Mar 8, 2017

Singkatnya Masa....

Sungguh benar bagai dikata....
Semakin tinggi usia, semakin pendek peluang utk kita....,
Hakikatnya.... semakin singkat masa yg kita ada....

Semakin cepat masa terasa, semakin kita leka, sibuk dgn pelbagai agenda...
Hakikatnya.... ia buat kita semakin mudah lupa... bahawa masa yg ada, dah tak seberapa tinggalnya...

Semakin meningkat usia, semakin sibuk kita mencari selesa utk hidup yg tak jelas sampai bila...
Hakikatnya, maut akan tiba tak mengenal usia.

Masa utk kita beralih dah harus di mula, mengumpul bekal untuk hidup di alam kekal  sana... bekal yg tak perlu kita berpeluh mencarinya, tak perlu sakit kepala mengerah idea, tak perlu berkejar2 mengutip dan berebutkannya... cuma peruntukkan sedikit masa untuk menyebut namaNya, mengingatiNya, mengulang bicaraNya....

Ayuh sahabat... kita harus bersama... melangkah mencari jalan keabadian yg bahagia....

2 comments:

nohas said...

Assalamualaikum...bertemu kembali..
syukran kerana mengingatkan..

epalejau said...

Thanks kak Su atas peringatan. insya-Allah akan dijadikan amalan.