Mungkin kamu telah anggap saya sebagai teman yang mudah melupakan teman. Saya yang dulunya berjanji akan bersahabat sehingga ke tua, sentiasa bertukar cerita dan berkirim berita tapi tidak mengotakan janji yang dikata. Teruk saya ni kan?
Sememangnya masa telah menjarakkan kita. Kehidupan kita tak sama lagi. Masing-masing punya tanggungjawab yang menagih segala perhatian dan keringat yang ada. Bila tamat saja pengajian, kita berpecah mengikut aliran kerjaya dan pasangan akad. Kemudian lahir pula buah-buah cinta yang memerlukan perhatian dan mengalihkan tumpuan.
"Oklah... tak boleh nak borak panjang ni, anak aku dah menangis tu..."
"Suami aku dah nak balik, aku kena pegi ni...." Dan gagang telefon di letak. Cerita yang ingin di sampaikan tergantung begitu saja.
Keutamaan telah berubah. Sahabat dan kawan-kawan telah jatuh ke ranking yang entah ke berapa... Kerja, suami/isteri, anak-anak dan keluarga lebih utama. Walaupun kita pernah tidur setilam sebantal, makan sepinggan dan minum secawan, tapi itu tak boleh dijadikan ukuran untuk ikatan hari ini. Ia menjadi laluan hidup yang kini tersimpan kemas dalam lipatan kenangan.
Selalu saya sematkan dalam hati... mahu menjadi sahabat yang baik, namun adakala tak diizinkan Allah. Saya gagal memenuhi keazaman sendiri. Corak dan liku hidup yang dilalui, mencipta keterbatasan yang bukan disengajakan. Saya... dan juga kamu. Saya faham keadaan kamu... dan kamu? Fahamkah keadaan saya?
"Saya dah selamat melahirkan anak pada .... Nanti awak call lah saya ya!" Mesej diterima. Alhamdulillah... Saya gembira untuk kamu. Kamu memang bertuah.
Jejari ini terlalu berat untuk mendail. Maaf. Saya tak ingin mendengar suara ceria kamu bercerita, kerana ia mengingatkan saya tentang kekurangan diri yang ketara. Saya mengabaikan permintaanmu bukan kerana cemburu... cuma saya bimbang kamu akan terdengar suara saya yang bergetar oleh sendu.
Malah saya lebih bimbang kamu tak sedar perubahan suara saya dan sudahnya saya akan berkecil hati. Prihatinkah lagi kamu pada diri dan perasaan saya?
"Salam... bz ke?" Saya menegur. Berkali-kali... Diam. Dan ada sekali kamu membalas mesej. "Bz jugak. Bye" Dan sepi kembali lagi. Saya faham, tugasan dan tanggungjawab kamu pada kerja dan keluarga menjadi keutamaan.
"Free to chat?" Diam, tanpa balasan darimu. Mungkinkah berkecil hati? Mungkin juga kamu tak dapat mesej yang saya hantar. Mungkin kamu tak perasan ada offline/online mesej yang menjengah.
Maaf... maaf dan maaf... Saya bukan sahabat yang baik agaknya. Ya... Saya memang bukan sahabat yang baik. Saya bersalah kerana tidak berkongsi kegembiraanmu. Saya gelisah kerana mengabaikan janji dahulu.
Saya pasti kamu bahagia dengan suami dan anak-anak tercinta. Saya juga, bahagia dan bersemangat dengan bantuan suami yang penyayang. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Allah. Saya rasa kuat dengan adanya suami disisi saya. Tapi ada ketika saya tak begitu, tak sekuat yang kamu sangka.... Masih menadah tangan, menagih bekalan tabah dariNya.
Tahukah kamu, saat kamu mendukung anugerah impian, saya pula telah kehilangan benih harapan. Hanya seketika Allah meminjamkan rasa itu. Rasa bahagia bila diri ditemani oleh cahaya cinta yang bercambah di rahim ini.
Meminjam dan mengambilnya kembali, itu hak Allah. Saya hanyalah hamba, tak berdaya menahan ketentuanNya. Cahaya mata yang diharapkan, air mata yang menjadi gantian. Dapatkah kamu rasa pedihnya jiwa saya...?
Kembara zuriat ini masih akan diteruskan... walaupun tanpa kata-kata galakan dan semangat dari insan yang bergelar teman.
Kekurangan diri ini bukan salah kamu... ianya salahku. Sekali lagi... maaf andai sikap saya benar-benar melukakan kamu.
Ya Allah... ku tagih, ku rayu dan ku mohon kekuatan dariMu.
Apr 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
sedih..
sy pn rasa mcm tu..
tp..semoga ukhwah blogger ni akan dimanfaatkn spnuhnya oleh sy dan anda jg..
semoga tabah..
luahkanlah apa yg terpendam..
dlm keindahan bahasa ada terselit rasa dan cerita..
moga diberikan yg lebih baik slps ini..samada dlm pershbtn ataupn zuriat penyambung keturunan..
yg pasti Allah syg pd anda kerna dia kan menanti ibu bapanya d syurga untuk bersama dgnnya..
subhanallah.
mari bersangka baik terhadap Allah.
doaku sentiasa bersamamu
:) take care sis
Kadang2 hati nurani nie begitu cepat tersentuh....apatah lagi di usia yg makin meningkat...sy tak ckp org lain tapi diri sendiri..
Sedihnya cerita Kak Su ni. Isk2 :'(
Harap Kak Su tabah dan sabar. InsyaAllah ada la rezeki tu nanti. Amin :)
salam, kak su :) kita bukan setiap masa dapat memenuhi kehendak mereka. walaupun setiap masa diri ingin melakukan yang terbaik. kak su jangan salahkan diri sendiri atas jarak yang sudah tercambah.. anggap saja ia satu lumrah untuk kehidupan yang semakin tinggi kehendaknya. masing-masing sudah punya tanggungjawab lain yang memerlukan lebih perhatian dari kita..kan?
Su.. daripada penceritaan dan kisah2 su, tiny tahu su teringin sgt bergelar 'ibu'.. perkara yg turut dirasai oleh sahabat tiny..
tapi.. berkali2 tiny nyatakan kepada si sahabat.. jgn ratapi rasa itu.. (tahu, ia pedih..)... kerana ia juga satu anugerah..
su kena sentiasa lihat dari sudut positif.. su patut bersyukur sebab Allah beri peluang pada su utk LEBIH HAMPIR dengan-Nya... tanpa si kecil di sisi, su dpt menikmati hari2 tenang ke masjid, dengar usrah, berqiyamullail... (tiny teringin sgt nk pegi qiyamullail berjemaah di masjid, tapi tak dpt nk laksanakan lantaran anak2 kecil yg perlukan perhatian..)..
BAYANGkan.. su dianugerahkan anak, su akan sibuk dgn dunia IBU.. dan percayalah.. SILAP HARIBULAN, DHUHA pun Su tak dapat nak buat (TINY DH ALAMINYA!!... tgh buat dhuha, anak duduk menunggang kita jadi kuda.. nk tegur, tgh solat, nak teruskan, dia dok berkuda.. camner??)
maybe su kata.. tiny boleh cakapla, sbb tiny ada anak.. ye ye.. tapi bukan mudah sebenarnya.. (dan hari ini tiny tahu kenapa Allah anugerahkan tiny anak!!... kalau tidaaaaaakkkkkk.... - itu bahagian ujian tiny pulak...!!!)
Lagi su ratapi rasa itu.. lagi lambat su akan menikmati pemberian itu.. (itu yg tiny pegang.. lagi kita inginkannya, lagi kita diuji dengannya.. silap haribulan, kita takkan memperolehinya kerana fokus kita tertumpah di situ shj..)
Pepatah tiny dulu (skrg jugak..) Kebahagiaan (keinginan) umpama rama-rama, lagi rakus kita kejar, lagi jauh ia terbang.. kalau kita biar, perlahan ia menghampiri...
.. dan tiny pasti, Su yakin bahawa.. Allah beri apa yang kita perlu.. BUKAN APA YANG KITA MAHU. (dan DIA LEBIH MAHA MENGETAHUI KEPERLUAN DAN KEMAMPUAN KITA)..
uish.. terlebih sudah komen nih.. lama tak komen, hari ni tergerak nk tulis.. sorry eh panjang sangat..
membacanya.... (tak tahu nak komen apa)
take care
Akak.. sedih sekejap2 je tau. Jangan lama2.. Kalau tak, Reen babap akak. :)
Kami semua berdoa untuk melihat akak bahagia.. Sayang akak. *hugs*
@akuinsanlemah
Tak ada ungkapan lain yang paling layak saya tuliskan di sini selain dari 'terima kasih.'
Terharu...
====================
@eeeda
Bila semakin berusia, hati semakin mudah terusik. Begitukah?
====================
@tawel
Amin.
====================
@epalejau
Salam dik.
Utamakan apa yg perlu diutamakan. Hukum hidup kita telah di ditentukan Tuhan. Siapa kita untuk mempersoalkan, ye tak?
@tiny,
Terima kasih atas komen panjang lebar. Seronok baca bila sesekali tiny letak komen kat blog su ni, panjang lak tu. :D
Benar kata tiny. Segala yg berlaku, sbnrnya Allah nak dekatkan Su dgn Dia. Su memang dah lama cuba 'tune'kan otak Su ni macam yg tiny cakap, tapi bila sesekali sesuatu perkara berlaku, ia kembali mengusik benteng minda yang telah Su bentuk.
Keinginan... nafsu... ada dlm diri selagi roh bersama jasad. Secara tak langsung, itulah yang menyebabkan ianya dikejar. Berusaha. Tak tahu bagaimana nak elakkan dari 'mengejar' sebab sedar masa terus berlalu dan semakin singkat. Mungkin bila monopos baru tak kejar lagi kot. hehehe
InsyaAllah, dan alhamdulillah, rasanya su tak meratap sangat. Catatan ini lebih kepada kepiluan diri kerana tak mampu nak menjadi sahabat yg baik dan tak mampu menerangkan sebabnya.
===================
@maksu.
:)
Thks maksu.
===================
@Reen.
Masa akan mengubat rasa, kan?
Terima kasih dik reen.
*hugs*
Su, dugaan kita sama je . Kerana anak.Bezanya Su belum lagi ada sedangkan kak tie sedang bertarung dengan emosi anak.
Su, Tuhan duga kita kerana tahu tahap ketabahan kita. Dia tahu setakat mana kita dapat bersabar. Kak tie selalu pujuk diri sendiri, kita insan istimewa.... kerana kita masih dapat bertahan hingga kini.
sungguh terharu kannns,
salamm,
Sedihnya..semoga tabah.
hurm...^^
terharu boleh..tapi jgn nangis2 lg..
tak sute otey..
moga tabah sis
:)
kita hanya insan yg kerdil & takkan mungkin dpt memuaskan hati setiap org..harap Sue terus tabah hendaknya..
saya tak pandai untuk menyatakan simpati walau sangat memaksudkannya. tahu sis kuat menghadapinya.
Sahabat is a shoulder to cry on, an ear to listen, an eye to rely on.. and a motivator to be with.. to calm down.. and to understand!!..
su.. kalau benar dia sahabat yg memahami.. dia akan mengerti..
jika dia bertegas utk 'tidak peduli', jgn salahkan diri su sebab 'tidak menepati janji'..
Sahabat yang benar2 faham erti sabahat akan cuma terasa hati utk seketika.. dan kembali ke paksi 'ukhwah' apabila reda kecil hatinya..
tapi, jika berterusan diam.. maka, biarkanlah..
jika FAHAM itu sudah tiada.. maka, biarlah.. biar janji tinggal janji..
life must go on.. and than better appreciate who love and care bout us rather think of those who does not!!..
cheersss... ceria selalu...
salam..
@Kaytiezee
Moga kak tie juga tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan melalui anak-anak. Su yakin kak tie ialah ibu yang baik buat anak-anak kak tie.
Tika mereka melangkah kealam remaja, dugaan memang banyak, sebab remaja sekarang laluan mrk berbeza dengan kita dulu.
==================
@tunbegia
Terharu jangan sampai nangia ya!
==================
@nohas
Setiap dari kita ada beban kesedihan tersendiri.
==================
@akuinsanlemah
Su pun tak nak sedih lama-lama, makan diri nanti.
==================
@nadri
InsyaAllah.
==================
@ryann
Doakan kak su ye!
==================
@tiny
"Sahabat is a shoulder to cry on, an ear to listen, an eye to rely on.. and a motivator to be with.. to calm down.. and to understand!!.."
Su dah ada sahabat begitu... my hubby! InsyaAllah, moga berterusan hubungan istimewa ini. Siapa lagi yang layak, kan? :)
Allah saja lah yang faham isi hati su yang sebenar... bisikan jiwa dan suara rasa. Kadang bahasa tak mampu mengungkapkan rahsia minda dan hati. Salah faham sentiasa berlaku lantaran batasan tertentu yang adakalanya di luar kawalan kita...
Anyway... Thks a lot tiny.
salam akak...
macam sedih je...
damai pun ada masalah dengan kawan baik damai bila masing2 dah ada 'teman'...janji2 dulu semua dah hilang,tu yang buat damai sedih...huhu
takpelah akak...be strong k :)
rindu akak..
@Damai
Salam dik damai...
Sedih memanglah sedih... tapi adakala kita kena akur dengan perjalanan hidup yang semakin membataskan hubungan.
===================
@nooreena
rindu kamu juga dik!
Kalau balik Shah Alam, sms lah kak su ye!
Post a Comment