Dec 27, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah.

Masa terus berlalu. Ada tika mimpi jadi nyata, ada waktu impian jadi debu. Namun itulah hakikat kehidupan. Tak semua yang dihajati mampu dimiliki. Malah mungkin yang tak disukai itulah yang terbaik sebenarnya.

Sebagai muslim, seharusnya kita lepaskan semalam dengan penuh rasa keinsafan di dada, dan kita mulakan lembaran baru dengan azam sebaik cara.

Kita ada Allah untuk kita bergantung dan memohon. Dia Al-Waliyy, Allah Yang Maha Pelindung dan Al-Mujiid, Yang Maha Mengabulkan Doa. PadaNya kita meminta, padaNya kita serahkan jiwa dan raga.

Seharusnya kita akhiri tahun 1429H dengan doa, memohon agar segala dosa dan kesilapan kita di tahun lepas akan diampunkan Allah. Dan kita mulakan 1430H juga dengan doa, meminta agar hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan kita untuk tahun seterusnya.

Kepada sesiapa yang tinggal di sekitar Selangor, terutama Shah Alam dan kawasan yang berjiran, anda semua dijemput untuk menghadiri sambutan Maal Hijrah. Maklumat lanjut adalah seperti berikut;

Tempat : Masjid Negeri, Shah Alam.
Tarikh : 28 Disembar 2008
Masa : 6.30 petang - 10 malam.
Pengisian : Bacaan doa akhir dan awal tahun, qasidah dan forum.

Salam Maal Hijrah dari saya untuk semua. Assalamualaikum.

12 comments:

Sufi Idany said...

Selamt Tahun Baru Hijrah kak sue...semoga kita sentiasa kekal dlm kasih syg Allah dan rahmatNYA.... semoga kehidupan kita akan jadi lebih baik.... Amin.

AzmaMurni Aziz said...

salam maal hijrah su..

ryann said...

selamat tahun baru

Ibnurashidi said...

SALAM MAAL HIJRAH kak su..

Baguslah, join majlis sebegitu..ilmu tidak bergolek sendiri melainkan jika dicari..

Doakan untuk Ghazzah, Palestina!

Balqis said...

Salam Maalhijrah 1430H, Kak su!!

DAMAI said...

salam taaruf...

salam ziarah...

salam ma'alhijrah...

semoga terus hidup dalam iman dan islam ^^

^aNgRiAni^ said...

Salam Maal Hijrah & happy new year Su...semoga sukses selalu :D

Anonymous said...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Semoga Allah teguhkan AKIDAHMU,
dikuatkan HATIMU,
dicurahkan KETENANGAN dalam dirimu,
& dimurahkan rezekimu,
semoga KASIHNYA sentiasa bersamamu.

Semoga tahun ini Allah beri kita lebih kebaikan dari tahun2 lalu...aminnnnn

suara said...

Selamat untuk semua...
Amin...

Nooreena said...

Selamat tahun baru akak. Dua-dua, hijrah dan masihi. Reen doakan kita sama-sama berjaya meningkatkan level iman dan produktiviti amalan. Chaiyo!! ;)

suara said...

Selamat tahun baru Reen, hjrah dan masihi.
InsyaAllah... kak su juga doakan begitu.

Anonymous said...

can you email me: mcbratz-girl@hotmail.co.uk, i have some question wanna ask you.thanks