Oct 14, 2008

Bertahanlah...

"Aku bertahan hidup dengan dia sekarang sebab malu dengan keluarga. Dah takdir aku. Dulu, mak ayah dah nasihatkan aku, tapi aku degil, nak jugak dia. Walaupun kakak dan abang aku tak begitu suka kat dia, tapi aku teruskan jugak." Luah seorang teman. Matanya basah.

Aku terkedu. Dimanakah cinta dulu? Hilang disapu masa?

Kehidupan hari esok adalah rahsia Allah. Kita tak mungkin mengetahuinya. Yang kita tahu ialah setiap dari kita punya harapan dan impian.

Mahu bahagia dinikmati sentiasa. Hari ini, esok... dan esok... dan esok... dan selamanya.

"Sahabat, sabarlah... Bertahanlah. Aku pasti cinta itu masih ada. Kau cuma perlu menerima apa yang tersedia. Redha. Dan teruskan memberi. Aku tahu cinta di hatimu masih melimpah untuknya. Kau cuma terluka.

Allah sentiasa bersamamu. Aku juga. InsyaAllah." Hanya itu yang mampu aku katakan. Doaku sentiasa ada.

28 comments:

Tie said...

Kesian,ye..tie tak ada pengalaman begitu,tak pernah kena reject atau dikecewakan. Tapi tie faham,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

azlanlin said...

Biasanya, beart bahu memikul kerana cuba menolak sesutu musibah yang melanda. Jika diterima awalnya kemelut itu, barulah memikirkan apa jua cara untuk menyelesaikannya...

U.Lee said...

Hi Suara, we enjoy warmth because we have been cold. We appreciate light because we have been in darkness. By the same token, we can experience joy because we have known darkness.

Suara, live your life with no excuses, love with no regrets, as our life today is not a dress rehearsal...

You have to take the good with the bad. Smile with the sad, love what you've got, remember what you've had, learn from your mistakes, but remember....life goes on.

And don't cry because its over, .....but smile because it happened.
You keep well and have a nice day, best regards, Lee.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..
Yakinlah dgn kasih sayang Allah. Mudah2an pula DIA memberikan kasih sayangNYA & kasih sayang insan lain terhadapmu.

suara said...

Tie...
Tu lah, kan. Berat mata memandang, tak setanding dgn bahu yang memikul. Semoga Allah berikan kesabaran dan cahaya padanya dalam menjalani kehidupan yang kita tahu tak mudah.

==================
Azlanlin...
Kerana itulah kita perlu redha. Redha itu tandanya menerima segala yang ada dgn hati terbuka. Terluka, diluka dan meluka itu adakalanya berlaku dalam kehidupan rumahtangga, kerana mana ada manusia yang sempurna. Forgive and forget; itu kunci redha.

===================
Uncle Lee...
Thks for your advice. Really appreciate and love to read it. Like a poem, so nice. Anyway, it's a story about my best friend, not me.

Life is simple if we take it easy but not always. Most of the time, love gave us more colour in our life. Good or bad, sweet or bitter, happy or sad, it's all make us stronger. Like a painting, more colour is better.

What you said is so true. I'm sure she will be able to go through all this moment with flying colours. I've promise will stay beside her, always.

Thks again uncle Lee, for the visit. :)

==================
Amal@priaprai@chulan chin...
Salam dan terima ksih sbb singgah.

Hidup ini sememangnya penuh dgn kasih sayang. Andai ada kasih sayang insan yang kurang, pastinya tetap ada kasih sayang Allah yang lebih.

Bila Dia mahu hambaNya dekat denganNya, dugaan dan cubaan dlm kehidupan akan diberikan. Cuma bagaimana kita nak merasai kasih sayang itu, itu terserah pada diri untuk tentukan.

Semoga sahabat saya itu terus kuat.

Mak Su said...

kena berusaha untuk mengcreate bahagia, gamaknyer....

suara said...

Mak su...
Memang kena berusaha maksu. Tak boleh mengharap saja.

Su teringat kata seorang ustaz; 'bahagia itu adalah tenang, dan tenang itu dikatakan milik hati yang tahu bersyukur. Tapi hati yang bersyukur itu perlu diminta dari Allah, sebab Dia pemilik hati.'

Kujie said...

Sebab itu kata orang kahwini orang yang mencintai kita bukan mengejar orang yang kita cinta.

Bersama kita berdoa moga lebih tabah dan berlapang dada menerima semua itu.


p/s - soalan su kak jie dah jawap, dlm entri terbaru

fusarium solani said...

Salam,
Kak Su,

Semua yang berlaku sudah ditulis taqdirnya oleh Allah SWT, cuma hasil akhirnya terpulang bagaimana kita menghadapi ujianNya. Jika kita ridha, berlapang dada dan yakin dengaNya maka akan ada jalan keluar dari lapangan yang tidak disangka-sangka.

Kalau ada kesalahan terpendam yang menyakitkan keluarga, eloklah dia memohon maaf, mungkin doa ibu bapa boleh membantu dirinya menghadapi situasi ini.

suara said...

Kak Jie...
Betul tu. Su setuju. Tapi bagi su, satu lagi yang su tekankan ialah bila nak kawin, biar dapat restu keluarga.

Pilihan sendiri tak salah, tapi biarlah persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak diutamakan. Kalau ada salah satu yang tak setuju, baik pertimbangkan balik. Sbb kita kawin bukan hanya dgn dia, tapi dgn keluarganya sekali.

===================
Aliff FS...
Salam.
Kak su setuju. Doa ibu bapa amat mustajab. Jangan rahsiakan duka dihati.

Kak Su percaya, ujian Allah adalah tanda Dia sayang. Signal untuk kita betulkan apa yang silap.

sepi said...

dulu akak cuba, bukan tak cuba pujuk hati, sabarkan diri, tapi dugaan yg dtg bukan kepalang. bukan mendoakan dia tak bahagia ngan kehidupannya skrg. tapi akak yakin dan amat sedar segala yg berlaku ada hikmahnya. untuk bertanya kenapa, mengapa bukan hak kita. org len buleh berkata - sabar, sabar - hati yg menanggung ibarat menjadi buta untuk seketika... tak ingin jaga dari tidor kerna untuk menganggap per yg dah terjadi hanya MIMPI belaka...

muga teman su, tabah k...

echah_syed said...

berat mata memandang...berat lagi bahu yg memikul.. :(

Akak said...

Salam Su...

Mmg sakit bila cinta putus ditengah jalan tapi hidup mesti diteruskan..

Setuju dengan kata2 Combi, "berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul"..

BalQis said...

salam...

Huhu, no comments (adoi, x membantu langsung saya nie)..
x cukup pengalaman... eheh..

apa pun stiap dugaan and ujian tu mesti ada something Tuhan nak bagitahu, seek for it, InsyaAllah...
kebahagiaan itu nanti milikmu, ameen.

wassalam.

e-leeyana said...

wahhh...alaupun x ku kenal siapa orgnya, tp jauh d sini, sy turut mendoakan utk dia...bersabarlah...semua itu sudah ditetapkan, kita hanya mampu menerima...

suara said...

Kak Sepi...
Su faham kak. Tahap kesabaran setiap dari kita punya hadnya. Bertahan selagi mampu. Kalau tak mampu, pasti ada jalan lain untuk dipilih walaupun menyakitkan. Hidup kita ni kan penuh dgn pilihan...

Dan kawan Su tu masih mahu bertahan. Itu pilihannya. Su hanya mampu menyokong dari jauh dan mendoakan saja.

==================
Combi...
Betul tu. Sbb tu lah Su tak berani komen panjang, cuma menyokong apa yg telah dipilih.

==================
Akak... Salam.
Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. Kalau dulu cinta sampai sanggup berkorban apa saja, tapi bila dah lama, kita pula dijadikan korban. Mana tak sedih.

Tapi su sentiasa percaya, dengan izin Allah, masa mampu mengubati luka.

suara said...

Balqis...
Susah nak cakap dlm hal macam ni. Balqis pun masih muda. Belum terdedah lagi dgn cabaran rumahtangga. Kak su pun tak komen panjang bila dia cakap macam tu. Tak nak jadi batu api, walaupun boleh rasa pahit yg di telan. Lebih baik menyokong pilihannya dan mendoakan.

Setiap dugaan yg di beri mmg ada sst yg Allah nak beritahu. Mungkin kerana kita kurang mengingatiNya lalu Dia berikan sedikit dugaan agar kita sedar, yg sblm ni kita mungkin leka oleh kesibukan dan kesenangan.

==================
e-leeyana...
Thks atas doa. Ada ketika, itulah yg paling diperlukan bila dlm keadaan begini.

KAKTINY said...

su..

be beside her.. she needs accompany.. sentiasa bersamanya... redakan resahnya.. kurangkan esaknya... meskipun tak mampu merawat lukanya.. jadilah pendengar setia.. tempah dia mencurah rasa... itu yang amat diperlukannya.. tika dan saat ini...

suara said...

InsyaAllah tiny...
Su cuba sedaya upaya untuk beri yg terbaik sebagai kawan. Tapi kadang tu su sedih sendiri, sbb masa su tak macam dulu. Masa kini terisi dengan tanggungjawab.

Tapi dia tahu, kalau dia perlukan su, dia boleh call su bila-bila masa je. Dan itulah yg dia lakukan...

TokMa said...

Pepatah Melayu kata : Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. Nasi dah jadi bubur, terpaksa telan walaupun berduri. Kadang2 nasib malang yang ditakdirkan untuk kita adalah hasil dari bait2 kesalahan yg kita lakukan sendiri jugak.
Rasa terkilan kerna dipermainkan durjana yang pakar menggoda.

suara said...

Pepatah yang ramai orang lupa bila hati dah suka. :)

Su juga penah kata dgn dia secara bergurau; "Tu lah kau, gatal nak kawin. Org cantik macam kau ni banyak pilihan boleh buat, tapi entah kenapa dia yg makwe berderet tu yg kau pilih." Dia hanya tergelak. Gelak pedih.

Bila terhantuk baru terngadah. Nasib baik terhantuk, krn mungkin dgn hantukan tu, manusia mampu berfikir dan menilai balik kesan tindakan dan keputusan lama. Lantas berusaha memperbaikinya.

nooreena said...

Kepada kawan kak su, tabahkan hati ya. Selain Allah di sisi, kamu ada keluarga dan rakan-rakan seperti kami yang sentiasa menyokong. :)

Untuk kak su, jangan nakal-nakal. ;)

ariansem said...

sabar!!! n sama2 memperbaiki kesilapan yg lampau. semoga bahagia hari mendatang

Ibnurashidi said...

Sabar, Tabah, Tenang = Insya'Allah ada ganjarannya.

suara said...

Reen...
Hehe. Nakal dgn reen, mmg diharuskan. ;) Tak salah kan?

=================
Ariansem...
Selagi kita masih bernafas, peluang untuk perbaiki kesilapan sentiasa ada. InsyaAllah.

=================
Ibnurashidi...
InsyaAllah. Dia Yang Maha Pemurah, ganjarannya sentiasa melimpah.

~ Ires ~ said...

Assalamualaikum,
Saya ada terbaca in your blog bertajuk "BERTAHANLAH". Ceritanya hampir sama dengan apa yang saya lalui. Kerana ikutkan hati, badan binasa. Akhirnya, saya berpisah dengan suami saya. Sehingga sekarang ini, saya masih tak dapat menerima hakikatnya. Apatah lagi saya mempunyai dua cahaya mata dari perkahwinan kami. Memandang anak-anak membuat saya terkenang kembali akan dirinya. Tuhan sajalah yang tahu bagaimana remuknya hati dan perasaan saya hingga ke hari ini. Walau bagaimana sekalipun, perjalanan hidup ini harus saya teruskan demi untuk anak-anak. Tapi bagaimana harus saya merawati hati yang sekian lama terluka?

suara said...

Ires...
Waalaikumussalam.
Sudahkah Ires baca entry saya yang bertajuk 'Hadirnya hanya pinjaman.'? Mungkin situasi dalam entry itu amat jauh berbeza dengan siuasi yang Ires hadapi, tapi isi utamanya ada di situ.

Apa yang ada dlm hidup kita adalah pinjaman. Dan ia akan diambil balik oleh Allah dengan cara tertentu, hidup ataupun mati. Suami Ires dipinjamkan Allah pada Ires hanya untuk semusim saja, dan dia telah ambil Allah lalu diletakkan ditempat lain (sementara atau kekal begitu, hanya Allah yg tahu).

Ubat duka yang paling mujarab ialah mengingati Allah. Bukan hanya setakat mengingati, tapi harusnya meletakkan Allah dihati, difikiran, dimata, ditelinga dan juga dibibir. Maksudnya, Ires harus alihkan tumpuan pada segala yang mendekatkan Ires dgn Allah. Hadiri majlis ilmu, baca Quran, beristigfar dan berzikir, dengari zikir munajat tika keseorangan seperti semasa dalam kereta ketika memandu ke pejabat. Jauhi diri dari mendengar perkara yang negatif.

Mulakan dengan istighfar. Kerana sesungguhnya istighfar itu memudahkan doa sampai pada Allah.

Disamping tu, Ires kena selalu berdoa, walaupun bukan ditikar sembahyang. Mohon agar Allah mudahkan hati Ires melepaskan bekas suami Ires, tanpa meninggalkan rasa sakit.

Mohonlah agar jiwa Ires dipenuhi dengan rasa kesyukuran dengan apa yang dianugerahkan. Mohonlah tanpa jemu, dengan yakin. Tak ada yang mustahil bagiNya untuk memberikan apa jua yg kita minta kerana hati dan jasad kita adalah milikNya...

Anonymous said...

Blogger ariansem tu dh kembali ke rahmatullah..tahu kh awk?