Aug 28, 2008

Zodiac

Pagi tadi saya terima satu email dari teman sepejabat. Subject; zodiac, dalam file pps. Memenuhi ruang masa sebelum memulakan kerja, saya buka dan baca sekadar suka-suka.

'Once you have opened this email, there's no turning back. Below are true descriptions of zodiac signs with traits from a book written 35 years ago by an astrologist perdiction. Read your sign, then forward it on, with your zodiac sign and label on the subject line. This is real deal, try ignoring it and the first thing you'll notice is having a horrible day starting tomorrow morning and it only gets worst from there'

'Capricorn - The Passionate Lover'

'Love to bust (Erm... tak faham sgr maksud sebenar). Nice (Insyaallah). Sassy (Ni pun tak faham). Intelligent (Anugerah... kalau itu milik saya, Alhamdulillah). Sexy (????...). Predict future (Saya bukan tok nujum la). Irresistible (Adeh... ye ke?). Loves being in long relationships (Of course la). Great talker (Hah..???). Always gets what he or she wants (Mana ada...). Cool (Ye lah tu). Loves to own Gemini's in sports (Entah, tak penah tanyapun zodiac apa). Extremely fun (Ye ke...). Loves to joke (Cuba buat org terhibur, tapi takdelah sampai buat org gelak sampai lupa diri). Smart (Erm...). 24 years of bad luck if you not forward.(Hah!!?????...)'

Zodiac saya yang paling lama akan dapat menerima 'bad luck' kalau tak forward. 24 tahun tu....

Tak semua saya baca. Malas. Saya pilih untuk delete je email tu. Esok bukan hak sesiapa untuk menentukannya. 5 minit lagipun bukan milik saya kalau Allah dah tentukan begitu. Saya redha kalau itu yg terbaik untuk saya.

'Bad luck' adalah dugaan, cubaan dan cabaran yang Allah turunkan pada saya sebagai tanda ingatan. Mungkin saya terleka... mungkin saya terlupa... mungkin saya terlalai seketika dari mengingatiNya.

Saya hamba Allah yang lemah yg terkadang terpalit oleh dosa walaupun saya sedaya upaya untuk menghindarinya (ampunilah aku ya Allah). Allah sayangkan saya sebab itu Dia beri peringatan pada saya. 'Bad luck' bukannya 'buruk tuah', tapi anugerah bagi saya kerana itu tandanya Dia sayangkan saya. Alhamdulillah....

Allah tempat saya bergantung, bukan tilikan yang merapu 100% tu. Nasib baiklah teman sepejabat yg hantarkan email kat saya tu Chinese... kalau tak, memang nak 'basuh' sikit dia tu.

Kepada yang beragama Islam, sebarang email yang mintak di forwardkan (email atau surat berantai)... walaupun ianya satu email atau surat yg mengajak kita bertakwa kepada Allah, tapi kalau disertakan amaran akan dapat nasib yg baik atau sebaliknya jika tidak di forwardkan, sebaiknya janganlah buat. Abaikan saja.

Berdosa jika kita mengambil bahagian untuk memanjangkan email tersebut kerana bila kita forward, walaupun untuk suka-suka, secara tak langsung kita seolah percaya pada apa yang tertulis. Jangan sampai tanpa sedar kita syirik pada Allah. Nauzubillah....

7 comments:

Meera Melati said...

salam su,

saya pun selalu dapat email yg camni... sekadar fakta yg boleh kita baca utk suka2 atau tambah ilmu... bagus gak... tapi yg tak best penghujungnya, suruh kita email kat sekian2 byknya org, kalo tak kita dpt musibah gitu lerrr... gini lerrr...

mengarut je... saya tak penah fwd pun... lg pun saya mmg tak suka nak fdw-fwd ni... saya PEMALAS! :D

selamat berpuasa & ampun maaf dipinta...

salam MERDEKA!!!

Tirai Hidup said...

salam su..puas sudah ku cari url mu hingga silap masuk blog maksu...hahhahah
nanti kita balas pantun kerana ku rindu pantunmu sayang....

nanti ku buat n3 pntun puasa ok...
hari ni baru jumpa suara...

harap kau sihatkenapa lama dah x jenguk blog ku?

sebab x der pantn ke?hahhaha

Anonymous said...

salam meera...

elok le tu... hehe... tak yah fwd. kalau nak fwd pun, delete dulu msg yg seakan 'sumpahan' tu...

Sejak Su delete email tu... sampai saat su tulis komen ni, tak de benda buruk atau musibah pun yg menimpa su. Haaa... itu buktinya itu semua palsu, sekadar nak memesongkan akidah kita tanpa sedar.

Selamat berpuasa Meera. Semoga Ramadhan kali ini memberi rahmat yg berganda buat kita semua. Amin.

Anonymous said...

salam lawa
haha... sesat erk... susah nak cari sbb laungan suara ku memanggil namamu tidak kedengaran...
sib baik tak kau tak masuk jejak kasih.
aku pasti akan bersedia membalas pantun-pantunmu... jual je, aku pasti akan memborongnya... hehehe

Balqis said...

alhamdulillah saya yang jenis malas forward2 nih, hehehe...

dpt jugak mail cam nih....

sekadar baca sesuka hati jelah, kdg2 mcm ada betul gak skit2...

tapi mana kita bleh percaya benda2 gini, ye tak?

huhu....

suara said...

balqis...
syukurlah kalau cam tu. kalau ada yang sedikit betul tu... hanyalah kebetulan je.

jangan kerana kebetulan, kita membuat kesimpulan, nanti kita yg lemas terbelit oleh simpulan yg salah. hehe

Anonymous said...

suaradimindaku.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading suaradimindaku.blogspot.com every day.
payday cash
faxless payday loans