Aug 20, 2008

Untukmu suami...

Bismillah hirrahman nirrahim.

*Uniknya tarikh hari ini... 20082008*

Abang...
Dengan izin Allah kita telah disatukan. Dengan izin Allah juga, kita masih bersatu. Dan Su mohon pada Allah agar terus mengizinkan kita untuk terus bersatu... tahun.. demi tahun... demi tahun... Sehingga satu detik nanti kita akan tahu siapa yang bakal 'dijemput' dahulu.

Malah Su harapkan agar kita tetap disatukan juga selepas waktu itu... disaat kita dibangkitkan kembali untuk menilai amalan diri, saat kita telahpun berada di alam abadi.

Cerita tentang dugaan perkahwinan begitu menakutkan, sehingga resah di hati sering datang menerpa walaupun telah di halau sedaya upaya. Su mahu ikatan perkahwinan kita kekal tanpa alasan untuk retak. Kerana itulah Su telah tetapkan hati... mahu menyayangi dan menyintai abg kerana Allah....

Su mahu menjadikan cinta antara kita sebagai ibadah. Su mahu cinta di hati kita tumbuh subur sehingga nyawa di jasad telah gugur. Kita semua adalah pengembara di bumi Allah... Kita makhluk lemah yang sering terdedah dgn dugaan panas membahang dan hujan mencurah...

Su berdoa, agar iman di dada kita mampu menjadi seperti akar pokok yg mencengkam bumi, kuat dan mampu bertahan oleh ribut dan taufan... mampu menahan dugaan dan cabaran umat akhir zaman...

Mampukah Su jadi begitu...? Mampukan kita...?

Doa suami / isteri

"Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim...
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah... Ya Wahhab...
Sekiranya suamiku / isteriku ini adalah pilihanMu di Arash...
berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku / isteriku ini adalah yang akan membimbing tanganku dititianMu...
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku / isteriku adalah bidadara untukku di JannahMu...
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadhuk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku / isteriku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu...
peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku / isteriku ini jodoh yang dirahmati olehMu...
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku / isteriku ini ditakdirkan bukan diriku seorang... (Ya Allah, mintak dijauhkan)
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku / isteriku tergoda dengan keindahan duniaMu...
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku / isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan...
kurniakan aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku / isteriku menyintai kesesatan...
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah Ya Mutakabbir
Kau Yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami / isteri
Kau hukumlah aku didunia tapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu

Ya Allah...
Sesungguhnya
aku lemah tanpa petunjukMu
aku buta tanpa bimbinganMu
aku cacat tanpa hidayahMu
aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah...
Kuatkanlah hati dan semangatku
tabahkan aku menghadapi segala cabaranMu
jadikanlah aku suami / isteri yang disenangi isteri / suami
bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
bimbinglah aku menjadi isteri soleha / suami soleh
hanya padaMu ya Allah, ku pohon segala harapan
kerana aku pasrah dengan dugaanMu
kerana aku sedar hinanya aku
kerana aku insan lemah yang kerap keliru
kerana ku leka dengan keindahan duniaMu
kerana kurangnya kesabaranku menghadapi cabaranMu
kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Waliyy
Aku hanya ingin menjadi suami / isteri yang dirahmati
suami / isteri yang dikasihi
suami / isteri yang soleh/a
suami / isteri yang sentiasa di hati.

Ya Allah
Berkatilah perkahwinan kami...

Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin..."


Nota: Abang... terima kasih atas segala curahan kasih sayangmu yang melimpah dan sering membuatkan aku tersenyum selalu... Saaayaaaannngggg abang... :-)

15 comments:

Meera Melati said...

ari ni anivesari su & suami ya...

hepi anivesari...
semoga dirahmati & allah selalu rumahtangga korang...
semoga terus tabah menghadapi dugaan berumahtangga dan semoga bahagia selamanya... insyaallah... amin.

suara said...

Terima kasih meera. Amin.

Anonymous said...

ooo...ulantahun ...moga dilimpahkan rahmat untuk su & suami

sejahtera dan bahagia selamanya...

Tie said...

Happy Aniversary su..moga su bahagia sentiasa.Yang ke berapa tu?

ryann said...

selamat ulang tahun. selamat menjalani segala dengan tenang

Tawel Sensei said...

Waduh, mantap sungguh bahagian nota tu. Hehe.. Si Abangnya tu ada baca blog ni tak?

Ibnurashidi said...

salam kak su..

kembali bertemu setelah menyepi diri dengan urusan..wahh,dah ulang tahun ya..bagusla..smga akak kekal bahagia brsama suami shngga akhir hayat hatta ke syurga nnti..kirim salam suami ya..jmptla bca kisah2 lagi kak..

suara said...

K'jie, tie, ryann... terima kasih. :)

Tawel...
Dia tak baca blog ni walaupun dia tahu kak su menulis. Tapi dia baca catatan tu... sbb tulisan yg sama kak su hantar kat emailnya. :)

Salam ibnurashidi...
Wah... Farid dah selamat balik dari kembara erk. Alhamdulillah... InsyaAllah, kak su akan sampaikan salam Farid. Terima kasih. :)

arsaili said...

salam..tahniah kak su

Saladin Convoy said...

Selamat (belated) menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke...errr, ya, yang keSEKIAN kalinya! Moga bahagia selalu sampai bila².

Tarikh ulang tahun cantik. Memang dah dirancang supaya bertemu tahun macam itu ka?

Hehe, tapi yang pasti, ada yang pilih tarikh tersebut (20082008) untuk diijabqabulkan somewhere.

Hemm... sekarang ni dah tinggal empat tahun saja untuk pilih tarikh segempak ini dalam masa terdekat. 20 September 2009, 20 Oktober 2010, 20 November 2011, 20 Disember 2012. Lepas tu mana nak cari dah tarikh macam ni, paling dekat pun nak seratus tahun kemudian la baru berjumpa, hah!

suara said...

Salam arsaili.... terima kasih. :)

Saladin.
Adeh... baca komen kamu buat kak su senyum sambil geleng-geleng kepala. Mana ada rancang nak pilih masa utk bertemu tarikh ni... masa tu pk nak kawin je... :)

Ibnurashidi said...

Tertarik dengan tarikh 20092009,20102010,20112011,20122012..

Insya'Allah akan pilih salah satu darinya..doakan ya..

Anonymous said...

Ibnurashidi...

Jangan pulak delay kawin sbb nak tungguh tarikh cantik macam tu. hehe...
kalau bertembung dgn tarikh sebegitu, mmg bagus sgt. Tapi jgn lupa, keutamaan kita ialah pilihan tarikh baik dlm Islam.
Tak jumpa tarikh sebegitupun, kalau nak kawin nanti, bgtaulah kak su ye...? ;)

echah_syed said...

ala dah lmbt ni..sori

epi anibeseri su..

semoga sumenyerr diberkati.amin

suara said...

Waaa.... anibesari su tu dah lama...dah basi... tapi doa combi sentiasa fresh... terima kasih combi... muaahhh...