Raya!

Antara lagu raya yang paling saya suka ialah nyanyian M.Nasir...

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
(Sedihhh bila dengar lagu ni...)

Entry kali ni, saya cuba buat sesantai mungkin. Ermm.... Saja nak kongsi kisah saya 10 hari terawal bulan Syawal... Jeles tengok entry panjang tiny bercerita tentang sambutan rayanya. Ahaks...

Sehari sebelum raya
Tolong mak mertua siang itik serati seramai 4 ekor untuk hidangan pagi raya. Seekor serati bersamaan dengan 2 ekor ayam. Kiranya 8 ekor lah. Menu special ma setiap kali raya ialah nasi minyak dengan gulai ayam/itik/serati Kelantan style.

Raya pertama.
Pagi raya, acara breakfast kami bermula dengan membasahkan mulut dan perut dengan hidangan istimewa ma. Kemudian bersolat sunat Aidilfitri dimasjid berdekatan. Balik, bersalaman dan bermaafan tapi tak sampai ke tahap bertangis-tangisan.

Selepas menyiapkan hidangan buat tetamu yg bakal datang, abang mencuit saya, mengajak ke rumah mak saudara kesayangannya untuk melepaskan kerinduan pada nasi dagang.

Saya memohon izin ma untuk balik kg, nak ziarah pusara arwah mak, ayah dan neneks. Niat tak kesampaian kerana memenuhi ajakan kakak melawat mak saudara dan sepupu. Jemputan kenduri di rumah sepupu (sebelah saya) pada raya ketiga terpaksa saya tolak. Kaki dan tangan saya telah 'dirantai' dek susun perkara adik ipar. Selesai solat Jumaat saya dah balik ke rumah mertua, sebab malamnya cousin (sebelah abang) akan diijabkabulkan. Erm... macam la tak de hari lain nak kawin. Raya pertama yang dia pilih. Ish...

Raya kedua
Seawal pagi, sesudah subuh lagi kami sudah ke rumah mak saudara untuk bantu apa yang patut - berkenduri kesyukuran meraikan anak perempuannya yang nikah semalam. Petangnya, kami mohon diri untuk balik.

Di rumah, persiapan untuk perkahwinan adik ipar menunggu giliran. Bunga telur dan nasi manis dua warna disediakan sebagai cenderahati untuk mereka yang akan sertai majlis adik di Terengganu nanti.

Raya ketiga
Pepagi lagi dah ajak hubby ke pusara arwahs memandangkan raya pertama kami terlepas. "Maaf mak, ayah, nenek's, auntie's dan uncle's. Walaupun raya pertama Su tak sempat ke sana, doa dan bacaan suci tetap Su kirimkan buat kalian."

Hari ini cousin yang kawin nak di export ke rumah mertua. Mulanya ia dimasukkan dalam susun acara, tapi memandangkan acara itu agak lewat, niat itu terpaksa dibatalkan. 11.30 pagi kami bertolak ke Terengganu.

Malamnya adik ipar bersalaman dengan tok kadi untuk acara 'bertukar geran'. Sehabis urusan bersalaman, bergambaran dan bersantapan nasi kunyit dan nasi dagang (versi Terengganu), kami pulang untuk mula mengeramkan telur ayam untuk hantaran. Penyu di pantai terpaksa saya biarkan menangis sendirian.

Raya keempat
Tengahari, saya and the geng menyerbu rumah 'beras' (biras la) baru tanpa iringan riuh paluan kompang (walaupun tak ada, tapi tetap meriah, tetap indah, percayalah...). Hanya membawa perut untuk di isi sambil mengelek hantaran pilihan (hantaran jam yg saya usung, sebab itu antara yg paling ringan. ahaks...).

Rasanya hampir 80 orang (termasuk si comels dalam dukungan) yang menyertai acara menyerahkan anak teruna kami kepada keluarga baru. Nasib baik 'besen' (besan la) baru mertua saya tu tumbangkan dua ekor lembu, jadi tak adalah terkejut sangat melihat rombongan kami yang mengalahkan rombongan Cik Kiah.

Lewat petang kami pulang. Tok Bali menjadi singgahan untuk melihat remang senja yang kemerahan.

Raya kelima
Kak Ngah dan keluarga dah balik selepas beberapa hari beraya di Kedah. Saya mohon keizinan mertua untuk men'ghaib'kan diri buat seketika. Mahu berkumpul, melepaskan rindu pada keluarga sebelah saya; Kak Ngah (dan kuncu-kuncunya), kak Dah (berserta menteri dan rakyatnya) dan adik-adik.

Menu raya kami kali ini biasa saja. Hidangan tengahari, kuey tiew goreng dan yong tau fu. Petangnya (dinner le tu) nasi berlaukkan belut goreng, telur dadar, kerang rebus dan ulam-ulaman. Simple.

Penutupnya kami sudahi dengan solat Maghrib berjemaah dan membaca surah Yassin, hadiah buat arwah yang dah tiada. Sob.. sob...

Raya keenam
Kembali sibuk untuk persiapan kenduri menyambut menantu baru. Segala persiapan disemak buat kali terakhir. Segala bahan mentah dan rempah ratus ribu harus di sediakan untuk urusan masak memasak esok hari.

Alahai... Sedih hati saya melihat lembu di laman sudah hilang selera makan memandangkan esoknya ia bakal ditumbangkan. Ohh... kesian dia. Tapi... Erm... sedapnya gulai kawah yang bakal dibelasah esoknya. Hoho...

Raya ketujuh
Sesudah Subuh, kami memulakan tugasan. Hidangan untuk tetamu sederhana saja; gulai kawah (daging), ayam percik dan ayam goreng, acar timun, ikan kering, sambal garam (erm... macam sambal belacan jugak, tapi kami gunakan lada kering tanpa dimasukkan belacan). Pembasuh mulut ialah agar-agar merah hijau dan buah-buahan (dokong dan rambutan) penghujung musim.

Tetamu jemputan datang tak putus-putus, malah malamnya pun kami masih menerima tetamu. Adat di kampung, kunjungan tetamu tak boleh ditolak, walaupuh kami tuan rumah berdiri pun dah tak tegak.

Raya kelapan
Acara pembersihan saki baki alatan memasak dilakukan.

Tengahari, saya menerima panggilan yang memberitahu Ayah Soh (sepupu arwah ayah) meninggal dunia. Innalillah.... DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Dia meninggal dipagi Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah... Syukur, Allah memilih hari dan bulan yang indah untuk menjemputnya.

Tika kami tiga beradik + pasangan sampai, kami hanya sempat melihat tanah-tanah yang mula diturunkan di liang lahad. Semoga Allah melapangkan ruang kuburnya dan mengumpulkan beliau di kalangan hambaNya yang dikasihi. Amin...

Raya kesembilan
Bawa adik dan wan (mak tiri) ke KB. Jalan-jalan (memamg kena jalan walaupun berkereta), makan-makan (perut kena la isi) dan beli bayar belah (tak kan nak beli belah je, tak bayar, kan?).

Petangnya saya dan hubby balik ke rumah kak Dah, dan di bekalkan dengan buah salak, dokong dan rambutan (setiap satu separuh guni). Tambah lagi kuih raya 2 bekas, hasil buah tangan Ana (anak buah). Rezeki tu... Alhamdulillah.

Raya kesepuluh
Balik ke sarang dan ke medan perjuangan untuk meneruskan kehidupan dirantauan!! Fuh... nasib baik tak banyak kenderaan memilih hari ini untuk pulang, lalu lancarlah perjalanan kami sepanjang laluan.

Sesampainya di rumah menjelang malam, kami memenuhi jemputan jiran yang mengadakan makan-makan sempena Syawal. Alhamdulillah... Syukur Ya Allah... Segala urusan kami dipermudahkanNya....

Buat semua pasangan yang disatukan pada Syawal ini, semoga Allah memberkati rumahtangga yang dibina, menjauhkan cabaran yang tak mampu dihadapi dan memberikan segala kebaikan dunia dan akhirat buat kalian.

Berdasarkan susun perkara diatas, satu soalan ingin saya tanya, anda rasa.... berayakah saya? Berapa lama?
:D

15 comments:

Adliff said...

Kak Su,

ore kelate ruponyo dio. sayo dok kelik ke pasir puteh sebab cuti pendek.

selamat hari rayo deh.

epalejau said...

salam,kak su..

wah, da gitu meriah pun dok rasa tak raya lagi ke?epal raya satu per lapan je meriahnya daripada kak su tau..

kak su, epal pun salu kesian bila tengok lembu atau ayam yg akan disembelih (akan, bukan sedang). lepas tu cepat-cepat cover mcm kak su td, wah nyum nyum.haha..

selamat menyambut raya aidilfitri, minal aidil walfa idzin ya kak su..tak lambat lagi kan?:')

suara said...

@aliff
Pasir Puteh ko? Kak Su nak gi umah sahabat se umrah yang dok di PP satu hari nanti. Lo ni bila balik je, masa penuh, tak boleh gi la.

==================
@epal
salam Aidilfitri kembali buat dik epal.

Tahun ni terlebih meriah sampai hilang aura raya. huhu...

Kak su tiap tahun kesian tengok lembu... tapi setiap tahun jugak le kak su lihat lembu ditumbangkan... time raya haji. :D

ryann said...

sedapnya itik

suara said...

@ryann
memang sedap!!... :D

Tawel Sensei said...

MasyaAllah beraya sakan! Saya raya biasa-biasa saja. Maklumlah, orang bujang. Hehe.

Selamat Hari Raya :)

AzmaMurni Aziz said...

Salam Syawal, Su...

suara said...

@Tawel
Nak raya luar biasa tak? Cepat kawin!
:D

==================
@Qasih
Salam Syawal buat Qasih juga.

MARIA said...

Wah...Su !
Tokma nengok sibuk memanjang kamu, siap ngan jadual bersilih ganti. Tak penat ker badan tu Su.
Tokma baca pun termengah2 sakan rasanya..!! Issshhhh...Su...Su ! Tak dapat nak dibayangkan.

suara said...

@tokma
Mahu tak penat. Rehat masa tidur malam je. Rasa macam nak tambah cuti pun ada. Tapi ye lah... itu tanggungjawab yang harus dilangsaikan...

Kaktiny said...

wooooo.... sempat plak nk jeles tuh ye!!.. warghkahkahkah...

pergghhhh.... 10 hari di hari raya... lagik poweeerrr.... kahkahkah....

tapiiii.. Su bukan BERAYA... su BERKENDURI DI HARI RAYA!!...

(banyaknya buah yg dikirim.. eeerrrr... nak la berkenalan dgn Kak Dah tu.. leh dpt buah setengah guni.. fuyoooo - nk menjalin ukhwah tp dh terpesong niat nih..).. hahahaaaa...

selamat kembali ke peratauan.. hihihi...

suara said...

@tiny
Ehhh... sempat!! Haha...
BERKENDURI DI HARI RAYA - maknanya kenduri lebih dari beraya la, kan?
Apapun... berkenduri ke... beraya ke... Perut Su memang terlebih muatan sepanjang tempoh tu. Kesian kat perut ni ha, kena overtime selepas berehat time bulan posa dulu. Adeh...

Nak berkenalan dengan Kak Dah je? Adiknya tak nak ke? Ahaks... Nanti boleh dapat suku guni tau... paling tidak, boleh dapat guni... ok gak per... Nak penuhkan guni tu, jom ikut kami balik kg. Naik pokok sendiri... Haha....

Ish... Tak sabar nak beraya lagi. Aduhai Raya Haji, tibamu ku tunggu dan ku nanti. lalala...

Tie said...

Salam Su...

Gulai itik serati, favourite kak tie tu.. kak tie buat 3 kali time puasa yang lepas (sebab itik sekor tiga kali masak, hihi).

Orang kelate rupanya.. hubby Tie asal Selising, raya korban ni kita nak raya sana lak.

Lastly, err.... kenapa ya, Tie rasa lain macam 'bunyi' posting Su kali ini.... macam bukan Su yang tulis.

suara said...

Salam kak Tie,

Gulai itik mmg sedap!
Su setiap kali raya mmg balik rumah hubby sbb su dah lama tak de mak ayah. huhu...

Haha... lain sangat ke posting kali ni? Can I say that this is the other side of me.
Macam dwi personaliti la pulak, kan? :D

1stopcentermuslimchoice said...

bt sahabat2 trsayang: Ya Allah, iznkn shbtku mnjdi skntm bnga, yg dhiasi dgn klOpk akhlak mulia, hrm wnginya dgn ilmu agama,ctknya krn iman & takwa, nmn keindahan zahirnya d simpan rapi, biar mnjadi rahsia yg kkl abdi..Amin, IAllah..;)