Feb 1, 2019

Kisah Mertua Menantu : JJCM

"Naik kereta, tidur. Asal kena je aircond, lelap." Bebel suami.

"Bangun la Su wehh... tengok apa yang ada sepanjang jalan nih lagi seronok. Rugi kalau pegi bercuti tapi tidur je." Kata ma menambah.

"Su dengan aircond kereta ni macam ubat tidur. Tak boleh nak celik mata bila dah masuk kereta. Huhu..." Alasan sama yang entah berapa kali diulang.

"Kalau malam, bolehlah tidur. Tak nampak apa2. Kalau siang hari, rugi. Nah ambik kerepek ni, makan. Hilang ngantuk nanti." Kata ma sambil menghulurkan bungkusan kerepek bekalan kami.

Mulut mengunyah, mata terbuka. Berhenti menguyah, mata pun shut down. Aduhai...

Ma dan ayah memang suka jalan-jalan. Bila suami dapat tawaran untuk kerja di tanah kelahiran, ma dan ayah lah orang yang paling gembira.

"Bill Yom dah balik sini nanti, bolehlah kita selalu jalan-jalan makan angin." Jelas kedengaran nada teruja dalam bicara ma. Senyumnya tak lekang dari bibir bila dikhabarkan berita itu.

"Ayah, Jumaat ni kita makan pagi kat Pasir Mas ya?!.." Ajak suami. Dia dah faham sangat perangai ayah. Kalau nak ajak ayah ke mana2 kena bagitahu in advance. Paling tidak 2 hari.

Ayah sangat berselera kalau dapat makan di luar sesekali. Dia dan ma akan bercerita pengalaman lama. Tak pernah jemu mendengarnya walau di ulang berkali2.

Bagi kami, percutian bermakna sembang2 dan makan2 sepanjang perjalanan. Hobi ini kami tetap teruskan walau tanpa mereka lagi...

"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah disegala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."
Surah Al-Mulk ayat 15.

#kisahmertuamenantu
#spmbn

No comments: