Hujan di bandar Osaka. Tak ada beza dengan hujan di Malaysia. Titisan yang jatuh ke tanah, rakus ditelan bumi. Yang singgah di dedauan, santai seketika sebelum takdir menyapa.
"Nak beli tak? Kalau beli baju hujan, kena beli dua. Kalau payung, kita beli satu pun cukup. Beli yang besar sikit. Nanti boleh bawak balik Malaysia". Pujuk saya. Suka tengok payung lutsinar yang sering muncul dalam cerita Korea dan Jepun.
Akhirnya ia jadi milik kami. Berpayung berdua di dalam hujan di luar negara. Berlari-lari di tengah pusuan manusia di Universal Studio Japan, fuhh... perasan romantik habis!
Ghairah menikmati permainan ciptaan, leka meneroka keseronokan buatan, payung yang dipegang hilang tanpa dapat dikesan!
Jodoh kami tak sampai 24 jam. Amanah yang terabai kerana terleka dengan nikmat seketika.
Allahu.... Yang disayang telah melayang.... Kalau dah bukan rezeki, Allah boleh ambil bila-bila masa.
Aduhai payung, kamu tak ditakdirkan untuk berhijrah ke Malaysia nampaknya....
#kembaradibumiAllah
#seminarpenulisanbondanor
Mar 2, 2019
Mar 1, 2019
Usia Kita.
"Semoga dipanjangkan umur....."
Ucapan yang biasa dilafazkan tatkala menyambut ulang tahun kelahiran.
Penting ke umur panjang?
Bagaimana kalau umur panjang tapi tak berkat. Tak ada tambahan dalam ibadat, malah banyak pula dosa yang dicatat oleh malaikat.
Allahu.... ampun ya Allah.
#bondanor
#muhasabahdiri

Feb 15, 2019
Angkut!
Pengangkutan yang selesa itu penting bagi perjalanan yang jauh. Syukur, diberikan izin oleh Allah untuk merasai pengalaman ini.
Toyota Commuter yang dilengkapi dengan wifi, tv dan sistem audio yang canggih ini, berkapasiti untuk memuatkan 9 orang penumpang tidak termasuk pemandu. Ada juga yang boleh memuatkan 10 penumpang tapi masih selesa. Dilengkapi juga dengan kamera dan system keselamatan.
Menurut suami, van Toyota highroof ini dibuat di Malaysia tapi dalamnya kosong. Ia kemudian dihantar ke Thailand untuk dipasang bahagian dalamnya sehingga sebegitu mewah dan canggih. Nak berkaraoke pun boleh katanya!
Alhamdulillah. Nikmat yang diizinkan Allah untuk dinikmati oleh hamba kerdil seperti saya!
Pengangkutan dunia sudah begitu mengagumkan, entah bagaimana pengangkutan di akhirat nanti agaknya...
#kembaradibumiAllah
#trip2bangkok
#DUID2BITEC

Feb 14, 2019
Makan
Antara kegembiraan yang sentiasa dinanti saat kembara di bumi asing, ialah merasa makanan tempatan. Tentunya yang HALAL.
Thailand dikatakan syurga makanan. Kombinasi 4 rasa masam, manis, masin dan pedas. Yang paling disukai ialah ulam-ulaman dengan sambal belacan yang diberikan secara percuma dan dalam kuantiti yang banyak.
Masakan keng somnya memang memenuhi selera. Manisannya yang pelbagai dengan kombinasi pelbagai rasa. Selalunya mereka menggunakan manisan kelapa/nira, santan segar yang diletakkan sedikit garam haruman asli dari daun pandan.
Saya berharap until menikmati Tub Tim Krob atau Thai Red Rubies... Manisan yang menyejukkan tekak dan perut. Kerinduan lama yang mahu dilepaskan. Ini memang menu kegemaran semasa bermastautin di Selangor. Ianya boleh di nikmati di Restoran Jaring, Bandar Sunway.
"Nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan?" Surah Al-Rahman.
Alhamdulillah. Syukur ya Allah.
"Tolong kawal saya dari terlalu mengikut selera ya. Saya dah tak boleh makan banyak. Nanti saya sakit." Pesan sepupu yang mengikuti kembara saya kali ini.
Allah sedang memberi amaran tentang sesuatu yang tak kena dengan cara hidup yang diamalkan. Mungkin juga 'hint' tentang jemputan yang akan sampai bila-bila masa sahaja. Bukan hanya pada dia, tapi juga kepada saya!
Allahu! Astaghfirullah...
Rasulullah berpesan, bahagikan perut kita dengan 3 bahagian; sepertiga untuk makanan, sepertiga until minuman dan sepertiga untuk bernafas.
Tapi adakalanya kita makan sehingga sukar bernafas!
Imam Asy-Syafi’i rahimahullah menjelaskan;
“Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah”.
Malah, Ibnu Hajar rahimahullah juga berkata kekenyangan boleh berubah menjadi haram. Larangan kekenyangan dimaksudkan ialah kekenyangan yang berlebihan dan membuat diri berat untuk melaksanakan ibadah , menjadi angkuh, bernafsu, banyak tidur dan malas. Hukumnya berubah dari makruh menjadi haram sesuai dengan kesan buruk yang ditimbulkan sehingga membahayakan kesihatan.
Saya menilai diri!
Cara hidup, kebiasaan dan amalan sebelum ini...
Ampun Ya Allah....
#kembaradibumiAllah
#trip2thailand

Feb 1, 2019
Kisah Mertua Menantu : JJCM
"Naik kereta, tidur. Asal kena je aircond, lelap." Bebel suami.
"Bangun la Su wehh... tengok apa yang ada sepanjang jalan nih lagi seronok. Rugi kalau pegi bercuti tapi tidur je." Kata ma menambah.
"Su dengan aircond kereta ni macam ubat tidur. Tak boleh nak celik mata bila dah masuk kereta. Huhu..." Alasan sama yang entah berapa kali diulang.
"Kalau malam, bolehlah tidur. Tak nampak apa2. Kalau siang hari, rugi. Nah ambik kerepek ni, makan. Hilang ngantuk nanti." Kata ma sambil menghulurkan bungkusan kerepek bekalan kami.
Mulut mengunyah, mata terbuka. Berhenti menguyah, mata pun shut down. Aduhai...
Ma dan ayah memang suka jalan-jalan. Bila suami dapat tawaran untuk kerja di tanah kelahiran, ma dan ayah lah orang yang paling gembira.
"Bill Yom dah balik sini nanti, bolehlah kita selalu jalan-jalan makan angin." Jelas kedengaran nada teruja dalam bicara ma. Senyumnya tak lekang dari bibir bila dikhabarkan berita itu.
"Ayah, Jumaat ni kita makan pagi kat Pasir Mas ya?!.." Ajak suami. Dia dah faham sangat perangai ayah. Kalau nak ajak ayah ke mana2 kena bagitahu in advance. Paling tidak 2 hari.
Ayah sangat berselera kalau dapat makan di luar sesekali. Dia dan ma akan bercerita pengalaman lama. Tak pernah jemu mendengarnya walau di ulang berkali2.
Bagi kami, percutian bermakna sembang2 dan makan2 sepanjang perjalanan. Hobi ini kami tetap teruskan walau tanpa mereka lagi...
"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah disegala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."
Surah Al-Mulk ayat 15.
#kisahmertuamenantu
#spmbn

Subscribe to:
Posts (Atom)