Sep 10, 2009

Rezeki yang mana?

Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rezeki. Rezeki dunia dan juga rezeki akhirat. Pilih. Kaya dunia atau kaya akhirat?

Bazaar Ramadhan atau gerai-gerai yang dibuka sempena bulan Ramadhan, memberikan rezeki tambahan buat pengusahanya. Kalau ke bazaar Ramadhan, memang selera mata saya besar walaupun perut saya kecil. Banyak sekali pilihan samada lauk pauk, kueh muih, biskut yang pelbagai, pakaian dan kelengkapan rumah. Segalanya on SALE!

Alhamdulillah, memang murah rezeki bagi yang rajin berusaha.

Jangan lupa, Ramadhan adalah bulan rahmat. Untuk umat Islam, itulah yang paling utama. Saya pasti ramai yang sedia maklum.

Segala amalan dan kebaikan di bulan ini dilipat gandakan pahalanya. Tika inilah, sedekah digalakkan, bacaan Quran dipertingkatkan sebab nak khatamkan dalam masa sebulan, solat sunat dan solat malam elok dilebihkan dan zikir munajat diperbanyakkan. Jangan pulak kita lupa bahawa pahala berganda itu adalah rezeki sebenarnya.

Tapi sedih jugak bila melihat keasyikan saudara seagama mencari rezeki dunia membuatkan ada yang terabai mengutip rezeki akhirat. Semasa orang sibuk mengejar 10 malam terakhir, ada yang bersengkang mata menyiapkan tempahan pelanggan. Bukan tak boleh, tapi sulamilah dengan kutipan pahala akhirat. Paling tidak, berzikir sambil membakar kueh bangkit ke, berselawat sambil menjahit manik labuci di baju ke....

InsyaAllah, kalau benar mahu, pasti anda mampu mencapai keduanya. Namun buat orang seperti saya, rasanya hanya satu saja yang boleh diusahakan di bulan Ramadhan ini. Saya tak pandai buat biskut sebab tak suka makan, (heh, alasan!) nak menjahit baju berlabuci, rasa tak berbaloi sebab tak minat baju berkilat-kilat (alasan lagi...).

Memangnya masa untuk saya (dan juga kalian) berada di dunia ini semakin singkat. Lalu saya mahu mengejar rezeki buat bekalan di akhirat. Tapi ada ketika saya gagal saat diri terlantar keletihan (walaupun hanya kerja mengetuk papan keyboard je). Tadarus berakhir pukul 12 tengah malam. Balik ke rumah, hidangan untuk sahur perlu disediakan. Sudahnya solat malam tak terjaga, qiamullail pula entah ke mana. Latihan bangun dipertengahan malam sebelum 10 malam terakhir menjelang, nyata menghadapi kebuntuan.

Tak tersedar. Tak terjaga. 'Tak kaba' kata orang Kelantan. Aduhai.... Sedihnya...

Ya Allah... berikan aku tidur dan rehat yang cukup. Bekalkan aku dengan kekuatan untuk beribadat dan menyeru namaMu di pertengahan malam. Permudahkan aku untuk mencari malam lailatul qadar yang penuh keberkatan....

5 comments:

Nooreena said...

Akak.. selain beribadat, kena juga jaga kesihatan tau. Reen doakan semoga kita sama-sama beroleh manfaat di hari-hari terakhir Ramadhan..

Cayang akak! *hugs*

Adliff said...

Salam,

Kak Su,
Perbanyakkan makan kurma untuk tenaga.

Salam hujung ramadan.

suara said...

@Nooreena,
Thks dik, atas ingatan. *hugs* InsyaAllah, kak su akan ingat tu.
Amin...

@Aliff,
Huhuhu... kurma tu hanya masuk tekak masa buka puasa je, tu pun sebijik dua. Payah betul nak menelannya. Adeh...

Apapun, terima kasik dik, atas petua tu. InsyaAllah, kak su akan cuba perbanyakkan biji yg ditelan. (errr... bukan bijinya, tapi bilangan buahnya...)

Kujie said...

Su,

lagi banyak kita berusaha menraih ' bonus' yg ditawarkan lagi kuat dugaan.....pertembungan akal dan nafsu

Balqis said...

Amin!

Sama-sama kita berdoa ya, Kak Su!