Aug 2, 2011

Hidangan Ramadhan

Hari kedua puasa.
Ramadhan kali ini saya bersama keluarga. Sepenuhnya. Tak lagi perlu mengambil cuti untuk merasai sausana berpuasa di kampung. Tak perlu risau tentang trafik teruk yang mengambil masa sehingga 15 jam perjalanan bila tiba musim perayaan. Tak perlu ber ooo soommm untuk merebut cuti bersama teman sekerja. :D

Hijrah ke kampung nyata memberi pelbagai perasaan. Suka dan duka... Rindu dan lara. Teruja dan kecewa.

Banyak peritiwa yang berlaku sehinggakan saya tak tahu mana harus bermula.
Biarlah...

Azam pemakanan saya untuk Ramadhan kali ini. Mahu bersederhana dalam makan. Tak mahu keterlaluan. Hidangan memang banyak dan menyelerakan. Tapi itu jugak bermakna berat akan bertambah. Aduhai...

Lalu... hanya roti dan susu akan diambil untuk santapan sahur. InsyaAllah... tak akan pengsan. Berbuka? Saya makan apa yang ada.

Kata kak Ngah, "Untuk bulan puasa ni hidangan kami tetap. Bubur lambuk. Biar penghayatan untuk merasai susahnya orang miskin lebih kuat."

"Tapi kalau Su berbuka rumah kak Ngah, tak kan bubur lambuk jugak kot?" Huh... Mengada-ngada!

"Makan jugak la bubur lambuk." Panjang leher saya nak menelan nanti...

"Su nak nasi air... dengan ikan kering dan budu. Boleh?" Hahaha... Boleh sangat...

6 comments:

Rumah Kuning said...

bubur lambuk pun byk versi.Ada yg pekat dgn nasi dan ada yg penuh sayur dan meehon.saya tak boleh mkn yg pertama tapi sgt suka dgn yg kedua.
su dok kelantan kat mana?

suara said...

Su kat Wakaf Bharu je. Dekat dgn KB. Tak sampai 15 min. Cuma skrg ni susah sbb jambatan tengah buat. Jem teruk!!

Mak Su said...

maksu tak pandai makan bubur... huhuhu

Anonymous said...

pagerank tool seo optimise backlink service backlinks checker

aliff muhammad said...

Salam,Kak Su, Selamat berpuasa di Negeri tanah serendah sekebun bunga. Kelantan memang banyak juadah yang menarik. Saya suka ayam percik kelantan. Says berbuka seorang diri di seremban ni.

suara said...

@maksu
Tak pandai makan ye? Meh saya suapkan... :D

===================
@aliff
Dik!!! Mana hilangnya blog kamu? Kak su tak boleh masuk pun.

Opss... lupa nak jawab salam. W'salam. :)
Excited sangat bila nampak aliff komen kat sini. Suka ayam percik ya.. Kalau datang ke Kelantan, bgtau. Nanti kaksu mintak ma (mother in law) masakkan. Dia masak sedap sangat!!!