Pilihan.
Setiap dari kita selalu berdepan dengan persoalan pilihan.
Selagi kita ada masa...
Selagi nafas mampu dihela...
Selagi kita bernyawa dan berjiwa...
Persoalan pilihan tak pernah luput.
Tak pernah surut.
Kita sentiasa punya pilihan.
Namun pilihan yang ada, mungkin terhad, malah terbatas.
Pilihan wujud bersama persoalan.
Bersama andaian.
Bersama harapan.
Bersama kemungkinan.
Ketidakpastian.
Risiko. Bersediakah menghadapinya?
Akibat. Mampukah menerimanya?
Pilihan.
Allah kan ada.
Mintalah petunjuk dariNya.
Itu cara kita.
Jangan lupa.
Kita ada Dia.
Nota: Tak tahu nak tulis apa. Ini saja yang sempat dan terlintas di minda. Bukan sajak, bukan puisi, dan tentunya bukan cerpen. Sekadar satu catatan. Sekadar satu ingatan.
21 comments:
Aduh su..sentimental lak hari ni..he.. kalau diberi pilihan akak nak satu wish je...Agar dpt buat magic kat anak2 akak tu supaya dgr kata..Hari2 memeningkan lah..Selalu beristighfar je..moga2 mereka cepat matang dlm hidup..Dugaan sungguh...
salam su..
sungguh mendalam makna pilihan ni..ni pilihan apa?
Anak-anak nakal ye? Biasalah tu.
Mereka adalah anugerah yang bukan semua orang berpeluang untuk memilikinya. Mereka adalah impian lama yang telah menjadi kenyataan. Esak tangis mereka membuahkan senyuman dan harapan. Hadir mereka bersama dugaan yang menagih kesabaran.
Kata Yusliza (officemate su) bila bercerita ttg anak-anaknya, 'If they fight to each other, just smile and enjoy the moment. One day they will leave you with silent'.
Salam CPK
Mendalam? Perempuankan memang suka menghalusi. Yang mudah pun boleh jadi memeningkan.
Macam-macam pilihan kita hadapi setiap hari... termasuklah pilihan nak masak apa malam ni. sup atau kari? Ada cadangan? hehe
salam kak su..smga sihat yer..
Pilihan ek..satu benda yg susah untuk difikirkan jika ada pilihan..tapi biasanya lelaki ni suka memilih jugak tp benda2 yg besar2.kalo kecik2 tu takde pilihan lagi,senang cite dua2 sebat je.hehe.
eh,nak msk sup n kari pun kena wat pemilihan ek.cmnilah,wat undian dgn fmly kalo jadi gitu.amcm?
Salam ibnurashidi...
Lelaki... pemikirannya lebih global. Yang besar je yg perlu difikirkan, yg kecik diabaikan. Tapi itu sikap itu ada baik dan ada buruknya... bergantung pd keadaanlah...
Kalau bab sup dan kari... kalau masak keduanya mmg abang bantai aje. Tapi kak su kena buat pilihan, sbb tak nak lakukan pembaziran. Pembaziran makanan, pembaziran tenaga, dan paling penting nak jaga kesihatan agar tak makan berlebihan, banyak buruk dari baiknya.
Tapi kalau setakat pilihan samada nak masak kari atau sup tu... kak su tak delah sampai sembahyang istikharah... hehehe
mekasih tuk ingatan ini..
Kak Jie tak pilih apa² pun....
hehehehehe... tapi dah selesai :D
cendawanintim...
sesama. :)
Kak Jie.
Dah selesai? Alhamdulillah... Itu tandanya Allah telah memilih untuk kak jie.
bab bab memilih ni yang saya slalu fening kepale.. waaa
thafieqx
pening sbb banyak sgt pilihan kot. kalau banyak yg baik, pilihlah yg terbaik... kalau banyak yg buruk, pilihlah yg kurang keburukannya...
macam sup dan kari... mana satu lebih banyak kolesterol... pilih... pilih... pilih yg baik utk kesihatan. hehehe...
Salam Su...
baru berkesempatan nak jengah blog Su nie, Su sihat ke?
Kadang2 kita nie mmg susah nak buat keputusan antara nak dgn tidak, betul cam ckp Su, bertanya dgn Allah melalui solat Istikharah itu jawapan yg terbaik..
assalamualaikum...kak su sihat na. Url sy dah kembali spt biasa. Maaf ya.
Memperkatakan tentang pilihan, memang agak menarik. Kadangkala pilihan yang bakal kita lakukan di pengaruhi pelbagai faktor. Apapun, setiap nya jangan lupa untuk bergantung sepenuhnya (bertawakkal) dengan yakin setelah berusaha meminta petunjuk ALLAH swt. InsyaALLAH walau tidaklah tepat mana, tetapi ketika kita membuat keputusan itu, maka itulah yang terbaik keputusan terbaik saat itu.
dilema pilihan ni kekadang rumitkan..
dan istikharah amat berkesan bagi setiap pilihan.. kaktiny yakin itu kerana kaktiny menemui jawapan melalui jalan itu..
Salam akak...
Alhamdulillah, su sihat je.
Bz ye kak?
Itulah cara yang dianjurkan. Semoga kita sentiasa memilih cara itu.
NahwanNUR...
Waalaikumussalam...
Setiap pilihan yg dibuat pasti ada hikmatnya. Kita tak tahu sehingga satu ketika nanti bila kita nilai kembali apa yg berlaku, kenapa dan bagaimana semua tu berlaku... dan kita akan tahu... Semoga kita sentiasa dlm petunjuk Allah.
Kaktiny...
syukurlah. Allah sentiasa bantu hambaNya yang meminta, kan? Dan istikharah ialah meminta Allah membuat pilihan untuk kita, samada dengan petunjuk darinya atau tanpa petunjukNya. Sebab petunjuk bukan satu yg pasti spt mampu dilihat seperti cerita di tv ataupun dibaca dipaper...
terima kasih ya bagi ucapan tu..boleh je nak panggil nama apapun asalkan baik..
Semoga akak juga najah dunia akhirat..
pilih yg putih atau yg hitam?
ibnurashidi...
terima kasih farid. ;)
Maksu..
kalau pilihan terhad begitu, Su pilih yg putih... rasa lapang.
hitam... menakutkan.
Tapi pilihan sbnrnya hijau... itu kegemaran. :)
combi masih memilih..smpi arini belum bertemu jwpn.. :(
selagi diberi pilihan..kita akan memilih dan kehidupan ini sgt seronok dan mencabar kerana kita masih menuju kedestinasi pilihan kita yg belom smpi garisan penamat :)
ari2 yg dilalui terasa sgt teruja sbb harapan dan kejayaan menunggu didpn..buah kemanisan akan digenggam akhirnyerr.insyaALLAH.
Terkadang... jawapan itu tidak disediakan untuk kita kerana hanya Allah yang memiliknya.
Terkadang... jawapan itu ada, cuma kita yang tak mampu melihat dan menemuinya.
Terkadang... jawapan itu muncul selepas melalui beberapa episod masa.
Esok adalah cabaran. Esok adalah harapan. Moga esok kita sentiasa lebih baik dari semalam. InsyaAllah.
Post a Comment