Dec 28, 2017

Cinta dan harta....

Apa yg Allah takdirkan untuk kamu... walaupun dihalang, walaupun dirampas, diubah bentuk agar tak akan dikenali lagi, akan kembali pada kamu juga akhirnya.
Apa yg bukan ditakdirkan untuk kamu, walaupun disimpan dalam kotak dan dipateri, dikurung dalam jeriji besi, diikat, dijampi dan dikunci, akan terlepas juga....
Harta...
Cinta...
Bukan milik kita asalnya. Dipinjamkan buat sementara. Diuji untuk melihat sejauh mana amanahnya kita. Diberi peluang untuk diperlakukan ke jalan mana ia di bawa.
Jalan yang diredha, atau jalan yang dimurka?
Kerapkali kita terleka dek indahnya rasa bahagia kerana memilikinya...
Kerapkali juga kita menangis bila kita rasa kita kehilangannya....
Malah seringkali kita marah bila kita sangka kita ditipu, dirampas dan disenda dengan sekelip mata...
Tersedar dari mimpi, kembali ke alam nyata... dulunya dalam pelukan, dalam genggaman, tapi rupanya hanya bayangan.
Kita lupa bahawa apa jua yg dikatakan dan disangkakan milik kita, sebenarnya hanya pinjaman sementara dariNya...
Dari Dia Yang Maha Memiliki....
Dari Dia Yang Maha Kaya...
Dari Dia Yang Maha Menyintai...
Lalu kenapa harus marah apabila ia di ambil kembali?
Kenapa harus gelisah dan resah bila ia di arah untuk diserah?
Cinta dan harta... pinjaman semata.
Jadikan ia laluan agar kita lebih dekat padaNya. Dan andai ia hilang, dirampas, atau terlepas, doakan agar sabar mampu mengiringi... doakan agar sakitnya tak sampai menjerut hati...
Syukurlah kerana kita sedang/pernah menikmati...
Sabarlah tatkala telah tiba masa utk kita memulangkannya kembali....
Buat diri sendiri.... buat sahabat2 dan saudara2 ku yg sedang diuji..., juga buat mereka yg sedang di duga... syukur dan sabarlah.... Moga dgn hati yg sentiasa redha dan akur pada ketentuanNya, tenang dan bahagia itu sentiasa membalut jiwa kita... selagi nafas mampu dihela... selamanya....

No comments: