Gerun.
Akhlak masyarakat kini semakin parah. Saya teringat beberapa kenyataan yang saya kumpul dan amat menakutkan.
Yang saya dengar dan baca, cukup membuatkan hati menjadi gelisah.
Dalam satu sampel kajian di Selangor yang dilakukan oleh pensyarah UKM keatas pelajar sekolah menengah, hampir 90% pelajarnya telah hilang kehormatan diri, dengan kata lain pernah melakukan melakukan hubungan seks. Bagaimana dengan anak-anak dan adik-adik kita? Terjagakah mereka?
Ceramah oleh Dr Harlina dalam sesi terakhir untuk siri Pembentukan Keluarga Bahagia anjuran Unit Mubalighat, memberitahu bahawa pendedahan terhadap hubungan antara lelaki dan perempuan telah bermula seawal umur anak-anak. Sedar atau tidak, setiap rancangan kartun dan permainan yang anak-anak selalunya berpasangan. Mickey and Minnie, Donald dan Daisy, Barbie dan Ken... dan banyak lagi. Semua itu menimbulkan tanggapan awal di mata anak-anak kecil kita bahawa hubungan antara jantina itu perkara normal dalam masyarakat.
Seorang Dr non-muslim yang memiliki klinik persendirian mengakui melakukan pengguguran atas permintaan ramai. Ada ketika, sebanyak 20 kes dilakukan hanya pada hujung minggu. Untuk kerja tak sampai 15 minit, pulangan yang di perolehi cukup lumayan. Paling mengejutkan bila peratusan tinggi mereka yang terlibat adalah dari orang melayu beragama Islam! Kebanyakan mereka terdiri dari pelajar sekolah, pelajar IPTA dan pekerja kilang. Apa dah jadi dengan masyarakat Islam sekarang? Pelajar IPTA, bijak dalam pelajaran tapi tewas bila bermain perasaan. Di mana silapnya?
Satu kisah sedih dan mengejutkan. Seorang ibu berumur 28 tahun yang baru melahirkan anak ke-6 tiba-tiba bertanya pada Dr, adakah dia boleh menjaga anaknya sendiri kali ini? Hairan bila soalan sebegitu dikemukakan. Bukankah anak itu milik ibubapa. Bila di siasat, rupanya kesemua anak yang pernah dilahirkan adalah anak luar nikah dari 3 teman lelaki yang berbeza. 5 anaknya yang pertama dilahirkan dan diserahkan kepada mereka yang sudi memeliharanya. Dijual atau di berikan begitu saja? Entah.
Saya membaca blog Saifulislam dan tertarik dengan statistik yang dikemukakan. 'Berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!'.
Dan anak yang dibuang? Google saja kisah tentang kes pembuangan bayi, pasti anda akan melihat senarai panjang kisah dan tentang statistik yang jelas merunsingkan kita.
Anak yang digugurkan? Jika mampu dikutip statistik itu dan dicampurkan, pasti peratusannya lebih mengejutkan. Mungkinkan kita akan dapati yang setiap seminit, ada benih haram yang telah terbentuk?
Kenapa ramai orang Islam yang terlibat? Kerana syaitan sentiasa cuba menambahkan bilangan 'ahli' yang akan menemani mereka di neraka.
Sedarkah kita yang bisikan syaitan sentiasa berdesir, membuatkan mata hati kerapkali terpejam pedih? Buta pandangan minda, saat cinta dan nafsu digaul menjadi satu. Iman senipis bawang terbang melayang tak mampu digenggam.
Kepada yang membaca perkongsian minda ini, jika anda membacanya dari ayat ke ayat, saya mengharapkan ada hati yang akan 'tersentuh'. Saya membayangkan reaksi anda, mungkinkah akan menggelengkan kepala ataupun mencebik bibir. Atau sekadar tersengih dan mengatakan, "Biasalah tu. Mana ada manusia yang sempurna...."
Sejauh mana kesan kesedaran yang mengengah hati anda? Hanya Allah yang tahu, dan hanya anda yang mampu merasai.
Saya teringat ungkapan popular; 'mencegah lebih baik dari mengubati'. Pasti ramai yang telah menghadamnya dan menyetujui benarnya kata itu. Tapi berapa ramai yang mengorak langkah untuk menambah iman dengan mendekatkan diri dengan Allah? Kenapa kesedaran yang sedikit tidak dijadikan turning point untuk memulakan langkah mencari kaedah pencegahan yang bakal menyelamatkan diri dan generasi akan datang?
Seoalan yang saya tak pernah lupa dan tak mahu saya lupa.... Bila kali terakhir saya menghadiri majlis ilmu yang melunakkan hati dan perasaan? Bila kali terakhir saya memeluk rakan jemaah masjid yang sentuhannya memberi kedamaian? Saya mahu berada di kalangan mereka, mahu sentiasa mencari halwa telinga yang meresap ke jiwa. Bukankah hati mudah kaku dan beku bila terlalu lama dibiarkan tanpa belaian kalam Tuhan?
Saya menulis bukan untuk menuding jari, saya menulis untuk berkongsi cetusan rasa hati. Keluhan pada diri sendiri. Apa yang saya dah sumbangkan untuk mencari pencerahan kepada zaman kemajuan yang gelap ini? Mampukah saya menyuarakan sedikit teguran dan seruan ke arah kebaikan? Ya Allah... lemahnya hambaMu ini. Ampun Ya Allah...
Tuhanku Allah Ar-Rahman Ar-Rahim, Kau bukalah hati-hati kami untuk menerima cahaya bimbinganMu. Kau kuatkanlah langkah kaki kami untuk menuju ke arahMu. Kau lindungilah jiwa kami dari sentuhan syaitan yang beracun. Kau tutuplah mata kami dari pandangan iblis yang mendorong. Kau tutuplah telinga kami dari bisikan nafsu yang mudah tersandung. Ya Allah... selamatkan kami dan generasi kami dari kemusnahan... selamatkan kami dunia dan akhirat....
Nota tambahan :
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
Mar 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
risau dan bimbang..tertanya2 kehidupan anak2 (terutama anak sy sendiri)pada masa hadapan yg serba moden.
tulisan ini bagus untuk membuka mata membuka minda.. .semoga yang membacanya akan insaf dan akan ambil langkah terbaik untuk memperbaiki, insyallah
Sangat sedih mengenangkan sikap org Melayu Islam...zaman sekarang, luar dan dalam rumah, pelbagai anasir negatif..
Semoga terus istiqomah utk menimba ilmu & berdakwah walau apa cara sekalipun..
Takut...kan. Semakin ramai umat yang tidak berbapa...
@gdiz,
Iringi kehidupan mereka dengan doa agar di pelihara dunia dan akhirat. Itulah yang paling mereka perlukan.
===================
@maksu,
Moga begitulah hendaknya.
===================
@nohas,
Memangnya kita kini sedang berada di dunia akhir zaman.
===================
@eeeda,
Nampaknya menggugurkan kandungan dan membunuh bayi tidak mengurangkan bilangan bilangan anak-anak tak sah taraf, kan?
Allah hai...
anak-anak tak salah
anak-anak tak pernah salah
salah pada yang tidak ngerti
yang ngerti pun seolah lupa
Sedarilah... Ya Rabb tumapahkanlah cahaya hidayah-Mu atas kami, limpahi kami dengan kefahaman tidak bertepi atas cubaan-cubaan dunia ke atas insan-insan lemah seperti kami.
Nak marah pun tak bolehkan...
Kalau dah berlaku.
Hailaa...
Salam,
Saya juga tidak mahu menuding jari pada sesiapa, tetapi tidak dapat tidak kita perlu melihat pada al-Quran dan Hadis. Jelas dan terang. Itulah penawar terbaik. Lihat ayat ini:
Firman Allah: "Penzina perempuan dan penzina lelaki, deralah masing-masing dari keduanya seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman." (An-Nur: 2)
Salam Su,
Pedih memang pedih....terfikir gak adakah remaja2 sekarang kurang didikan agama atau tersisih dari perhatian ibubapa !!. Isshh gerun memikirkannya.
Bezakan kita dulu2...kalau tak dapat baca alif, ba, ta....dah kena 10 rotan.
@Balqis,
Anak-anak tak salah...??
Anak-anak yg besar mana?
Kalau yg bayi, memanglah... tapi kalau dah besar, dah boleh timbang baik buruk, salah tetap salah.
Nak marah tak boleh?
Tapi kalau tak marah lagi tak boleh... Mana peginya pemahaman kata-kata 'amal makruf nahi mungkar'?
Atau... kak su yg salah faham maksud kata-kata Balqis? Adeh... bahasa tinggi dan tersirat... kak su pening.. hehe
@farid
Salam.
Thks farid, kak su memang mencari-cari firman Allah yang berkaitan dengan isu ini.
===================
@Tokma,
Salam tokma,
Mungkinkah ibu bapa sekarang terlebih 'empati' pd anak-anak, sehingga membiarkan segala kehendak anak-anak dipenuhi dan diri sendiri hilang ketegasan kerana dibutakan oleh kasih sayang?
Marah itu tanda sayang. Larang itu tanda kasih. Itu pegangan ibubapa dahulu. Apa yang Su faham dari cara didikan orang-rang dahulu ialah yang digenggam adalah rotan, tapi yang dialirkan adalah pengajaran yang mengukir peribadi. Walaupun sakit tapi berkesan. Sayang sekali kerana pengertian dan pemahaman itu telah pudar dan menghilang di telan zaman.
Itulah hakikatnya, Su..
Kita sekarang semakin kurang perasaan malu dan takut. Lihat sahaja anak-anak kecil kini. Mereka terlalu expose dan terdorong untuk melalukan sesuatu dengan bangga.
Kalau Tie dulu memang tak berani keluar rumah apatah lagi bersembang-sembang dengan orang yang tak dikenali. Anak-anak sekarang amat berbeza. Berani tak bertempat dan suka memberontak. Akhlak yang mulia dipersendakan...
@Kak Tie,
Kebanggaan tak bertempat, kan? Mungkin 'didikan' media massa lebih kuat pengaruhnya terhadap perlakuan anak-anak.
Mungkin ada kesilapan dalam didikan yang boleh kita nilai kembali dan perbaiki. Ada baiknya jika artikel ini di baca, mungkin boleh membantu kita mencari 'lompang' dalam kasih sayang kita terhadap anak-anak jika ada.
salam akak...rindu !!!
tak tahu nak komen ape,sebab damai pun dah banyak handle case unmarried mother ni ( skarang kat dept kanak2 kan)...:(
take care akak...
@Damai
Salam dik...
Sibuk merindu erk? ahaks :D
Damai keje kat hsp. pastinya lebih tahu betapa banyaknya kes begini kan?
Post a Comment