Jan 2, 2010

Hadirmu... hadiah buatku.

Buat suami...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku bang, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran
Moga kita akan saling menemani perjalanan kehidupan untuk mencari bahagia dunia dan akhirat.

Nota : Aduhai... saya tak tahu nak hadiah apa kat dia. Memang masalah tahunan saya. Huhu.... Selain dari doa, ucapan, pelukan dan ciuman tanda cinta, saya miskin dengan idea romantis. Tambahan pula hujung minggu ini ada tetamu yang datang bermalam dan perlu dilayani.

14 comments:

alQasam said...

Askum Kak Su

Hari lahir suami K.Su sama dengan saya. Suami saya bersungguh nak buat itu dan ini buat saya. Masak, rancang percutian, hadiah etc. Saya katakan tak perlu macam-macam. Dia tanya saya nak apa? Saya pun tak tahu nak bagi jawapan apa. Saya katakan sahaja. Saya taknak apa-apa (walau ada wishlist, tapi saya didik nafsu untuk taknak beli apa-apa) dan plan nak saving untuk future je.

Dari pagi tadi dia keluar dekat 4jam kata nak beli breakfast sekejap dan tambahan barang untuk dia nak masakkan untuk saya dan tak balik-balik lagi sampai sekarang.(Hp tak bawa), dia pakai baju biasa dan memang tak ke hospital hari ni. SubhanALLAH, risau sangat.(Tak pernah macam ni).

At the end, saya tahu hadiah yang paling saya inginkan hanyalah kehadiran suami saya dan hadiah paling bermakna saya pernah dapat ialah suami saya himself.

alQasam said...

Dan saya rasa suami Kak Su juga macam tu. Kehadiran Kak Su dan berada di sisinya dalam hidup pun dah memadai baginya.(Itu yang suami saya selalu bagitahu. Bagi lelaki, kita berada di samping suami susah senang, buruk baik dah kira hadiah terbesar). Saya pun kering idea romantis. Suami saya lebih thoughtful bab-bab ini.

Saya doakan kehidupan dan keluarga Kak Su diberkahi ALLAH dan dilimpah ni'mah yang istimewa dari ALLAH. Amin(Tlg doakan saya juga ya. Risau sangat ni. Moga ALLAH pelihara suami saya. Duduk tak senang. Nak buat kerja pun tak boleh.)

p/s: Maaf, mengadu di sini pula.

Nooreena said...

Salam Kak Su.. :)

So sweeeeett~ :D
Happy Birthday abang. Jaga kakak elok2 tau. Semoga kebahagiaan milik kalian sehingga akhir hayat.

Tie said...

Doalah agar dia terus bahagia bersama Su. Dan doalah agar Su sendiri dapat membahagiakan dia.

Faridrashidi said...

Salam Kak Su,

Lama tak nampak? Apa khabar?

Apakata kak su buat kenduri kesyukuran. Amacam?

suara said...

@AlQasam... Waalaikumussalam.

B'day sama ye!? Alahai... baru hari ni dapat jengok blog. Entry ni sebenarnya kak su schedulekan dua hari sebelumnya sbb tahu weekend tak dapat nak mengadap komputer sangat. Harap kak su tak begitu terlambat utk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buatmu dik. Doa kak su, semoga Allah berkati kehidupanmu dengan memberikan segala yang terbaik dan membahagiakan... di dunia dan diakhirat.

Harap kerisauan kamu saat menulis komen di sini berakhir dengan kelegaan. Nanti ceritakan kat blog apa kesudahannya ye! Mesti dia masak sst yg istimewa, kan? ;)

Tentang hadiah, abang pun bagi jawapan yang sama. Tak nak apa-apa. Biasanya paling tidak kami akan keluar makan, atau kalau hari cuti, kak su masak utk dia. Tapi thn ni mmg kak su tak buat apa-apa, tak keluar dan tak masak masakan istimewa sbb ada tamu kat rumah sepanjang hujung minggu. Masak untuk tetamu lain nilai keistimewaannya jika masak untuk suami sorang.

==================
@Reen.
Salam kembali buat reen.
Terima kasih... Tapi abg tak baca kot blog ni... :)
Amin.

===================
@Kak Tie,
Terimakasih kak tie... InsyaAllah.

===================
@Farid,
Salam Farid.
Kak Su sihat walaupun sibuk. Alhamdulillah...

Kenduri kesyukuran... dah ada dalam perancangan awal, nak jemput beberapa org teman rapat dan jiran, tapi terpaksa batalkan sbb ramai yg ada urusan lain yag nak diselesaikan, dan kak su juga ada tamu yang datang bermalam.

Adliff said...

Salam,

Kak Su,

Semoga kalian berdua dalam rahmat dan rahimnya sentiasa. Semoga kasih sayang sentiasa bersemarak bak bunga semarak api yang merah menyala menghiasi lorong-lorong perumahan.

ryann said...

semoga berbahagia. terasa romantisnya

Mak Su said...

psst psst , moga dpt cari idea romantis yg best utk yg tersyg

adik wani~ said...

salam..
k.su,sori coz ktorg gnggu weekend k.su ngn abg yom time 2... xtau plak time 2 besday abg yom... sori ye.. kami dtg clap ari..
hehe..nyway, smoga k.su n abg yom sentiasa bahagia n berada dlm pelukan cintaNya...

suara said...

@adik wani
Salam dik.
Alahai... tak kisah adik datang hari apapun... rumah kak su sentiasa terbuka untuk adik dan kekawan. Asalkan schedule kak su tak clash dengan apa-apa program. Kalau ada pun, kak su heret je kalian sekali. Bukan tak biasa, kan? :D

adik wani~ said...

wasalam..
hehe, thanks ye k.su..
skrg ni mggu exam final, then cuti pnjg..
ingt nak letak brg2 umh k.su sbb xleh tinggal brg kt sini.. 2 pun kalo xnyusahkan k.su la..=)

suara said...

bila mula cuti?
Boleh aja nak letak barang. Tak susah apa pun. Tapi kena cakap awal, sbb kak su bimbang kalau clash dgn jadual kak su, tak boleh nak pegi ambik. Adik boleh dtg hantar brg tu kat rumah ke?

adik wani~ said...

erm... balik klate 1/5 ni.
xpela k.su, xjd nk letak brg umah k.su.. letak kat store je..
sori