Oct 19, 2008

Bulan Dan Hari

"Puasa sebulan, sebab tu dipanggil bulan puasa. Raya sehari sebab tu lah di sebut hari raya. Ada orang panggil hari-hari raya? Tak de kan? Jadi raya tu berpada-padalah. Jangan lebih-lebih pulak." Cerita abang pada saya tentang bebelan bossnya bila ada staff yang masih lagi ambil EL (emergency leave) tanpa sebab yang munasabah. Tak puas beraya kot.

Saya tergelak. Betul juga tu.

Tapi ramai yang pegang prinsip puasa sebulan, raya pun kenalah sebulan jugak. Alasannya, bulan Syawal tu sebulan. Aduhai...

Seakan sudah menjadi tradisi, masyarakat kita memang suka bersedekah di bulan Ramadhan. Dan ziarah pula selalunya dilakukan di bulan Syawal. Itupun kerana ada jemputan open house. Kenapa mesti begitu? Ziarah pun nak dijemput ke? (Menyoal sambil mengutuk diri sendiri ni. Huhu...)

Mak dan ayah mertua saya memang suka menziarahi saudara dan kawan-kawan. Tak hairanlah mereka cukup di kenali dan disegani oleh ramai orang (tapi takde lah sehebat celebriti).

Kali pertama saya bertemu dengan mereka, ialah bila mereka datang ziarahi arwah ayah yang sakit masa tu. Saya terkejut. Saya tak kenal mereka. Mereka datang hanya kerana saya berkawan dengan anaknya (bukan bercinta ye).

Mungkin mereka punya niat serampang dua mata. Ziarah sambil nak kenal orang yang berkawan dengan anak mereka (Err... Merisik secara tak rasmi?). Terus saya jatuh kasih pada mereka. Sungguh saya kagum dengan sikap mereka. Terharu dengan cara mereka.

Saya nak jadi macam mereka. Tapi saya pemalu. (Erk... Betul ke? Boleh pakai alasan ni? Haha...)

24 comments:

azlanlin said...

Kunjungan yg ikhlas amat berkurangan. Biasanya, kita akan berhenti berkunjung apabila kita tidak dapat kunjungan balas drp tuan rumah yang kita kunjungi... kenapa ek? Macam pipi tersorong-sorong ke? Ermmm

Tawel Sensei said...

Saya sebenarnya tak berapa gemar dengan trend rumah terbuka ni. Sebab lama-lama, orang kita tengok benda ni macam dah jadi suatu kemestian; macam juga tradisi wang hantaran.

Kalau tak buat, kena perli dan kutuk. Kita pula main perli saja, tanpa nak ambil kisah orang tu mampu atau tidak. Yang asyik ditanya, "Bila nak buat rumah terbuka?"

Inilah dia akibatnya apabila membina ukhuwwah berlandaskan "akidah perut".

suara said...

Azlanlin...
Betul tu. Keikhlasan semakin hilang oleh edaran zaman. Sangkaan pipi tersorong-sorong tu sbnrnya adalah prasangka semata-mata. Bisikan syaitan untuk memutuskan silaturahim.

==================
Tawel...
Tu lah. Dah jadi trend pulak skrg kan?

Sebenarnya menjamu tetamu dengan hidangan itu amat digalakkan dalam Islam, tapi tak seharusnya bermusim. Dan tak seharusnya menjadi beban pada tuan rumah. Jika rasa terbeban, keikhlasan tak ada dan pahala pun entah kemana.

Tapi janganlah kerana tuan rumah tak hidang makanan sedap-sedap masa berkunjung, terus tak datang lagi lepas tu. Tu pun kunjungan tak ikhlas jugak namanya tu.

rudy bluehikari said...

skrg zaman budak2 depan tv waktu raya. betul betul betul~

Mak Su said...

saya mmg tak byk mulut, kemana2 saya pergi, org susah nak nampak saya, tapi saya suka tonjolkan diri dengn gi melawat sedare-sedare, w/pun saya diam and pendiam, tapi muka saya orng kenal gaks.

suara said...

rudy...
memang pun. tetamu datang bukan nak beramah mesra pun. leka dengan tv.

=================
maksu...
elok lah tu. banyak mulut karang, terlebih cerita pulak. terlebih cerita karang, tergelincir mengumpat lak.

ziarah itu kaedahnya adalah dengan hadirkan diri agar nampak kewujudan di depan mata. mulut yg banyak tu, lain kira. kalau ramah seronok bercerita. kalau tidak, lidah akan lebih terjaga. itu saja.

echah_syed said...

combi ni peramah tp pilih org gak.. :)

seganlaa kalo asik kita yg tego dulu..nnt org ckp terhegeh-hegeh laa pulak :(

e-leeyana said...

hehehehe...aduh...ok la tu...serampang dua mata...smbl menyelam, minum air...klu x, tkt melepassss

GDIZ said...

raya sebulan juga. kan kita dpt jemputan open house sampai habis syawal, heheh.penat juga kalau sehari 2 /3 jemputan open house ni.;p nak pulak jalan boleh jam. agaknya semua org pun pg open house ek,

suara said...

combi...
Haaa... prasangka lah tu. su penah rasa segan nak tegur kawan sbb penah sekali su senyum kat dia tapi dia tak balaspun. Bila jumpa dan borak, dia bgtau yg dia tu rabun... dan sbb kerabunannya tu, dia tak mahu senyum sembarangan sbb nanti orang cakap dia biol pulak. bila org panggil, melilau dia mencari. kekeke

==================
eleeyana...
sib baik serampang dua mata... dan bukannya senapang. hehehe

==================
gdiz...
jemputan open hse tu weekend selalunya. dpt gak jemputan kekawan, sehari kadang tu sampai 2-3 rumah. su cuma harap ziarah kita tu lebih kepada mengeratkan ukhuwah dan bukannya sbb ada makanan sedap-sedap.

pemerhatian su, bila ramai sgt yg nak di layan, tak sempat nak beramah-tamah dan berkenal-kenalan lebih rapat. datang just tunjuk muka je, pastu makan. sudahnya perut je yg kenyang, tapi ukhuwah tak 'diperbaharui jalinannya'.

U.Lee said...

Hello Suara, I miss hari raya....old days had a lot of Malay friends homes to visit...makan rendang, ketupat, ayam curry merah, sambal belachan...and I love Malay food.
And when school days even followed my Malay friend balek his kampong...juah di belakang sawah and stayed with him in his house.

(Incidentally there were 4 young Malay girls in the kampong who learned to play poker, ha ha, but they cheated, ha ha, guess who taught them, but pakcik not good at bluffing in poker, selalu kala)

But terok betul bagun pukul enam mandi perigi, adoi! Sejuk la ayer too! But I drew a line at wearing a sarong, ha ha. But I sure became an expert at drawing water from a well with a pail.

And once even stayed back for hari raya, even got mistaken for a Malay, ha ha.
I helped the makcik tolak the dodol, buat ketupat, tetapi banyak rosak, ha ha...and listen to the makciks gossips.

One time pakcik got me and his son to volunteer collect coconut husks to burn, make smoke so malan tada nyamuk....we instead collect a lot and burn...the smoke went into the house...you should see makcik, and the children scrambling out, thinking the house on fire....and pakcik bathing at the well ran home thought habis rumah dia...

Of course we were never asked to collect or burn the coconut husks anymore.....and yes, I grew up among Malays, my best friends were Malays.

And even my best friend married a Malay girl I had employed.
If Suara got nothing better to do, check out my archive, 'A Malay girl and her destiny', d/d 2/12/08

You have a nice day and keep well, Lee.

BalQis said...

Saya lagilah pemalu, ahaks...
Ziarah-ziarah blog ni bolehlah, ziarah rumah orang... saya fikir dua kali juga~

Tapi di sini, kami ada program ziarah menziarahi, mahu tengok keadaan kawan2 sambil sampai2kan apa yang perlu, pun begitu~ malu masih menebal, ahaks...mcm mn nk berdakwahkan?

isk...

sepi said...

dulu - raya memang akak nantikan, mak masih ada, dia masih ada, skrg ni raya dah mcm "kosong"... but alhamdulillah, akak bersyukur dgn segala yg ada di sekeling akak...

pssttt.. bila nak jumpa ni....:-) [minggu ni ke jb, mungkin ke umah pah]

suara said...

uncle lee...
I'm glad you have a good time with your malay friends last time. Such a sweet memory kan?
Your story remind me to my village. Sawah padi and dusun... So nice...

Thks uncle... i'll will visit your blog to read n3 about your malay friends later.

==================
Balqis...
Kak su pun tak pandai nak berdakwah. Skill bercakap tak bagus sgt. Lagipun ilmu masih banyak yg kurang. Cuma sesekali berkongsi dan mengingatkan untuk manfaat besama. Ye lah... kita harus berpesan-pesan untuk kebaikan, kan.

Tak pe... pelan-pelan Balqis asahlah bakat berdakwah tu... kikis perasaan malu yg keterlaluan. Cukup kalau malu-malu kucing je... hehe

==================
kak sepi...
su doakan agar perasaan kosong kak sepi tu akan berlalu secepat mungkin. kita isi kekosongan tu dengan mengingatiNya, pasti perasaan rindu menanti Syawal tu akan kembali. Malah keindahannya lebih lagi...

su mmg tunggu ziarah kak sepi. walaupun su tak buat open hse, datang ye. Kalau jumpa kak pah, tolong peluk dia bagi pihak su...

Tie said...

Salam su...pasal rumah terbuka tu kan..pada pendapat tie lah...kerana suasana sekarang (sibuk bekerja), masa tu amat terhad. Jadi bila buat rumah terbuka, semua dijemput pada satu masa.Hidangan pun senang diatur, nak layan tetamu 100% pada hari tu.

Kalau tetamu datang tak tentu masa, tuan rumah tak bersedia,mungkin letih,atau ada perkara lain nak diuruskan. Jadi,pada hari yang ditetapkan , tuan rumah memang sudah sedia, sehari suntuk melayan tetamu. Hari lain boleh berkunjung ke rumah orang lain pulak...(setuju tak?)

Ibnurashidi said...

Saya harapkan, biarlah tradisi berziarah diadakan bukan sahaja pada Syawal saja, malah bulan2 Islam lain. Tidak ada salahnya. Tetamu datang menyumbang rahmat Allah..Insya'Allah.

Saya juga pemalu..Kak SU setuju?:)

suara said...

Tie...
Betul jugak tu. Tapi alangkah bagusnya kalau dapat teruskan amalan ziarah tanpa mengira waktu dan tanpa bersebab (terutama kalau ziarah sbb nak makan free... hehe.)

==================
Ibnurashidi...
Tu lah. Kak su mmg tak kisah terima tetamu bila-bila masa, walaupun bukan bulan Syawal. Tapi kalau boleh bagitahu dulu, jgn buat surprise. Jadi bolehlah kak su sediakan sedikit jamuan untuk tetamu. Tak seronoklah kalau bg tetamu minum air je. Paling tidak goreng bihun ke...

Laaa... pemalu ke? malu macam mana tu... malu-malu kucing erk (malu tapi mahu hehe)?

Sufi Idany said...

salam ziarah....
skang mcm dh jd trend open house ni sumer... sys scr peribadi tak setuju sgt pasal open house ni. kalu nak ziarah pada saya tk perlu tggu hari raya, tk perlu kena wat umah terbuka dulu.

apapun yang kita buat jgn adakan apa2 syarat kerana kasih sayang lahir tanpa bersyarat...

suara said...

sufi idany...
salam ziarah.
tu lah pasal, open hse dah jadi trend. Tapi kak su rasalah, sbnrnya kat bandar je yg org buat open hse, kat kg rasanya mrk masih dgn tradisi lama. Ziarah bila-bila masa je. Cuma kak su bimbang, andai konsep ziarah macam ni berterusan (ziarah masa open hse je), nilai kemasyarakatan dan kemesraan semakin berkurang.

Tapi mungkin niat mereka yg buat open hse tu ialah nak berjumpa dan menjamu mrk yg teramat segan nak datang sbb bimbang kedatangan mrk diluar waktu pejabat (errr... pejabat? tak jumpa perkataan sesuai sbnrnya. hehe) akan menyusahkan tuan rumah.

Apapun, jika ada jemputan open hse, sebaiknya kita cuba penuhi, kecuali jika ada hal lain yg tak dapat di elakkan.

ryann said...

ada juga pakcik yang rajin kunjung ke rumah saudara mara dan rakan. ramai yang suka. tetapi kalau ke rumahnya sentiasa tiada

ann said...

salam..ahaha alasan cam kain alas jer..ekekeke saja gurau2 ...apa pun org yang mesra tu sungguh mengkagumkan..sebab mereka mempunya kelebihan..tidak social handicap kan...

suara said...

Ryann...
hehe... kalau cam tu kiranya ziarah sehala je lah. kalau cam tu, agaknya kena bgtau dia dulu kalau nak datang. Baru dia standby dok kat rumah je.

==================
Ann...
Salam.
Hehe. Alasan mesti ada. Nanti kalau jumpa dan mulut tak terbuka bicara, nanti org kata sombong pula. Tapi malu biar bertempat, ye tak?

Su pun mmg kagum dgn org yg mudah mesra. Kelebihan yg tk semua org ada. Tapi terfikir gak... keramahan boleh di asah ke?

nahwanNUR said...

assalamualaikum..

kak su, kalau time blaja ni lagi la lumayannya di jemput ke rumah terbuka, lagi2 time takde duit, kalau tak jemput pun memang nak mai. Hehehe. Lagi2 di u ni, bile masing2 bwk kuih raya, lagilah byk rumah terbuka yg tak rasmi. Memang sudah di lihat sebagai trend.

Tapi kak, saya suka memandangkan suatu perkara itu pada kebaikan yg mampu dia bawa. Cthnya ukhwah tu, sebenarnya tak semua org punya masa nak melawat saja2(sebab kerja, sebab itu ini dn segala kekangan yg dia tak mampu nk elakkan) atau memang dia bukan jenis suka ziarah saja2, maka ini peluang dia ambil utk ziarah mungkin sekadar menyatakan 'ukhwah itu masih ada'. Wallahua'lam.

Merisik secara tak rasmi tu ada benarnya, byk kes dh tu dn alhamdulillah ada yg smpai ke jinjnag pelamin kan. Hehe. Lainnye no komen. Huhu

Kak su, ni nak wat muka tak malu (walau sebenarnya saya ni pemalu, huhu, iyolah tu..), nak bitau, saya nak mai umah kak su suatu hari nanti, insyaALLAH.

Pasal dakwah tu, yang penting selain dakwah bil lisan, adalah dakwah bil hal, perbuatan kita. Bukan keperibadian itu utk menunjuk, tp utk diri sendiri juga dn niat lillahita'ala, insyaALLAH akan ada nilainya nnt. Kerana DIA menilai manusia mengikut kemampuan sendiri, bukan tahap tertinggi suatu perkara tu. Ala kullihal, sama2 usaha ya, tak sampaikan banyak sikit pun jadilah kan :)

Wallahua'lam

suara said...

NahwanNur...
Waalaikumussalam.

Aduhh... rindu banget kak su pada komen-komen dilah. Sibuk sangat ye... Alahai...

Dilah kat U buat 'open room' jugak ke? Kak su pun pernah alami tradisi tu dulu. Best. Riuh rendah dgn kekawan. Jamu kueh rasa sampai habuk biskut pun licin. Sampaikan biskut kering pun rasa macam biskut raya jugak... Haha...

Masa belajar tak banyak jemputan yg kak su dapat. Tapi bila dah keje, ramai member yang tinggal di rumah sewa dan yg dah kawin, jemputan ke open hse datang bertalu-talu, sampai perut terkejut sebab terlebih muatan.

Ahaa... ni sorang lagi yang mengaku pemalu. Betul atau tak, kita tungguuuuuu....

Dan kak su tungguuuu kedatangan Dilah ke Shah Alam. Call dulu tau. Nanti bolehlah kak su sediakan menu utk dipilih... (Cewah.. macam le banyak sangat senarai makanan yg pandai kak su pandai masak. :P Haha)