Jul 10, 2009

Temu Tanpa Janji.

"Su, akak ada cakap kat abg Aziz, bila kat Mekah nanti nak ajak Su dan Nas makan 'nasi chicken mandi'. Sedap tau..." Kata Kak Faridah seminggu sebelum kami berangkat untuk menunaikan umrah.

"Wokeh. Nanti akak call Su bila kat sana nanti ye!" Lalu saya berikan nombor handphone yang dipinjamkan oleh Anizah pada Kak Faridah. Penyerahan sehala, memandangkan dia tak ingat nombor yang pernah dia gunakan di sana. Malah tak pasti samada simcard yang pernah dibeli semasa beliau mengerjakan umrah tahun lepas masih boleh digunakan lagi atau sebaliknya.

Mereka berangkat 3 hari sebelum kami. Destinasi yang sama, Madinah dan Makkah. Tapi travel agen berbeza. Saya tak tahu dimana hotel yang bakal mereka huni, begitu juga sebaliknya.

Kali pertama ke Tanah Suci, saya tak boleh bayangkan bagaimana aktiviti yang akan berlangsung disana, selain dari ziarah anjuran agensi dan juga senarai ibadat yang mahu ditumpukan. Tak mahu mengharap satu pertemuan yang saya rasa tak mudah untuk berlaku. Jemaah yang ramai, penuh sesak dan pastinya masing-masing akan sibuk mengatur kehidupan singkat tika di sana.

Seminggu berada di sana. Saya seakan terlupa pada janji tak rasmi yang kami buat. Ada sekali ia terlintas di fikiran. Mahu bertanya khabar, tapi tak ada apa yang boleh saya lakukan kerana saya memang tak ada nombor hp kak Faridah.

"Sibuk agaknya. Mana tahu kot Kak Faridah tak tersimpan nombor kita ke. Ish... Yang tanya ni kenapa? Teringin nak makan 'nasi chicken mandi' yang Kak Faridah cakap tu ke?" Tanya suami, mengusik.

"Ish... kesitu pulak. Tak de lah. Nasi kat hotel tu pun dah lebih dari cukup. Saja je, dah kita sama-sama ada kat sini, saja nak tanya khabar." Balas saya menafikan. Malu nak mengaku sebenarnya.

Hakikatnya, cara kak Faridah bercerita tentang 'nasi chicken mandi' memang membuatkan saya teringin. Saya tertanya-tanya, sedap sangat ke? Nak minta suami belanja, dia pun tak tahu mana nak cari. Nak cari di kedai-kedai makan kat Makkah ni, rasanya tak mahu lah. Sempadan komunikasi, tempat yang tak biasa dan masa yang terhad, membuatkan saya lebih rela melepaskan keinginan itu.

Solat Maghrib. Saya agak terlambat, dan sudahnya saya tak dibenarkan masuk ke dewan solat wanita di paras tanah. Kami akan di arahkan naik ke ruang solat di tingkat atas. Walaupun azan kedua belum berkumandang, tapi laluan masuk telah dikawal ketat oleh polis bertugas bagi memastikan tidak berlaku kesesakan yang melampau sehingga mengganggu laluan.

Orang ramai telah mula memenuhi ruang solat. Saya mengatur langkah di celah-celah manusia, mencari peluang untuk berada di kedudukan yang membolehkan saya melihat Ka'abah.

"Su!!!" Tiba-tiba terdengar satu suara memanggil nama saya. Mata liar mencari.

"Kak!!!" Saya menjerit girang dgn volume suara yang terkawal dan minimum bila melihat wajah Kak Faridah. MasyaAllah... Tanpa janji dibuat kami ditemukan Allah. Sungguh tidak disangka. Baru siang hari terlintas memikirkan dia, dan kini berada betul di depan mata.

Selesai solat Isyak, Kak Faridah dan Abang Aziz membawa kami menikmati 'nasi chicken mandi' yang enak. Ianya seiras dengan nasi Arab yang saya makan, dengan sedikit kelainan yang tak tahu saya nak terangkan di sini. Yang penting, memang kena dengan selera saya.

Kedai itu kedudukannya di dalam bangunan Hilton, yang juga merupakan shopping kompleks. Tingkat dua kalau tak silap saya. Dua set dipesan tapi ianya memang lebih dari cukup untuk dimakan oleh 4 orang. Take away.

Kami lepak sambil makan di bangku menunggu di ruang legar shopping kompleks. Makan sambil bertanya khabar dan bercerita. Entah dari mana, seekor kucing muncul. Tanpa suara mengiau, ia memerhati saya dan suami makan.

Lapar agaknya. Bisik hati. Tapi macam mana nak bagi kucing ni makan? Nanti karang bersepah pulak shopping kompleks ni kalau saya berikan nasi atau tulang ayam. Saya teringatkan kucing kesayangan saya tika kecil dulu. Teringat juga kucing terbuang yang sesekali lepak di rumah saya, tapi tak pernah diberi makan (kerana masakan saya selalunya jarang berbaki, cukup-cukup saja, nak elakkan pembaziran).

Sudahnya saya pandang kiri kanan, cubit bahagian dada ayam yang tak bertulang dan hulurkan pada si kucing. Habis dimakannya. Sehingga 3 kali saya bagi ketulan daging ayam, dan semuanya bersih tanpa bersisa. Selepas tu ia menghilang dgn sekelip mata saja. Puas saya mencari, tapi tak jumpa.

Bila di fikirkan balik, saya hairan bagaimana kucing itu boleh berada di bangunan shopping kompleks di tingkat 2? Kalau di Malaysia, di One Utama, di Mid Valley, di Sunway Pyramid, mahupun di SACC atau Alam Sentral, saya tak pernah nampak binatang peliharaan berkeliaran.

Itu situasi biasa di sana atau luar biasa? Satu kebetulan atau ada sesuatu di sebalik peristiwa? Entahlah. Yang pasti, pertemuan dengan Kak Faridah di Masjidil Haram, buat saya sekali lagi rasai kebesaran Allah. Janji, niat dan keinginan yang termakbul hanya dengan satu bisikan hati saja...

Alhamdulillah...

Moga Allah kabulkan semua doa Kak Faridah dan Abang Aziz. Doa kami juga... InsyaAllah.

Nota : Gambar chicken mandi, saya 'pinjam' dari blog Azlie-Makkah. Nak tengok lebih banyak gambar di Makkah, sila masuk ke blog ini. Saya ambil sekeping, sekadar nak memberi gambaran lebih jelas ttg betapa menariknya ayam yg sedang berkubang mandi dgn nasi. :)

15 comments:

nohas said...

Hmm..dah lama tak makan ramai-ramai dalam talam..nasi beriyani Arab memang sedap..

epalejau is sumone who: said...

epal makan dalam talam dulu masa kecil sahaja.
;)))
rindu nye...
kak su nak makan setalam tak ngan epal?
:D

isk..
kak su bercerita ttg keindahan selepas makan.
kan epal da lapar..

suara said...

@nohas,
Memang sedap pun. Err... agaknya ada ke tidak restoran yg menyediakan makanan Arab macam kat sana? Rindu nak makan lagi la... huhu

===================
@epal,
Kak su kecik dulupun penah makan dlm talam gak. Bapa saudara yang terapkan. Tapi lauknya bersilih ganti, lauk kari daging dgn ikan kering ke, masak lemak ikan darat dgn sambal belacan dan ulam ke, ikan kicap dengan sayur goreng ke... Tak kisah apapun lauk, tapi makan dlm talam mmg menyelerakan.

Saja nak cerita lebih... nak buat epal lagiiiii lapar. Hahaha...

Jom, kita p makan, nak?

Kamsiah said...

nasi chicken mandi...emmm nampak sedap...tentu lagi sedap bila makan beramai2...

SRISUFI said...

Salam rindu buat kakak,

akak, saya RINDU akak.

semoga akak sihat dan bahagia.


jangan lupa doakan saya ye akak.

Kak Long said...

salam su....maaf lama tak jenguk...dah tak bz sekarang

suara said...

@Kamsiah,
Memang sedap kak. Makan beramai,lagilah berselera. :)

===================
@Srisufi,
Salam rindu buat Sufi juga. Kak Su mmg mendoakan kebahagiaan adik-adik, walaupun tak pernah bersua. Sufi juga tersenarai dlm doa kak su tau...

===================
@Kak Long
Salam kak long. Dah tak bz, bolehlah ziarah selalu, kan... :)Thks kak long.

Masy said...

alahai terus lapar sy dibuatnye kak :)

suara said...

@Masy,
Sila-sila... jgn malu-malu, cari je makanan kat dapur tu. :D

eeeda said...

Orang kita memang suka makan, kan....tambah pulak makanan yang sedap2....

suara said...

@eeeda,
Err... su mmg suka makan. Ishh... mmg nafsu makan tinggilah. huhu...

kayteeze said...

Ooo...kak tie teringin nak makan nasi mandi. Kat kelantan ada satu restoran tu, hari tu beli nasi bukhori je, lain kali nak beli nasi mandi.

Err...kucing misteri, ek? Atau jelmaaan jin ? Hehe... Kaktie ni dah mula merapu, ekekeke...

suara said...

@kayteeze
Ohh... ada nasi mandi kat kelantan ye! Kat mana tu kak tie? Su nak cari ni....

Kucing jelmaan jin? Ishh...

Faridrashidi.Com said...

Salam,

Saya rasa macam dah komen kat entri ni. Tapi macammana masih belum ya.. konfius juga.

Apapun, mahu komen juga. Nampak nasi tu sangat sedap. Di sini ada juga, ia panggil nasi mandi hadramaut. Ada ayam 1/4 atau 1/2 atau seekor bersama nasi kuning beras basmathi, acar dan kuah kacang putih. Sekali makan membuatkan anda tersandar di kerusi tak mampu untuk bangun. :)

suara said...

@Farid,
Salam.
Farid komen dalam mimpi kot. Sebab tu tak masuk kat sini. :D

Nasi hadramaut? Yang maut tu sedikit menakutkan. Nama tu bagus untuk ingatan bg org yg makan terlebih kenyang kot. Memang boleh membawa maut... hehe